omniture

Association for Financial Professionals Jalin Kerjasama dengan Matrix Institute of Professionals untuk Kursus Persediaan Peperiksaan CTP, FP&A

Association for Financial Professionals (AFP)
2020-06-30 10:07 234

Ahli profesional kewangan di Myanmar kini mendapat akses kepada kursus persediaan untuk memperoleh sijil terkemuka

YANGON, Myanmar, 30 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Association for Financial Professionals (AFP) dan Matrix Institute of Professionals mengumumkan satu perkongsian rasmi untuk menawarkan kursus persediaan menghadapi peperiksaan untuk golongan profesional perbendaharaan dan kewangan yang berpangkalan di Myanmar. Kursus-kursus ini akan melengkapi golongan profesional kewangan dengan alatan yang diperlukan oleh mereka untuk mendapatkan sijil-sijil Profesional Perancangan dan Analisis Kewangan Korporat Diperakui (Certified Corporate Financial Planning and Analysis, FP&A) dan Profesional Perbendaharaan Diperakui (Certified Treasury Professional, CTP).

Pentauliahan FP&A, ditaja oleh AFP, menetapkan satu set kecekapan teras untuk kerjaya perancangan dan analisis kewangan korporat serta menumpukan perhatian pada aspek-aspek yang tidak semestinya diajar dalam program ijazah tradisional. Ia merupakan satu-satunya pentauliahan yang khusus untuk FP&A; ia memandang ke hadapan dan menilai kebolehan untuk melihat gambaran yang besar. Ahli profesional FP&A yang diperakui dilengkapi khas untuk mengurangkan ketidakpastian dan melihat melangkaui sekadar nombor; mereka berusaha untuk menjadikan nombor berfungsi bagi menentukan perancangan, pembelanjawan dan ramalan strategik dan holistik yang dikaitkan menjadi matlamat perniagaan.

Designasi CTP berperanan sebagai penanda aras kecekapan dalam kerjaya kewangan dan diiktiraf sebagai pentauliahan utama dalam perbendaharaan korporat seluruh dunia. Pentauliahan CTP, juga ditaja oleh AFP, menandakan bahawa pengamal perbendaharaan telah menunjukkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan dengan berkesan fungsi-fungsi kritikal yang berkaitan dengan kecairan korporat, pengurusan modal dan juga risiko.

Dengan menjalin kerjasama, AFP dan Matrix Institute of Professionals menyediakan ahli professional kewangan dan perbendaharaan di Myanmar dengan laluan baharu bagi mendapatkan setiap satu daripada designasi berprestij ini. Setiap pelajar akan mendapat akses kepada program persediaan, berserta kursus pembelajaran campuran yang diajar oleh tenaga pengajar tempatan Matrix Institute.

"Kolaborasi bersama Matrix Institute of Professionals ini merupakan suatu yang ideal tatkala AFP berusaha untuk membantu ahli profesional kewangan di seluruh rantau Asia Pasifik untuk berjaya," kata Himashi Soriano, Pengarah Urusan, APAC. "Laluan untuk memperoleh dua sijil AFP ini akan membantu pengamal di seluruh Myanmar untuk membezakan diri mereka daripada kalangan rakan setara mereka."

"Kami percaya bahawa Ahli Profesional Perakaunan dan Kewangan Myanmar kini mempunyai akses kepada pentauliahan profesional yang bereputasi tinggi daripada AFP dan laluan Pembangunan Profesional Berlanjutan untuk memajukan kerjaya mereka. Kami menyasarkan untuk menghasilkan golongan profesional kewangan Myanmar yang berkelayakan tinggi untuk persekitaran korporat yang semakin berkembang dan pengenalan kepada designasi FP&A dan Perbendaharaan merupakan langkah awal yang besar," kata Min Han Tun, Pengasas Bersama dan Pengarah Akademik Matrix Institute of Professionals.

Untuk sebarang pertanyaan akhbar, sila hubungi Melissa Rawak, mrawak@afpoline.org.

Latar Belakang AFP®
Beribu pejabat di luar Washington, D.C. dan terletak di wilayah Singapura, Association for Financial Professionals (AFP) ialah persatuan profesional yang komited untuk memajukan kejayaan anggota perbendaharaan dan kewangan serta organisasi-organisasi mereka. AFP mewujudkan dan memberikan pentauliahan Profesional Perbendaharaan Diperakui (Certified Treasury Professional) dan Profesional FP&A Korporat Diperakui (Certified Corporate FP&A Professional), yang menetapkan standard kecemerlangan dalam perbendaharaan dan kewangan.

Latar Belakang Matrix Institute of Professionals
Matrix Institute of Professionals ialah sekolah Kewangan dan Keusahawanan serta merupakan penyedia Persiapan Peperiksaan CFA yang terkemuka di Yangon, Myanmar. Dengan misi untuk membangunkan golongan profesional kewangan generasi seterusnya yang terlatih di Myanmar dan menggalakkan pendidikan kewangan untuk PKS, Matrix menyasarkan untuk menjadi sebuah Institut Kewangan dengan penyelesaian serta kursus sehenti. Matrix menawarkan sijil, diploma dan bengkel dalam pengurusan kewangan dan pelaburan, kewangan korporat, pemodelan kewangan, literasi kewangan dan kursus yang disediakan untuk membantu pelajar, ahli professonal, usahawan dan PKS di Myanmar. Untuk maklumat lanjut mengenai Matrix Institute of Professionals, sila hubungi Min Han Tun, minhantun@matrixinstitute.com.mm.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/508493/Association_for_Financial_Professionals_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Association for Financial Professionals (AFP)
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Accounting news, issues