omniture

Manulife buat pelaburan $3.5 juta dalam kepelbagaian, ekuiti dan rangkuman

Manulife Financial Corporation
2020-07-01 08:30 258

Rancangan dua tahun beri tumpuan pada peluang pekerjaan, latihan dan sokongan komuniti

C$ melainkan dinyatakan sebaliknya
TSX/NYSE/PSE: MFC     SEHK: 945

TORONTO, 1 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Manulife dan John Hancock melabur sebanyak lebih $3.5 juta sepanjang dua tahun akan datang untuk menggalakkan kepelbagaian, ekuiti dan rangkuman di tempat kerja serta komuniti yang mendapat khidmat kami. Matlamat pelaburan bertumpu ini adalah tiga aspek: untuk meningkatkan perwakilan bakat yang pelbagai di semua peringkat dalam organisasi; mencipta rangkuman yang lebih besar dalam seluruh syarikat melalui latihan yang dipertingkatkan; dan untuk menyokong organisasi yang membantu komuniti Berkulit Gelap, Orang Asli dan Orang Kulit Berwarna (BIPOC).

"Kami menyedari bahawa mendorong perubahan bererti mengambil tindakan yang mana atas sebab inilah kami membuat pelaburan yang penting ini untuk membina kepelbagaian yang lebih besar dalam pasukan kami dan kesedaran yang lebih mendalam mengenai peranan yang kita semua dapat mainkan dengan menjadi sekutu dan penyokong rangkuman," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Roy Gori. "Melalui perbincangan yang telus bersama pasukan kami, kami membangunkan rancangan ini berdasarkan maklum balas mereka, memberi tumpuan pada aspek-aspek yang kami lihat sebagai strategi yang paling penting untuk membantu kami mencetuskan perubahan yang berkekalan."

Program yang komprehensif ini meliputi tiga tonggak inisiatif: 

1.  Membina perwakilan profesional BIPOC melalui program siswazah, usaha perekrutan kepimpinan berfokus dan pembangunan pertengahan kerjaya dipercepatkan.  

  • Usaha perekrutan berfokus daripada sekolah pasca menengah yang pelbagai di seluruh Amerika Utara.
  • Perkongsian dengan Career Edge di Kanada dan MLK Scholars Program di A.S. untuk mengupah belia.
  • Program pembangunan dipercepatkan untuk pemimpin BIPOC pertengahan kerjaya berpotensi tinggi.
  • Matlamat pengambilan kepimpinan yang pelbagai melalui perekrutan berfokus.

2.  Program diwujudkan untuk mendidik dan melatih semua pekerja yang melangkaui latihan berat sebelah tanpa sedar mandatori kami. Ini akan mencakupi forum mendengar secara berkala bagi menggalakkan perbincangan yang akan dapat membina pemahaman yang lebih mendalam mengenai rangkuman dan hubungan dalam seluruh pasukan kami, latihan 'allyship' (hubungan sebagai rakan sekutu) dan latihan bersasaran untuk semua pengurus bagi memimpin secara inklusif.

3.  Menyokong komuniti melalui sumbangan dan kesukarelaan yang bertumpu pada pendidikan kewangan dan pementoran kerjaya.

Strategi kepelbagaian, ekuiti dan rangkuman Manulife memberi tumpuan pada amalan untuk menyokong pekerja pada banyak sudut sepanjang kerjaya mereka, seperti perekrutan, pembangunan, kemajuan kerjaya dan keberkesanan kepimpinan serta kebertanggungjawaban. Selain daripada objektif syarikat untuk membangunkan tenaga kerja yang pelbagai, kami sama-sama memberi tumpuan untuk memupuk persekitaran yang membolehkan semua pekerja dapat benar-benar berkembang maju dan merasakan semangat kekitaan yang kuat.

Manulife berbangga kerana diiktiraf sebagai salah satu Majikan Kepelbagaian Terbaik Kanada, salah satu Majikan Terbaik Kanada untuk Orang Muda, mendapat markah 100% dalam Indeks Kesaksamaan Korporat Kempen Hak Asasi Manusia dan dinamakan sebagai penerima Anugerah Majikan Peluang Sama Rata Cemerlang di Hong Kong Insurance Awards.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Strategi Kemampanan dan Pelaburan Komuniti Manulife, kunjungi manulife.com/sustainability.

Latar Belakang Manulife
Manulife Financial Corporation ialah kumpulan perkhidmatan kewangan antarabangsa terkemuka yang membantu orang ramai untuk membuat keputusan mereka dengan lebih mudah dan menjadikan kehidupan mereka lebih baik. Menerusi ibu pejabat global kami di Toronto, Kanada, kami beroperasi sebagai Manulife merentas pejabat-pejabat kami di Kanada, Asia serta Eropah, dan terutamanya sebagai John Hancock di Amerika Syarikat. Kami menyediakan penyelesaian khidmat nasihat kewangan, insurans dan pengurusan kekayaan serta aset untuk individu, kumpulan dan institusi. Pada penghujung tahun 2019, kami mempunyai lebih daripada 35,000 kakitangan, lebih 98,000 ejen dan beribu-ribu rakan pengedaran, bagi menyediakan perkhidmatan kepada hampir 30 juta pelanggan. Setakat 31 Mac 2020, kami mempunyai aset bawah pengurusan dan pentadbiran sebanyak $1.2 trilion (US$0.8 trilion) dan dalam 12 bulan sebelumnya kami membuat bayaran $30.4 bilion kepada pelanggan kami. Operasi-operasi utama kami terletak di Asia, Kanada dan Amerika Syarikat di mana kami berkhidmat kepada pelanggan kami selama lebih 155 tahun lamanya. Kami berdagang sebagai 'MFC' melalui bursa saham Toronto, New York serta Filipina dan di bawah '945' di Hong Kong.

Hubungan Media, Brooke Tucker-Reid, Manulife, 647-528-9601, brooke_tucker-reid@manulife.com; Hubungan Pelabur, Adrienne O'Neill, Manulife, 416-926-6997, adrienne_oneill@manulife.com

 

Source: Manulife Financial Corporation
Related Stocks:
HongKong:0945 Manila:MFC NYSE:MFC Toronto:MFC
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Black-oriented news Corporate Social Responsibility Native American