omniture

Inisiatif Jalur dan Jalan Bawa Peluang Saling Menguntungkan kepada Peserta di Pameran Canton ke-127

Pameran Canton
2020-06-24 03:10 326

GUANGZHOU, China, 24 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) kali ke-127 yang sedang berlangsung, yang mempunyai ciri yang sama dengan projek Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China, telah membawa peluang yang saling menguntungkan untuk perniagaan Cina mahupun antarabangsa bagi meneroka potensi pasaran yang semakin meningkat. Syarikat-syarikat Cina telah menerima beratus-ratus pesanan dengan negara-negara BRI semasa berlangsungnya acara besar ini. Sementara itu, negara-negara BRI telah membawa kumpulan pempamer terbesar ke astaka antarabangsa Pameran.

"Selama bertahun-tahun kami menerima lebih daripada 8,000 pempamer dari negara-negara BRI," kata Quandong Liu, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Pameran Canton. "Di samping itu, banyak syarikat Cina telah menyasarkan negara-negara BRI sebagai pasaran utama mereka dan telah menerima keputusan yang membuahkan hasil di Pameran ini. Sewajarnya kami menjemput lebih banyak syarikat dari negara-negara BRI untuk menyertai acara kami."

Sila kunjungi: https://buyer.cantonfair.org.cn/en/register/selectiveId untuk lebih banyak peluang!

Pameran Canton, Perkongsian Global
Pameran Canton, Perkongsian Global

Potensi pasaran BRI ditonjolkan di Pameran Canton

Qin Lei, pengurus pemasaran China National Heavy Duty Truck Group International Co., Ltd. (Sinotruk International), menghargai potensi pasaran BRI. Beliau menyatakan bahawa negara-negara sepanjang BRI menumpu untuk membangunkan infrastruktur dan logistik. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat-syarikat Cina, tetapi turut membawa lebih nilai ke kawasan setempat BRI seperti peluang pekerjaan.

Di Pameran Canton tahun ini, pempamer telah menerima peluang-peluang BRI. Dalam 5 hari pertama, pempamer Beijing telah menandatangani lebih 300 perjanjian hasrat membeli sepanjang BRI dengan pusing ganti bernilai lebih USD 13 juta.

Beijing Oriental View Technology telah menerima 30 permintaan penyumberan dengan pusing ganti berpotensi bernilai USD 1.5 juta. Wakil-wakilnya berkata syarikat akan terus memanfaatkan pasaran BRI untuk mengintegrasikan sumber pasaran di Asia selatan, memperkenalkan mod perkhidmatan operasi baharu dengan bekerjasama bersama televisyen kabel tempatan dan laman sesawang dalam talian.

Di samping itu, 45 peratus daripada jumlah permintaan penyumberan kepada pempamer Tianjin datangnya daripada pembeli dari negara-negara BRI. Pempamer telah mengaplikasikan strategi penyetempatan produk untuk meneroka potensi pasaran sepanjang BRI, termasuk persembahan produk baharu yang direka bentuk untuk wilayah-wilayah ini.

Pengeluar mesin kimpalan tempatan Tianjin seperti Tianjin Minmetals Corporation dan Tianjin Bridge Welding Materials Group Co.Ltd, telah memperkenalkan rod kimpalan, wayar kimpalan dan fluks yang direka bentuk mengikut persekitaran geografi sasaran dan keperluan teknikal. Produk-produk ini diterima baik oleh pembeli.

Peluang Saling Menguntungkan BRI dalam Era Digital Terus Ditingkatkan 

Pempamer dari negara-negara BRI menyumbang sebanyak 72 peratus daripada pempamer astaka antarabangsa keseluruhan, dengan produk-produk mencakupi perkakas rumah elektronik, bahan binaan, fabrik dan tekstil rumah, barangan isi rumah, makanan serta minuman. Pameran ini telah membantu syarikat-syarikat ini meneroka pasaran domestik mahupun antarabangsa.

FRESH, syarikat perkakas rumah yang terkemuka di Mesir percaya bahawa penyertaan dalam pameran perdagangan dalam talian sedemikian adalah berkesan kos. "Dunia menjadi semakin hampir. Semuanya boleh dicapai dengan hujung jari anda. Halangan seperti jarak geografi, bahasa, zon waktu dan kos tidak lagi wujud. Kita boleh berinteraksi dengan pantas dan mudah bersama seluruh dunia," kata Khaled Ramzy, pengarah eksport.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200622/2837232-1?lang=0

 

 

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Retail Transportation Trade show news