omniture

FarEye Jalin Kerjasama Dengan Blue Yonder Tingkatkan Pelaksanaan, Kolaborasi dan Keterlihatan Logistik

FarEye
2020-07-02 10:58 532

LONDON dan SINGAPURA, 2 Julai 2020 /PRNewswire/ -- FarEye, platform SaaS logistik prediktif yang terkemuka untuk membantu meramal, merancang, mengurus dan mengoptimumkan rantaian bekalan, mengumumkan satu perkongsian dengan Blue Yonder, penyedia platform pemenuhan digital yang terkemuka.

Perkongsian ini akan memperkasa perusahaan global untuk mendorong saling boleh kendali yang lancar antara infrastruktur legasi dan rantaian bekalan moden serta alatan logistik. Keupayaan bersama kedua-dua organisasi berkenaan akan membawa keterlihatan yang prediktif dan pada masa sebenar kepada rantaian bekalan dalam pembuatan, pengedaran runcit, logistik dan e-dagang.

Penyelesaian bersama ini dapat diakses melalui Platform LuminateTM Blue Yonder. Dikuasakan oleh Microsoft Azure, Platform Luminate menggabungkan data dalaman dan luaran yang beraneka daripada aset rantaian bekalan digital pelanggan bagi membuat keputusan perniagaan berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML) yang lebih pintar dan lebih boleh diambil tindakan.

Platform keterlihatan FarEye, pustaka pembawa dan penyelesaian penghalaan dinamik langkah terakhir menyokong Platform Luminate Blue Yonder dan keupayaan pengurusan pengangkutan untuk menyediakan penyelesaian yang terbaik dalam kelas untuk cabaran logistik hujung-ke-hujung. Penyelesaian ini bersama-sama akan membantu syarikat-syarikat berjaya dalam era bertumpu pelanggan ini dengan mendayakan pengalaman penghantaran yang luar biasa dan pergerakan barangan yang cekap untuk segmen B2C mahupun B2B.

"Secara global, kira-kira 30% daripada perbelanjaan terhadap logistik adalah untuk menangani ketidakcekapan, mencipta peluang untuk menjimatkan sebanyak USD 1000 bilion. FarEye dan Blue Yonder bersama-sama bermatlamat untuk menguasai pasaran ini menerusi penawaran bersama mereka, yang akan menyingkirkan keterlihatan 'kotak hitam' dalam logistik penghantaran dan memberi pengalaman pelanggan yang luar biasa pada langkah terakhir," kata Kushal Nahata, Ketua Pegawai Eksekutif, FarEye.

Latar Belakang FarEye

FarEye ialah platform SaaS logistik untuk pelaksanaan dan keterlihatan ramalan. Ia membolehkan perusahaan untuk mengatur, mengesan dan mengoptimumkan operasi logistik mereka. Dengan lebih 12 sebutan Gartner, FarEye memperkasa lebih daripada 150 perusahaan merentas lebih 20 negara untuk berjaya dalam era bertumpu pelanggan ini dengan pengalaman penghantaran yang luar biasa dan pergerakan barangan yang cekap untuk segmen B2C mahupun B2B.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1198239/FarEye_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: FarEye
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Contracts