omniture

Pelancaran Korporat & Panel Penasihat Cross Border Consultancy

Cross Border Consultancy
2020-06-23 09:00 103

HONG KONG, 23 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Cross Border Consultancy (CBC) dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran perniagaannya untuk pelanggan persendirian dan korporat yang menghadapi masalah segera atau rumit.

Ibu pejabat kumpulan CBC terletak di Hong Kong. Pelabur peringkat awal ialah I-OnAsia, yang akan menjadi tuan rumah kepada pelanggan CBC di pejabat-pejabatnya di Rantau Besar China, London dan New York. Derek Elmer, pengasas I-OnAsia, berkhidmat sebagai pengerusi sulung perniagaan ini.

Pasukan CBC terdiri daripada pakar-pakar terkemuka dalam bidang strategi undang-undang, perisikan dan penyiasatan korporat serta pengurusan krisis dan reputasi. Semua perundingnya merupakan peneraju dalam bidang mereka sendiri. Lembaga Penasihat CBC termasuk Messrs. Jonathan Caplan Q.C. dan Jonathan Midgley, yang mana kedua-duanya mempunyai pemahaman yang luar biasa mengenai undang-undang serta En. Robert Winstanley, pakar komunikasi strategik yang ditempatkan di London. I-OnAsia juga telah melantik En. Oliver Laurence ke dalam Lembaga Penasihat CBC, sebagai ketua perisikan, penyiasatan & keselamatan.

En. Elmer berkata dalam satu kenyataan, "Saya amat teruja untuk menyokong pertumbuhan CBC. I-OnAsia memegang rekod kejayaan terbukti selama 20 tahun dalam mengendalikan perniagaan yang rumit dan pertikaian peribadi serta menyelesaikan urus janji yang tidak berhasil. Pada tahap kepentingan yang tertinggi, kami telah dapat melihat kejayaan dicapai melalui perkongsian bersama pihak-pihak lain. Kami melihat peralihan sekali-dalam-satu-generasi dari segi pemikiran mengenai strategi rentas sempadan. Inisiatif CBC kami juga membangunkan asas masa lalu yang kukuh ini. Individu-individu penting yang telah membentuk CBC mempunyai pengalaman hebat bekerja bersama-sama berdasarkan projek demi projek. Kini, usaha niaga baharu ini akan menyediakan asas yang mantap untuk penglibatan yang lebih formal oleh pelanggan yang ingin menangani cabaran rentas sempadan masa depan."

Penasihat Lembaga Kanan, En. Jonathan Caplan QC berkata: "Kami mencipta peluang untuk pelanggan kami bagi mendapat akses langsung kepada pasukan pakar yang berpengalaman dan bersepadu dengan baik tanpa perlu melalui firma-firma besar. Satu peralihan penting dari segi cara perkhidmatan undang-undang dan perkhidmatan lain disampaikan telah lama tertangguh. Dalam iklim pasca pandemik ini, pelanggan perlu mencapai nilai. Akhirnya, kami membawa pilihan alternatif ke pasaran untuk menghubungkan pasukan-pasukan besar dengan kos yang besar. Bahkan kami tidak dapat ditandingi dari segi kepakaran, respons, kadar, kefleksibelan dan hubungan kami. Tiada kes yang terlalu rumit. Kami boleh memberi respons dengan segera dan kami mempunyai keupayaan, jika diperlukan, untuk membina pasukan yang kecil dan berkesan untuk sebarang situasi dan di mana-mana bidang kuasa. Komplikasi rentas sempadan tidak menjadi masalah. Mempunyai kepakaran penyiasatan dan komunikasi tahap tinggi juga merupakan suatu kelebihan yang sangat besar."

CBC akan menangani pelbagai isu konflik serta mengurus krisis korporat atau reputasi. CBC juga akan menawarkan perkhidmatan tahunan baharu, mengaudit program pengurusan risiko bagi meningkatkan pematuhan terutamanya dalam aspek pengubahan wang haram, rasuah, penipuan serta kesihatan dan keselamatan.

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1193776/Cross_Border_Consultancy_Logo.jpg

 

Source: Cross Border Consultancy
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Workforce Management/Human Resources Legal issues New products/services Legal Services