omniture

Perubahan Tempat Kerja Meluas Dijangka dalam Dunia Pasca-pandemik, Menurut Kajian Daripada Adecco Group

The Adecco Group
2020-07-01 22:21 523

Perniagaan dan pekerja menyeru kefleksibelan lebih besar, soalan dibangkitkan berhubung kontrak mengikut jam dan profil kepimpinan empati baharu muncul

ZURICH, 1 Julai 2020 /PRNewswire/ --

  • Pekerja menuntut kefleksibelan lebih besar selepas coronavirus, dengan perpecahan 50/50 antara masa kerja jarak jauh dan di pejabat disahkan sebagai unggulan sejagat
  • Soalan-soalan dibangkitkan berhubung kontrak mengikut jam, dengan 69% berkata kontrak seharusnya berdasarkan keputusan yang diberikan dan bukannya jam bekerja
  • Peningkatan pesat dalam kemahiran digital merupakan akibat yang tidak disengajakan daripada perintah sekatan pergerakan, dengan pengetahuan teknologi bertambah baik untuk enam dalam 10 (61%) dan dua pertiga (69%) bersemangat untuk melanjutkan lagi peningkatan kemahiran digital pasca pandemik
  • Pemimpin perlu mencipta semula diri mereka menjadi lebih pintar dari segi emosi, namun mereka tidak bersedia, memandangkan kurang daripada separuh merasa bersedia untuk menyokong kakitangan secara holistik semasa pandemik ini.

Pandemik coronavirus telah mengakibatkan peralihan penting dari segi sikap dan jangkaan dalam kalangan pekerja dan pemimpin, memandangkan kedua-duanya menyeru perubahan yang kekal dari segi bagaimana dan di mana kita bekerja, hubungan di tempat kerja dan kemahiran masa depan, menurut satu kajian baharu daripada Adecco Group.

Adecco Group, syarikat penyelesaian HR yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan keputusan daripada kajian terkininya Resetting Normal: Defining the New Era of Work, menilai impak jangka pendek dan jangka panjang yang dijangkakan daripada pandemik untuk menetapkan semula norma tempat kerja. Lapangan kerja telah dijalankan pada Mei 2020, dengan 8,000 responden berasaskan pejabat (berumur 18-60) di seluruh Australia, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Sepanyol, UK dan AS.

Ketua Pegawai Eksekutif Adecco Group Alain Dehaze, berkata: "Dunia bekerja tidak akan kembali kepada keadaan 'normal' seperti yang kita ketahui sebelum ini sebelum pandemik menular. Perubahan segera dan dramatik dalam landskap tempat kerja telah mempercepatkan trend baru muncul seperti kerja yang fleksibel, kepimpinan EQ-tinggi dan kemahiran semula, sehingga ke tahap yang mana kini ia menjadi penting untuk kejayaan organisasi. Ketika banyak negara muncul daripada fasa krisis akut pandemik tersebut, majikan berpeluang untuk 'mula menetapkan semula' amalan tempat kerja tradisional – banyak antaranya yang kekal tidak berubah sebahagian besarnya sejak revolusi perindustrian. Kajian ini menekankan bahawa sikap kakitangan telah berubah dan jurang antara jangkaan tenaga kerja dan proses pasaran buruh yang telah berakar umbi telahpun didedahkan. Ketika kita melangkah ke era kerja yang baharu, kini tibalah masanya untuk mewujudkan norma yang lebih baik yang akan mendayakan tenaga kerja yang sihat, produktif dan inklusif secara holistik menuju masa depan."

Sorotan kajian utama: 

Kajian ini mendedahkan bahawa dunia bekerja bersedia untuk model "hibrid" baharu, dengan tiga perempat (74%) daripada pekerja yang disoal selidik berkata gabungan antara kerja pejabat dan jarak jauh adalah cara terbaik menuju ke hadapan. Ideal sejagat untuk menghabiskan separuh masa mereka (51%) di pejabat dan separuh lagi bekerja secara jarak jauh (49%) melangkaui geografi, generasi dan status ibu bapa. Para eksekutif syarikat pula bersetuju, dengan hampir lapan dalam sepuluh (77%) pemimpin peringkat-C berkata perniagaan akan mendapat manfaat daripada peningkatan kefleksibelan.

Satu lagi penemuan jelas yang dapat menandakan berakhirnya kontrak mengikut jam dan minggu 40 jam. Lebih dua pertiga (69%) pekerja cenderung kepada "kerja didorong oleh hasil", yang mana kontrak adalah berdasarkan penyampaian terhadap keperluan perniagaan dan bukannya bekerja dalam beberapa jam yang ditetapkan. Sebahagian besar eksekutif peringkat-C (74%) bersetuju bahawa tempoh minggu bekerja perlu dikaji semula.

Pandemik ini turut menuntut set kecekapan kepimpinan baharu dan jangkaan ini diharapkan dapat mempercepatkan penciptaan semula pemimpin hari moden. Kecerdasan emosi jelas muncul sebagai sifat penentu bagi pengurus yang berjaya pada hari ini, namun jurang kemahiran insaniah jelas dapat dilihat. Lebih seperempat (28%) daripada mereka yang disoal selidik berkata kesejahteraan mental mereka bertambah buruk ekoran pandemik ini, dengan hanya 1 dalam 10 memberi penilaian tinggi kepada pengurus mereka atas keupayaan mereka dalam menyokong kesihatan emosi.

Dalam satu keadaan yang serupa dengan kerja yang fleksibel, dapatan menunjukkan keinginan sejagat terhadap peningkatan kemahiran secara besar-besaran. Enam dalam 10 berkata kemahiran digital mereka telah bertambah baik semasa perintah sekatan pergerakan, manakala dua pertiga lagi (69%) ingin meningkatkan lagi kemahiran digital dalam era pasca-pandemik. Pebagai jenis pembangunan kemahiran telah dikenal pasti sebagai penting oleh tenaga kerja, termasuk mengurus kakitangan secara jarak jauh (65%), kemahiran insaniah (63%) dan pemikiran kreatif (55%).

Akhir sekali, dapatan ini menekankan kepentingan mengekalkan kepercayaan dalam dunia kerja yang baharu. Syarikat-syarikat telah menyahut cabaran untuk menyokong kakitangan mereka semasa krisis ini dan hasilnya, kepercayaan terhadap syarikat bertambah. Bahkan, 88% berkata majikan mereka memenuhi atau melangkaui jangkaan mereka dalam menyesuaikan diri terhadap cabaran pandemik ini. Oleh itu, dengan kepercayaan yang meningkat ini hadirnya harapan yang meningkat. Meskipun masa depan kerja merupakan satu tanggungjawab kolektif, 80% pekerja percaya bahawa majikan mereka bertanggungjawab untuk menjamin dunia bekerja pasca-COVID yang lebih baik dan menetapkan semula norma, dibandingkan dengan 73% yang berkata bahawa kerajaan bertanggungjawab, 72% bersetuju bahawa ia merupakan satu tanggungjawab individu manakala 63% percaya ia dalam tangan kesatuan pekerja.

Untuk maklumat lanjut: 

  • Muat turun laporan penuh Resetting Normal: Defining the New Era of Work di sini.
  • Ikuti kami di media sosial #ResetNormal untuk perkembangan terkini 

Latar Belakang Adecco Group

Adecco Group ialah syarikat penyelesaian HR yang terkemuka di dunia. Kami percaya untuk menjadikan masa depan berfungsi untuk semua orang dan setiap hari mendayakan lebih daripada 3.5 juta kerjaya. Kami memberi kemahiran, membangunkan dan mengambil bakat dalam 60 negara, membolehkan organisasi untuk mendepani masa depan kerja. Sebagai sebuah syarikat Fortune Global 500, kami memimpin melalui teladan, mencipta nilai dikongsi bersama yang mendorong ekonomi dan membina masyarakat yang lebih baik. Budaya keterangkuman, keusahawanan dan kerja berpasukan kami memperkasa 35,000 pekerja kami dan kami berbangga kerana tekal disenaraikan sebagai salah satu daripada 'Tempat Kerja Terbaik Dunia' oleh Great Place to Work®.  Adecco Group AG beribu pejabat di Zurich, Switzerland (ISIN: CH0012138605) dan disenaraikan di SIX Swiss Exchange (ADEN) serta dikuasakan oleh sembilan jenama global: Adecco, Adia, Badenoch & Clark, General Assembly, Lee Hecht Harrison, Modis, Pontoon, Spring Professional dan Vettery.

adeccogroup.com 
Facebook: facebook.com/theadeccogroup
Twitter: @AdeccoGroup

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1197818/The_Adecco_Group_Logo.jpg?p=medium600

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 
Pejabat Akhbar Adecco Group
media@adeccogroup.com
+41-(0)-44-878-87-87

Source: The Adecco Group
Keywords: Computer/Electronics Education Health Care/Hospital Higher Education Medical/Pharmaceuticals Mental Health Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Public Interest