omniture

Scholle IPN Umum Jenama Korporat Baharu

Scholle IPN
2020-06-23 09:00 117

NORTHLAKE, Illinois, 23 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Scholle IPN, peneraju global bagi penyelesaian pembungkusan fleksibel, hari ini mengumumkan satu penjenamaan semula yang utama bagi mencerminkan usaha bertumpu syarikat terhadap pembungkusan lestari.

Ross Bushnell, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Scholle IPN, berkata mengenai inisiatif penjenamaan semula, "Ini merupakan saat yang benar-benar mengujakan untuk perniagaan Scholle IPN dan pasukan kami di seluruh dunia. Peluang-peluangnya tidak berkesudahan untuk penyelesaian termaju dan lestari yang dihasilkan sekitar penawaran filem, kelengkapan dan peralatan. Kami percaya bahawa jenama kami harus lebih tepat menggambarkan peluang-peluang yang banyak dan kami berasa teruja untuk melancarkan kempen jenama baharu pada ketika ini."

Bushnell menyambung, "Nama Scholle IPN telah lama sinonim dengan mendayakan jenama-jenama yang terkemuka di dunia untuk menyampaikan produk-produk mereka dengan cara yang paling berkesan dan lestari sebaik mungkin. Tatkala industri pembungkusan terus mengalami perubahan yang sangat besar berhubung dengan peranan kami dalam ekonomi pusingan, memang sesuailah apabila pengalaman jenama dan portfolio produk Scholle IPN mencerminkan peralihan ini. Hasilnya, pasukan pemasaran kami, baik di AS mahupun di Eropah, menghabiskan banyak masa untuk memastikan jenama visual kami sejajar dengan falsafah dan visi operasi kami."

Selain daripada jenama berwajah baharu, Scholle IPN juga menggunakan slogan Simply Flexible™ untuk mengukuhkan lagi strategi dan hala tujunya. Bagi Bushnell, ia lebih daripada sekadar slogan, "Simply Flexible menggambarkan siapa kami dan bagaimana kami berada di pasaran. Ia bersifat dalaman tatkala kami sentiasa berusaha untuk menyelaraskan proses kami dan menjadi lebih cekap manakala ia bersifat luaran apabila kami mencari jalan untuk menjalankan perniagaan dengan lebih mudah bersama setiap langkah dalam hubungan pelanggan dan pembekal kami. Ia bererti kami sentiasa mencabar diri kami untuk mencari cara yang lebih baik dan lebih mudah untuk pasukan kami berinteraksi dengan pemegang kepentingan utama."

Sebagai sebahagian daripada inisiatif penjenamaan semula, Scholle IPN melancarkan laman sesawang baharu (www.scholleipn.com) yang menonjolkan keupayaan Syarikat dan penyelesaian pembungkusan bernilai tambah mereka untuk pasaran yang menerima khidmat mereka.

LATAR BELAKANG SCHOLLE IPN

Scholle IPN ialah peneraju global bagi penyelesaian pembungkusan fleksibel menyeluruh seperti filem penghalang, kelengkapan ergonomik dan peralatan canggih untuk beg-dalam-kotak dan kantung. Dengan jejak pembuatan bersepadu secara vertikal yang menjangkau merentas lima benua, Scholle IPN berupaya untuk mereka bentuk, membuat dan menyampaikan penyelesaian dengan pantas kepada pelanggan yang menyediakan lebih seratus bilion hidangan makanan dan minuman setiap tahun kepada pengguna mereka. www.scholleipn.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1193749/Scholle_IPN_Logo.jpg 

Source: Scholle IPN
Keywords: Environmental Products & Services Food/Beverages Green Technology Paper/Forest Products/Containers