omniture

Xinhua Silk Road: Guilin Selatan China anjur acara sambut Hari Warisan Budaya dan Semula Jadi

Xinhua Silk Road
2020-06-29 19:52 450

BEIJING, 29 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Guilin, salah sebuah lokasi pelancong yang utama di China, baru-baru ini menganjurkan beberapa acara bagi menyambut Hari Warisan Budaya dan Semula Jadi yang jatuh pada tanggal 13 Jun tahun ini.

Photo: Opening ceremony of the Cultural and Natural Heritage Day kicks off in Guilin city, south China's Guangxi Zhuang Autonomous Region, June 13.
Photo: Opening ceremony of the Cultural and Natural Heritage Day kicks off in Guilin city, south China's Guangxi Zhuang Autonomous Region, June 13.

Khususnya, sebuah forum utama diadakan di Guilin untuk berkongsi kes-kes cemerlang di seluruh negara, yang menunjukkan bagaimana perlindungan warisan budaya dapat meningkatkan pelancongan tempatan dan membantu membasmi kemiskinan.

Semasa berlangsungnya acara tersebut, Bandar Jinjiang Princes telah membuatkan peserta berasa kagum kerana ia dipelihara dengan baik.

Bandar Jinjiang Princes yang asalnya dibina pada tahun 1372, meliputi kawasan berkeluasan kira-kira 200,000 meter persegi. Ia merupakan kediaman putera Dinasti Ming (1368-1644). Sejumlah 14 orang putera dalam Dinasti Ming tinggal di sini.

"Bagi menghidupkan semula Bandar Jingjiang Princes, Guilin menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penggalian arkeologi serta pemulihan alam sekitar terhadap 11 makam raja-raja. Semua bangunan haram yang dibina bertentangan dengan tembok bandar tersebut dirobohkan, agar tembok bandar purba tersebut terdedah," kata seorang pegawai daripada kerajaan tempatan.

Selain daripada usaha pihak kerajaan untuk melindungi peninggalan semula jadi dan budaya, individu-individu turut menyertai kempen bagi melindungi warisan budaya.

Semasa berlangsungnya acara berkenaan, sebuah upacara penyampaian anugerah telahpun diadakan bagi memberi penghargaan kepada individu atas sumbangan mereka terhadap perlindungan warisan budaya.

Tang Yijin, seorang penduduk kampung berumur 76 tahun di Guilin, telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi peninggalan budaya selama bertahun-tahun. Pada tahun 2009, beliau membeli sekumpulan bangunan kediaman purba dengan ciri-ciri bangunan tradisional di utara Guangxi dan memindahkannya, bagi mengelakkan perobohan bangunan berkenaan ekoran perluasan landasan kereta api.

Apabila menerima anugerah berkenaan, beliau berkata dengan nada teruja, "Penghormatan ini merupakan suatu anugerah mahupun pendorong dan saya akan meneruskan usaha perlindungan peninggalan budaya dan pewarisan sebagaimana biasa pada masa akan datang."

Semasa berlangsungnya acara berkenaan, dewan pengalaman warisan budaya yang tidak ketara di Guilin dirasmikan, memberi tumpuan pada opera dan seni tempatan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Wilayah Berautonomi Zhuang Guangxi selatan China terus meningkatkan usaha perlindungan dan pelaburan terhadap warisan budaya.

Sejak tahun 2018, Guangxi melancarkan pembinaan muzium khas. Bilangan muzium di wilayah tersebut mencecah sehingga 252, dengan hampir 20 juta pengunjung setiap tahun, menurut seorang pegawai Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan wilayah berkenaan (Disunting oleh Hu Pingchao dengan Xinhua Silk Road, hupingchao@xinhua.org)

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200628/2841329-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Travel