omniture

Dominika Luaskan Definisi Tanggungan di Bawah Program Kerakyatan melalui Pelaburan

CS Global Partners
2020-06-26 22:38 264

LONDON, 26 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Pada hari Rabu, Kerajaan Komanwel Dominika mengumumkan perubahan baharu terhadap Program Kerakyatan melalui Pelaburan (CBI) negara berkenaan. Keluarga yang membuat permohonan bersama-sama untuk mendapatkan kerakyatan Dominika kini boleh memasukkan lebih banyak jenis tanggungan. Ini berkaitan dengan anak-anak dewasa, adik beradik, ibu bapa, datuk nenek serta pasangan baharu.

Peraturan baharu ini melayakkan anak-anak berumur 16 hingga 30 tahun, ibu bapa dan datuk nenek pemohon utama atau pasangan mereka untuk mendapatkan kerakyatan, selagi mana mereka menunjukkan sokongan. Adik beradik dewasa yang belum berkahwin dan tidak mempunyai anak, sama ada adik beradik kandung atau adik beradik angkat juga layak sebagai tanggungan di bawah CBI. Sekiranya pemohon utama berkahwin atau mempunyai anak selepas mendapat kerakyatan Dominika, pasangan baharu mereka atau bayi baru lahir boleh memohon untuk mendapatkan kerakyatan. Hal yang sama juga sah untuk tanggungan pemohon utama, bererti penyatuan semula keluarga melalui CBI Dominika adalah luas dan berkekalan selama beberapa generasi.

"Memperoleh kerakyatan Dominika mungkin merupakan salah satu pelaburan paling berharga yang dibuat oleh seseorang untuk masa depan dan sekuriti keluarga mereka," kata Paul Singh, Pengarah penasihat kerajaan beribu pejabat di London CS Global Partners. Perdana Menteri Roosevelt Skerrit berkata dalam satu siaran akhbar bahawa perubahan baharu ini bertujuan untuk "mempercepatkan penyatuan semula keluarga dalam sebuah dunia yang mana kebersamaan dan hak untuk semua tinggal dalam suasana yang selamat, stabil dan mesra adalah lebih penting daripada sebelumnya."

Yang penting, memandangkan usaha wajar merupakan asas dalam Program CBI Dominika, tanggungan perlu terlebih dahulu berjaya melepasi semua pemeriksaan keselamatan. Pemohon utama perlu menjalani usaha wajar sekali lagi sekiranya tanggungan baharu mereka, seperti pasangan baharu, memohon untuk mendapatkan kerakyatan lebih setahun sejak permohonan asal.

Dominika kekal sebagai negara terbaik bagi kerakyatan melalui pelaburan, menurut tiga edisi tahunan terdahulu CBI Index, yang diterbitkan oleh majalah PWM FT. Ditubuhkan pada tahun 1993, Program CBI Dominika menawarkan dua laluan yang stabil untuk kerakyatan. Seseorang boleh menyumbang sama ada sekurang-kurangnya sebanyak US$100,000 kepada dana kerajaan atau melabur minimum US$200,000 dalam harta tanah yang telah diluluskan terlebih dahulu. Pelabur asing lebih memilih Dominika kerana pemprosesannya selama tiga bulan, kemampuan, kebolehpercayaan dan faedah sepanjang hayat seperti rawatan kesihatan yang baik, pendidikan dan perjalanan tanpa visa.

Hasil perolehan CBI telah mengubah Dominika sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sumbangan dana menaja hampir kesemua aspek kehidupan di pulau tersebut seperti membaik pulih infrastrukturnya atau memodenkan rawatan kesihatan. Cabang harta tanah membangunkan industri ekopelancongan yang baik yang memberi tumpuan pada khalayak yang tidak ramai, lebih privasi dan pengalaman eko-mewah di "Nature Isle of the Caribbean" (Pulau Alam Semula Jadi Caribbean).

Hubungi: 
pr@csglobalpartners.com 
www.csglobalpartners.com

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Magazines Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate New products/services Survey, Polls & Research Legal Services