omniture

Wilbur-Ellis Mulakan Sambutan Ulang Tahun ke-100 Dengan Laman Sesawang Baharu dan Giving Program Yang Beri Manfaat kepada Red Cross

Wilbur-Ellis
2020-07-01 01:52 226

SAN FRANCISCO, 30 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Hanya segelintir syarikat yang mampu bertahan selama 100 tahun dan Wilbur-Ellis memulakan sambutan ulang tahun ke-100nya, tatkala kami menghitung detik menuju pencapaian tersebut pada 29 Jun 2021.

Sambutan berkenaan akan diteruskan sepanjang 12 bulan akan datang dan ini termasuk laman sesawang Ulang Tahun ke-100 baharu dan juga Giving Program baharu yang akan memberi manfaat kepada Red Cross di A.S., Kanada dan Asia Pasifik – kawasan-kawasan di mana kakitangan Wilbur-Ellis menetap dan bekerja.

Kakitangan Wilbur-Ellis, anak-anak dalam keluarga mereka dan rakan-rakan syarikat (termasuk pelanggan, rakan niaga dan pesara) dijemput untuk mengambil bahagian. Di laman sesawang Ulang Tahun ke-100, setiap bulan satu soalan akan dihantar untuk orang dewasa mengenai bagaimana kami dapat terus berkembang maju, berinovasi, menyumbang dan berevolusi – tema sambutan kami. Kanak-kanak akan mendapat soalan yang disesuaikan khusus buat mereka. Bagi setiap respons yang dihantar, Wilbur-Ellis akan membuat sumbangan kepada Red Cross.

Butiran mengenai Giving Program dihantar di laman sesawang Ulang Tahun ke-100 – dan sementara pengunjung berada di sana, mereka akan menemui kisah mengenai sejarah Wilbur-Ellis dan renungan mengenai apa yang dapat diertikan dengan menjadi sebuah syarikat berusia 100 tahun yang masih dimiliki oleh keluarga pengasasnya.

"Ketika kami memulakan proses perancangan sambutan ulang tahun ini, kami tahu bahawa kami ingin melakukan lebih daripada sekadar meraikannya," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Wilbur-Ellis John Buckley. "Kami ingin menceritakan kisah Wilbur-Ellis kerana kami amat berbangga dengan masa silam kami. Namun begitu, kami juga ingin memberikan pekerja, anak-anak kita dan rakan-rakan syarikat dengan cara untuk menjadikan masa depan yang sedikit lebih cerah untuk orang yang memerlukan – terutamanya pada masa kini, apabila keperluan adalah sangat besar. Giving Program kami bertujuan untuk membawa perubahan positif dan ia juga adalah berasaskan sumbangan sebanyak $100,000 yang dibuat oleh Wilbur-Ellis pada April lalu untuk menyokong respons Red Cross terhadap pandemik COVID-19."

Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah Wilbur-Ellis, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan cucu kepada pengasas syarikat Brayton Wilbur Sr., John Thacher, merenungkan cabaran yang dihadapi hari ini dan pengajaran daripada masa lalu kami.

"Tahun 2020 telah menjadi tahun yang mencabar buat kita semua. Namun demikian, memandangkan syarikat ditubuhkan oleh datuk saya dan dua orang rakan sejak tahun 1921, Wilbur-Ellis telah menempuh semua jenis kesukaran … peperangan, kemeseletan, bencana alam, kejatuhan pasaran saham dan semua yang terjadi di antaranya. Sepanjang menempuh semua kesukaran itu, kakitangan Wilbur-Ellis – pekerja, pelanggan dan rakan niaga kami – yang telah mencetuskan perubahan. Dengan bekerja bersama-sama dan saling menyokong antara satu sama lain, kami dapat menempuh waktu sukar dan meraikan peristiwa yang menggembirakan, kini dan untuk 100 tahun akan datang."

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Giving Program dan sejarah 100 tahun Wilbur-Ellis, sila kunjungi www.wilburellis.com/100th-anniversary.

Latar Belakang Wilbur-Ellis Companies

Ditubuhkan pada tahun 1921, syarikat-syarikat Wilbur-Ellis ialah pemasar, pengedar dan pengeluar antarabangsa yang terkemuka bagi produk pertanian, pemakanan haiwan serta bahan kimia dan perawis khusus. Dengan membina hubungan yang kukuh, membuat pelaburan pasaran yang strategik serta memanfaatkan peluang-peluang baharu, syarikat-syarikat Wilbur-Ellis terus mengembangkan perniagaan dengan jualan yang mencecah lebih $3 bilion. Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan Ulang Tahun ke-100 Wilbur-Ellis, sila kunjungi www.wilburellis.com/100th-anniversary. Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat, sila kunjungi www.wilburellis.com.

 

 

 

 

 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1197802/Wilbur_Ellis_100YR_Logo.jpg?p=medium600  
Video - https://www.youtube.com/watch?v=k4cNbhTul-o  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1013658/Wilbur_Ellis_Logo.jpg?p=medium600  
Video - https://www.youtube.com/watch?v=GUkRpJpPHmk  

Source: Wilbur-Ellis
Keywords: Agriculture Chemical Broadcast feed announcements Corporate Social Responsibility