omniture

LTI bakal Lancar Program Migrasi Dipercepatkan untuk Perusahaan Berasaskan SAP Dengan Amazon Web Services

LTI
2020-06-25 11:40 175

MUMBAI, India, 25 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Larsen & Toubro Infotech (kod BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perunding teknologi dan penyelesaian digital global, hari ini mengumumkan Program Migrasi Dipercepatkan untuk pelanggan SAP dengan Amazon Web Services (AWS). Sebagai sebahagian daripada program ini, LTI akan membantu pelanggan memindahkan SAP® ERP, SAP S/4HANA® mereka dan beban kerja SAP lain daripada atas-premis ke AWS dengan memanfaatkan platform dan perkhidmatan pencepatan migrasi yang pintar dan automatik.

Bagi membolehkan perpindahan yang lebih pantas ke AWS, program ini menawarkan Modul Penemuan, Modul Pembinaan dan Penggunaan serta Modul Pengesahan kepada perusahaan dalam seluruh segmen industri. Komponen Tambahan program ini termasuk pemprofil SAP, penganalisis untuk SAP S/4HANA, pemulihan kod-automatik untuk pematuhan SAP HANA®, Modul Keselamatan dan modul Pengujian Pintar dengan repositori luas senario ujian dan kes ujian.

"LTI memegang rekod prestasi yang berjaya dalam mendayakan transformasi awan AWS dalam seluruh landskap pelanggan SAP yang sangat rumit," kata Siddharth Bohra, Ketua Pegawai Perniagaan, Teknologi, Media, Pengguna & Ketua Digital dan Analitik, LTI. "Bekerjasama dengan AWS akan membantu kami untuk mendigitkan aspek teras dan membawa kepakaran ini kepada pelanggan SAP yang lain, seraya memanfaatkan pendekatan kami yang sangat berciri automatik."

LTI telah mencapai status Kompetensi SAP AWS yang mengukuhkan kedudukan LTI sebagai Rakan Perunding Termaju dalam AWS Partner Network (APN) dengan kemahiran teknikal yang diperakui dan kejayaan pelaksanaan pelanggan terbukti dalam memindahkan persekitaran SAP ke AWS.

Kepakaran Migrasi Dipercepatkan memperlihatkan standard tertinggi pengetahuan mendalam LTI dalam aspek-aspek fungsi serta teknikal migrasi awan AWS untuk penyelesaian SAP. LTI sendiri merupakan pelanggan SAP sekian lama yang amat besar dan telah memindahkan sistem SAP dalamannya ke AWS.

Sebagai pelanggan SAP, Rakan Kompetensi SAP AWS dan rakan perkhidmatan strategi global bersama SAP, LTI berkedudukan untuk menjadi rakan kongsi ideal untuk mana-mana pelanggan SAP yang beralih ke AWS. Program Migrasi Dipercepatkan LTI untuk penyelesaian SAP memindahkan dan mengubah perusahaan berasaskan SAP dengan pantas dengan merendahkan kos infrastruktur dan dalam masa yang sama meningkatkan ketangkasan, pengalaman pelanggan dan inovasi.

Pada Oktober 2019, LTI mengambil alih Powerup Technologies, Rakan Perunding Ulung APN, lantas meningkatkan keupayaan perundingan awan dan transformasi digitalnya. Baru-baru ini, LTI memenangi SAP Pinnacle Award 2020 sebagai Rakan Inovasi Industri Terbaik Tahunan.

Latar Belakang LTI 

LTI (NSE: LTI) ialah syarikat perunding teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih daripada 420 pelanggan berjaya dalam dunia saling bertumpu. Dengan operasi di 32 negara, kami melakukan lebih daripada apa yang diharapkan untuk pelanggan kami dan mempercepatkan transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang mendayakan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai subsidiari Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberikan kami kepakaran dunia sebenar yang tiada tandingan bagi mengatasi cabaran perusahaan yang paling rumit dalam seluruh industri. Setiap hari, pasukan kami dengan lebih 30,000 kakitangan LTI membolehkan pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi mereka serta membawa nilai kepada pelanggan, pekerja dan pemegang saham mereka. Ketahui lebih lanjut di http://www.Lntinfotech.com atau ikuti kami di @LTI_Global

Berhubung dengan LTI : 

SAP dan produk serta perkhidmatan SAP lain yang disebutkan di sini serta logo masing-masing merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar SAP SE di Jerman serta negara-negara lain. Sila lihat https://www.sap.com/copyright untuk maklumat dan notis tanda dagangan tambahan. Semua nama produk dan perkhidmatan lain yang disebutkan merupakan tanda dagangan syarikat masing-masing.

Kenyataan Pandang ke Hadapan SAP 

Mana-mana kenyataan yang terkandung dalam dokumen ini yang bukan fakta sejarah merupakan kenyataan pandang ke hadapan seperti mana yang ditakrifkan dalam Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian A.S. 1995. Perkataan-perkataan seperti "menduga", "percaya", "menganggarkan", "mengharapkan", "meramalkan", "bertujuan", "boleh", "merancang", "mengunjurkan", "menjangkakan", "sepatutnya" dan "akan" serta ungkapan yang serupa kerana ia berkaitan dengan SAP bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan berkenaan. SAP tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula secara terbuka mana-mana kenyataan pandang ke hadapan. Semua kenyataan pandang ke hadapan tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dijangkakan. Faktor-faktor yang boleh menjejaskan keputusan kewangan masa depan SAP dibincangkan dengan lebih lengkap dalam fail SAP dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. ("SEC"), termasuk Laporan Tahunan paling terbaharu SAP pada Borang 20-F yang difailkan dengan SEC. Pembaca diingatkan agar tidak terlalu bergantung pada kenyataan pandang ke hadapan ini, yang tepat setakat tarikhnya.

Untuk maklumat lanjut: 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: LTI
Related Stocks:
Bombay:540005 India:EQLTI India:LTI
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications New products/services