omniture

Sasol Umum Operasi Bermanfaat Kemudahan Projek Bahan Kimia Lake Charles Kelima dan Keenam

Sasol Limited
2020-06-25 11:32 168

Enam unit kini beroperasi mencakupi lebih daripada 86% jumlah output LCCP 

HOUSTON, 25 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Sasol mengumumkan bahawa unit alkohol Guerbet di Projek Bahan Kimia Lake Charles (LCCP) kami mencapai operasi bermanfaat pada 19 Jun 2020. Ini berlaku tiga hari selepas menerima operasi bermanfaat bagi unit alkohol Ziegler, menjadikan kapasiti operasi unit bahan kimia khusus LCCP kepada 100 peratus dan jumlah kapasiti terpasang operasi LCCP kepada 86 peratus.

Operasi bermanfaat bagi kemudahan LCCP ini meneruskan projek mega Pantai Teluk A.S. tujuh-unit Sasol hingga ke tahap siap," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sasol, Fleetwood Grobler. "Kapasiti tambahan ini mengukuhkan kedudukan kepimpinan Sasol dalam pasaran alkohol khusus dan alumina, yang merupakan teras kepada strategi pertumbuhan Bahan Kimia syarikat."

"Pelaburan kami dalam Lake Charles – termasuk kapasiti etoksilasi tambahan yang memulakan operasi pada Januari 2020 – digabungkan dengan permulaan unit etoksilasi baharu kami di Nanjing, China pada tahun 2019, mengukuhkan asas aset sedia ada kami," kata Naib Presiden Eksekutif Sasol: Perniagaan Bahan Kimia, Brad Griffith.

"Dengan jejak global yang luas ini, kami terus menyelaraskan perniagaan kami dengan trend mega global yang hebat bagi mengenal pasti peluang pertumbuhan bernilai tinggi yang dapat kami sokong dengan kimia unik kami. Trend mega ini menyokong strategi kami untuk menyediakan penyelesaian kepada kelas pertengahan yang semakin berkembang dan sedang menjalani proses pembandaran yang menumpu pada kesihatan, kebersihan dan kemampanan. Melalui inovasi kolaboratif dengan pelanggan, kami komited untuk membangunkan penyelesaian mampan yang membentuk sebahagian daripada ekonomi pusingan yang semakin membangun," kata En. Griffith.

Alkohol Ziegler dan Guerbet meluaskan kedudukan Sasol dari segi mempunyai portfolio alkohol dan surfaktan bersepadu yang terluas di dunia. Sasol merupakan peneraju yang diiktiraf bagi bahan kimia untuk pasaran penjagaan penting seperti dobi, penjagaan rumah, penjagaan diri dan kebersihan.

Sasol juga berkedudukan baik untuk menawarkan bahan kimia khusus berasaskan prestasi dan penyelesaian buatan khas kepada pelanggan dalam pelbagai aplikasi industri termasuk agrokimia, bahan lelas, kerja logam dan pelinciran, minyak dan gas, automotif, cat serta salutan.

Unit Ziegler LCCP merupakan lanjutan daripada kilang sedia ada Ziegler di Lake Charles dan merupakan yang terbesar seumpamanya di dunia yang menambah kapasiti terpasang sebanyak 173,000 tan setahun (173 ktpa) alkohol dan 32,000 tan (32 ktpa) alumina. Penambahan ini mengukuhkan skala ekonomi Sasol yang signifikan, memanfaatkan pengalaman teknikal dan operasi mendalam syarikat ini.

Unit Ziegler melengkapkan pengeluaran alkohol dan alumina global Sasol, memberi penambahan kepada kapasiti sedia ada Ziegler di Lake Charles dan Brunsbuettel, Jerman. Unit ini merupakan yang paling rumit dari segi teknikal daripada unit-unit tersebut di LCCP dan berasaskan teknologi proprietari Sasol. Mendapat faedah daripada teknologi paling moden dan bertahun-tahun pengalaman dengan proses unik ini, unit Ziegler bermula dengan lancar, dalam panduan pasaran melalui usaha luar biasa oleh pasukan projek dan operasi kami.

Kapasiti alumina tambahan daripada unit Ziegler akan membolehkan Sasol untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat terhadap produk alumina buatan khas dengan ketulenan tinggi yang digunakan dalam pelbagai aplikasi pasaran seperti pemangkin, filem, seramik dan bahan lelas. Peluasan ini akan menyokong aspirasi pertumbuhan pelanggan yang memerlukan produk alumina berasaskan alkoksida unik daripada Sasol.

Unit Guerbet baharu Sasol di Pantai Teluk A.S. merupakan tapak pengeluaran alkohol Guerbet kedua syarikat ini; satu lagi juga terletak di Brunsbuettel. Unit di Lake Charles merupakan kilang alkohol Guerbet terbesar di dunia dan mempunyai kapasiti terpasang sebanyak 30,000 tan setahun (30 ktpa).

Unit Guerbet ialah peningkatan skala dua kali ganda teknologi proprietari Sasol yang digunakan di Brunsbuettel. Pasukan projek dan pasukan dari Lake Charles dan Brunsbuettel bekerja dengan sangat baik untuk membolehkan unit Guerbet sedia digunakan tanpa masalah. Kedudukan tapak pengeluaran alkohol Guerbet Sasol di Eropah dan Amerika Utara adalah tiada tandingan dan menyediakan pelanggan kami dengan akses yang diperluas kepada rantaian bekalan global yang lebih cekap dan mampan.

Unit terakhir yang tinggal yang akan beroperasi di LCCP ialah kilang polietilena ketumpatan rendah (LDPE). Unit ini berjalan seperti yang dirancang untuk operasi bermanfaat menjelang penghujung September 2020, seperti panduan sebelumnya. Pada penghujung Mei 2020, perbelanjaan modal LCCP mengikuti panduan yang disampaikan sebelumnya iaitu US$12,8 bilion.

Sehingga kini, LCCP telah mencipta lebih 800 peluang pekerjaan pembuatan berkualiti sepenuh masa, dengan sehingga 6,500 orang di tapak semasa pembinaan, dengan perbelanjaan sebanyak hampir US$4 bilion untuk kerja-kerja pembinaan bagi perniagaan Louisiana serta hampir US$200 juta dibayar untuk cukai tempatan dan negeri.

Latar Belakang Sasol: 

Sasol ialah sebuah syarikat bahan kimia dan tenaga bersepadu bertaraf global. Melalui kakitangan berbakat kami, kami mencipta nilai yang hebat buat pelanggan kami, pemegang saham dan pemegang kepentingan lain dengan selamat dan mampan. Kami menggabungkan teknologi-teknologi sofistikated dalam kemudahan-kemudahan operasi berskala dunia untuk mengeluarkan dan mengkomersialkan komoditi serta bahan kimia khusus, bahan api gas dan cecair serta bekalan elektrik dengan karbon lebih rendah. 

Dikeluarkan oleh: 

Di Afrika Selatan: 

Alex Anderson, Pengurus Kanan: Komunikasi Luar Kumpulan
Talian terus: +27 (0) 10-344-6509; Mudah Alih: +27 (0) 71-600-9605;
alex.anderson@sasol.com

Di A.S.: 

Kim Cusimano, Hal Ehwal Korporat Operasi Amerika Utara
Talian terus: +1 (225) 776-0758
kim.cusimano@us.sasol.com

Source: Sasol Limited
Related Stocks:
Berlin:SAOA Bloomberg:SAO@GR Bloomberg:SAOA@GR Bloomberg:SASOF@US Bloomberg:SOL@SJ Bloomberg:SOLBE1@SJ Bloomberg:SSL@US Bloomberg:SSLN@MM Dusseldorf:SAOA Frankfurt:SAOA ISIN:US8038663006 ISIN:ZAE000006896 Munich:SAOA NYSE:SSL OTC:SASOF OtherOTC:SASOF RICS:SASOF RICS:SSL Stuttgart:SAO.SG Stuttgart:SAOA
Keywords: Chemical Oil/Energy OTC/SmallCap IRW Utilities Accounting news, issues New products/services