omniture

HFCL Pilih VVDN sebagai Rakan Pembangunan dan Pembuatan untuk Bawakan dengan Jayanya Titik Akses Tanpa Wayar dan Penyelesaian UBR yang Utama Industri yang Direka Bentuk dan Dihasilkan Sepenuhnya di India Di Bawah Inisiatif Dibuat di India

VVDN Technologies
2020-06-24 11:47 2759

GURUGRAM, India, 24 Jun 2020 /PRNewswire/ -- VVDN Technologies, syarikat kejuruteraan dan pembuatan produk yang terkemuka di India, serta HFCL Limited, pembangun infrastruktur telekomunikasi, penyepadu dan pengeluar sistem yang terkemuka, berkolaborasi bagi membawakan portfolio produk Tanpa Wayar generasi seterusnya daripada HFCL. HFCL dan VVDN telah mempelopori reka bentuk, pembangunan dan pembuatan pelbagai jenis Titik Akses Tanpa Wayar, penyelesaian sambungan P2P dan P2MP di India untuk pasaran global.

Menggunakan teknologi perangkaian terkini berasaskan Platform Networking Pro Qualcomm©, pasukan pakar tanpa wayar HFCL dan VVDN telah mereka bentuk dan menghasilkan dengan jayanya penyelesaian tanpa wayar berasaskan Wi-Fi 5 yang tangkas, andal dan selamat yang berupaya untuk memenuhi keperluan berprestasi tinggi yang boleh diskala bagi menyampaikan kepadatan dan kapasiti yang ekstrem. Di samping itu, penyelesaian ini didatangkan dengan platform pengurusan rangkaian berasaskan awan yang boleh diskala secara besar-besaran yang dapat membantu pelanggan mengurus sebarang bilangan elemen rangkaian dari mana-mana sahaja di dunia tanpa perlu bimbang mengenai penskalaan infrastruktur dalam sebarang lokasi tunggal. Penyelesaian tersebut telahpun digunakan dalam pasaran India dan banyak ujian percubaan yang sedang dijalankan dengan pelanggan antarabangsa. Selanjutnya, bagi menyesuaikan keperluan penyelesaian bagi meringankan tekanan rangkaian yang semakin meningkat, HFCL bekerjasama dengan VVDN untuk melancarkan penyelesaian tanpa wayar berasaskan Wi-Fi 6 untuk pasaran India dan juga global.  

Harpreet Singh, Ketua Perangkaian dan Wi-Fi BU di VVDN, berkata, "Kami gembira dapat menjadi rakan kongsi HFCL yang tekal memperkasa inovasi dengan memperkenalkan teknologi baharu dengan mempromosikan Penyelidikan & Pembangunan untuk penyelesaian tanpa wayar hujung-ke-hujung untuk rangkaian menuntut yang berprestasi tinggi. Dengan persediaan Global Innovation Park baharu kami, VVDN telahpun memperluaskan kemudahan pembuatan tanpa wayarnya dengan barisan SMT khusus, tingkat pemasangan produk yang membawa kepada peningkatan dalam penghantaran produk kami sebanyak 4 kali ganda. Setelah berjaya menggunakan penyelesaian tanpa wayar berasaskan Wi-Fi 5 dengan penyelesaian MU-MIMO dan pembentukan alur (beamforming), HFCL dan VVDN kini memperhatikan Wi-Fi 6 – gelombang baharu dalam teknologi tanpa wayar dan berusaha untuk membawakan portfolio penyelesaian tanpa wayar keseluruhan menjelang suku terakhir tahun ini."

Bhuvnesh Sachdeva, Naib Presiden, Pembangunan Produk Baharu, HFCL mengulas, "Keupayaan pembangunan produk kami terus membawa kami ke hadapan sebagai sebuah perusahaan teknologi yang melaluinya kami membangunkan produk dengan teknologi terkini dengan pendekatan futuristik yang berkesan kos dan mempunyai IPR kami sendiri. HFCL telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi terkemuka bagi memenuhi permintaan mereka terhadap Produk dan Penyelesaian Tanpa Wayar. Matlamat kami adalah untuk melancarkan penyelesaian teknologi WI-Fi amat andal yang kompetitif secara global dan benar-benar "Dibuat di India", bagi merapatkan jurang yang kini wujud dalam pasaran. Pusat kecemerlangan kami dalam penyelidikan berserta pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilaburkan di lokasi-lokasi berbeza di India serta luar negara sedang mengusahakan pembangunan teknologi era baharu. Dalam VVDN Technologies, kami menemui rakan pembuatan dan ODM andal yang benar-benar berkebolehan dan berpotensi untuk menyampaikan mengikut keperluan kami dan turut memastikan bahawa kami terus mengembangkan pengalaman terhubung dan lancar yang dituntut oleh pelanggan kami. Kami telah berjaya membangunkan dan menyampaikan lebih 50,000 Titik Akses, radio P2P dan P2MP yang telahpun berada dalam pasaran dan menantikan lebih banyak lagi."

"Kami berasa bangga dapat bekerjasama dengan VVDN dan HFCL memandangkan mereka mendayakan produk infrastruktur tanpa wayar dengan teknologi terkini dan bekerjasama erat dengan mereka untuk menghasilkan dan menggunakan penyelesaian tanpa wayar berdasarkan Wi-Fi 6. Kolaborasi ini akan memenuhi baik pasaran India mahupun pasaran global di samping membantu mengembangkan ekosistem Dibuat di India kami. Peluang ini merupakan satu manifestasi sebenar Dibuat di India untuk Dunia," kata Uday Dodla, Pengarah Kanan, Pembangunan Perniagaan, Qualcomm India.

Latar Belakang VVDN 

VVDN ialah sebuah syarikat Kejuruteraan & Pembuatan Produk yang memberi tumpuan untuk mereka bentuk & mengeluarkan produk-produk hujung-ke-hujung merentas beberapa pasaran vertikal teknologi (5G, Pusat Data, Visi, Perangkaian, Wi-Fi, IoT, Pertahanan, Awan & Aplikasi). VVDN menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan global termasuk AS, Kanada, Eropah, India, Vietnam, Korea dan juga Jepun. Ibu pejabat VVDN, Global Innovation Park terletak di Manesar, India dan mempunyai 9 Pusat Kejuruteraan Produk termaju di India, yang dilengkapi sepenuhnya untuk mereka bentuk & menguji perkakasan & perisian lengkap yang diperlukan untuk membangunkan produk atau penyelesaian yang lengkap.

Untuk butiran lanjut kunjungi: www.vvdntech.com

Latar Belakang HFCL 

HFCL Limited ialah pembangun infrastruktur telekomunikasi, penyepadu sistem dan pengeluar peralatan telekomunikasi dan kabel gentian optik berkualiti tinggi yang terkemuka, memiliki kemudahan pembuatannya sendiri di Solan dan Goa serta subsidiarinya iaitu kemudahan HTL Limited di Chennai dan Hosur.

HFCL menyediakan penyelesaian tetingkap tunggal untuk projek telekomunikasi; menawarkan perkhidmatan reka bentuk, bekalan peralatan, pemasangan, integrasi sistem, operasi dan penyelenggaraan. HFCL kini memanfaatkan kekuatan sedia adanya dalam menangani keperluan sektor-sektor baru muncul yang rumit seperti Komunikasi dan Isyarat Kereta Api, Pertahanan, Keselamatan Dalam Negeri dan juga Projek Bandar Pintar.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di: investor@hfcl.com

Qualcomm Networking Pro ialah produk daripada Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau subsidiari-subsidiarinya. 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1194389/VVDN_HFCL_Logo.jpg?p=medium600

Source: VVDN Technologies
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Contracts STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)