omniture

CGTN Tonjolkan Perjuangan menentang Keganasan di Xinjiang dengan Dokumentari Baharu

CGTN
2020-06-22 10:35 247

BEIJING, 22 Jun 2020 /PRNewswire/ -- CGTN bakal menyiarkan sebuah dokumentari baharu mengenai perjuangan menentang keganasan di Xinjiang. Tujuan dokumentari ini adalah untuk memberi penjelasan mengenai keganasan yang memusnahkan wilayah barat jauh China dan mengenang individu-individu yang telah terkorban mahupun mereka yang terselamat daripada pergelutan yang berterusan terhadap ideologi yang berbahaya.

Tianshan Still Standing
Tianshan Still Standing

Ini merupakan dokumentari ketiga dalam siri mereka yang membabadkan bagaimana keganasan melanda Xinjiang dan bagaimana rakyatnya telah menjalani kehidupan melalui trauma selepasnya.

Dokumentari Tianshan Still Standing: https://youtu.be/S2yWUopabvE

Dua dokumentari pertama — setiap satunya berdurasi kurang daripada sejam — juga boleh ditonton di bawah. 

Pautan yang berikut dan keterangan mengenai dokumentari mungkin mengandungi imej yang mengganggu sesetengah pembaca:

Tonton:  Fighting terrorism in Xinjiang

Tonton:  The black hand — ETIM and terrorism in Xinjiang

Antara tahun 1990 dan 2016, beribu-ribu serangan pengganas telah melanda tanah Xinjiang yang luas. Sejumlah besar nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam serangan yang ngeri. Bagi mereka yang terselamat, tekanan psikologi mampu menandingi korban fizikal. Xia Yeling, seorang ahli psikologi yang ditempatkan di Urumqi, berkata bahawa beliau telah merawat beratus-ratus orang pesakit yang menderita gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) sejak berlakunya rusuhan tanggal 5 Julai 2009, di ibu kota wilayah berkenaan. Siri pembunuhan tersebut telah mengakibatkan 197 kematian dan lebih 1,700 cedera. Xia memberitahu pihak CGTN bahawa mereka yang mengalami PTSD bermula daripada pelajar sekolah menengah hinggalah warga emas berumur lebih 80 tahun.

Apabila simptom-simptom trauma tidak hilang, seseorang itu tidak mempunyai alternatif selain daripada meneruskan kehidupan.  Mirexmetjan Rozi, seorang mangsa yang terselamat daripada serangan Masjid Id Kah pada 30 Julai 2014, telah pernah kembali semula ke masjid tersebut yang terletak di pusat bandar Kashgar. "Memikirkannya sahaja membuatkan saya berpeluh sejuk dan ingin menangis."

Lebih 800 kilometer jauhnya, Dilqemer Tursun, seorang saksi dan mangsa yang terselamat daripada serangan di Daerah Luntai pada September 2014, membantu orang ramai sebagai ahli terapi rehabilitasi. Bagi beliau, wujud perasaan yang bercampur baur antara rasa benci dan ingin memaafkan pengganas tersebut. "Mereka pasti telah dibasuh otaknya (brainwashed) oleh video ganas. Saya rasa mereka juga merupakan mangsa."

Biarpun penduduk telah banyak menderita akibat keganasan di wilayah tersebut, mereka yang berada di barisan hadapan sentiasa menghadapi ancaman kematian. Sebagaimana polis yang menangani pengganas yang menggunakan senjata bermula daripada bom buatan sendiri hinggalah AK-47, mereka telah kehilangan ramai rakan setugas ketika menjalankan tugas.

Pada April 1998, pegawai polis Long Fei telah terkorban semasa satu serbuan tempat persembunyian pengganas di wilayah Yili. Ekoran huru hara di wilayah tersebut, bertugas sebagai pegawai polis menjadikan seseorang sebagai sasaran.

Serangan ganas terhadap orang awam dan polis ini telah membawa kepada peningkatan tahap keselamatan di wilayah berkenaan. Yalqun Yaqup, timbalan ketua pengarah Jabatan Keselamatan Awam Xinjiang, berkata dalam satu wawancara bersama CGTN bahawa kaedah-kaedah pengganas telah menjadi semakin "kejam" memandangkan mereka menggunakan apa sahaja daripada pisau dan senjata kepada pengeboman bunuh diri. Beliau menunjukkan buat pertama kalinya kepada CGTN tempat simpanan 5,000 butir bom tangan buatan sendiri yang dirampas pada tahun 1999 daripada kumpulan pengganas "Kuresh" serta 15,000 senjata yang dirampas pada tahun 2006, ada antaranya yang diseludup dari luar negara.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200620/2835991-1-a?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200228/2733726-1-logo?lang=0

Source: CGTN
Keywords: Entertainment Publishing/Information Service Television New products/services