omniture

Far East Hospitality Ambil Langkah Berani dengan Pembukaan Rasmi Far East Village Hotel Ariake

Far East Hospitality
2020-07-02 17:58 863

SINGAPURA, 2 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Far East Hospitality, salah satu pengendali hotel dan kediaman berservis yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Far East Village Hotel Ariake di Jepun dibuka secara rasminya untuk beroperasi. Dahulunya dikenali sebagai Village Hotel Ariake Tokyo, hartanah 306-kunci itu merupakan hotel pertama di bawah jenama Village untuk meluaskan kehadirannya di luar Singapura.

Bahagian Luar Far East Village Hotel Ariake
Bahagian Luar Far East Village Hotel Ariake

"Kita hidup di zaman yang pelik hari ini, namun masih tidak terlalu awal untuk mula mencari peluang. Perjalanan domestik telah bertambah baik di Jepun sejak pelonggaran sekatan perjalanan pada bulan Jun. Selepas membuat penilaian dan pertimbangan yang teliti, kami memutuskan bahawa inilah masanya untuk beroperasi," kata En. Arthur Kiong, Ketua Eksekutif Far East Hospitality. "Kami yakin dengan pasaran domestik -- terutamanya pengembara perniagaan. Pembukaan hotel pada masa kini juga memberi peluang kepada pasukan operasi kami untuk memperhalusi semua aspek dan ia akan bersedia apabila pasaran akhirnya menjadi lebih baik."

Terletak di Bandar Koto, bahagian timur Tokyo, Far East Village Hotel Ariake menyasarkan komuniti perniagaan domestik yang akan menghadiri persidangan dan pameran di Tokyo Big Sight -- salah satu arena pameran dan pusat konvensyen unggul Jepun. Pasca COVID-19, daerah Ariake akan rancak dengan keseronokan apabila acara sukan dan konsert disambung semula dan berlangsung di Ariake Tennis Park atau Ariake Arena -- kedua-duanya hanya terletak beberapa langkah dari hotel ini. Maka, hotel ini sangat sesuai untuk pelancong percutian domestik yang ingin berada di tempat yang rancak dengan aktiviti.

Penerokaan bandar

Tetamu -- sama adalah dalam perjalanan untuk urusan perniagaan atau perjalanan percutian – boleh mengharapkan pengalaman yang tersuai.

Mulakan hari pada awal pagi untuk mengikuti lelongan di Pasar Toyosu -- pasar makanan laut dan makanan borong yang terbesar di dunia. Untuk mendalami sepenuhnya budaya dan sejarah kawasan ini, tetamu boleh memilih untuk melawat teamLab Planets -- pemandangan seni baru muncul Jepun, atau meneruskan perjalanan bersejarah di Muzium Edo-Tokyo. Kawasan kejiranan Ginza yang bergaya dan Tokyo Disneyland Resort juga terletak berhampiran untuk tetamu terokai sepanjang hujung minggu.

Pengalaman ini akan dimasukkan ke dalam Village Passport -- satu panduan perjalanan yang menonjolkan tempat membeli belah, menjamu selera dan bersiar-siar yang terbaik untuk diterokai dan dinikmati di daerah tempatan.

Hospitaliti diinspirasikan Singapura dengan sentuhan Jepun

Bilik Superior dengan katil Queen
Bilik Superior dengan katil Queen

 

Kakitangan beruniform bercorak igeta
Kakitangan beruniform bercorak igeta

Hotel ini, dibina dan direka bentuk oleh Shimizu Corporation, menampilkan ruang dalam kontemporari dengan pelet warna neutral. Ia mengekalkan unsur-unsur Jepun sekali gus menggabungkan ciri hospitaliti selesa yang diinspirasikan oleh Singapura tanpa berlebihan dan estetika tanpa berciri menunjuk-nunjuk.

Bilik tamu dipasang dengan teknologi terkini seperti pembesar suara kecerdasan pintar yang membolehkan tetamu memberi arahan suara berbilang bahasa.

Tetamu juga akan dapat melihat anggota kakitangan kami berpakaian seragam bercorak igeta yang merangkumkan intipati Jepun.

Komited pada amalan selamat

Daftar masuk dan keluar sendiri untuk mengurangkan kontak
Daftar masuk dan keluar sendiri untuk mengurangkan kontak

Dengan pengembara yang menyusun semula keutamaan mereka untuk meletakkan keselamatan sebagai keutamaan, terdapat usaha yang semakin meningkat untuk memastikan kebersihan awam.

Bagi mengurangkan kontak, Far East Village Hotel Ariake juga akan menyediakan kios layan diri untuk daftar masuk dan daftar keluar serta penyelesaian pembayaran tanpa sentuh. Di samping itu, kemudahan runcitan layan diri moden seperti pengurup wang akan membolehkan tetamu untuk menjadi mandiri dan mendapatkan perkhidmatan tanpa sentuh mengikut keselesaan mereka.

Langkah-langkah Pengurusan Selamat telah diwujudkan mengikut peraturan tempatan bagi memastikan tahap keselamatan dan kebersihan tertinggi dikekalkan sepanjang masa. Kawasan dengan sentuhan tinggi akan menjalani kekerapan pembersihan dan pembasmian kuman yang tinggi, skrin pelindung dipasang di tempat sentuh perkhidmatan dan di kawasan restoran, langkah penjarakan sosial dikenakan, langkah kemasukan yang selamat termasuk pengambilan suhu semua tetamu dan pekerja serta alat perlindungan yang sesuai akan dipakai jika perlu.

Bagi meraikan pelancarannya, hotel ini akan mengadakan promosi pembukaan dengan diskaun sebanyak 15% dengan daftar keluar lewat percuma.

Untuk menempah, sila kunjungi https://www.stayfareast.com/en/hotels/far-east-village-hotel-ariake-tokyo 

Latar Belakang Far East Hospitality

Far East Hospitality Holdings Pte Ltd (Far East Hospitality) ialah pemilik dan pengendali hospitaliti bertaraf Antarabangsa dengan portfolio yang pelbagai menerusi 9 jenama hotel, kediaman berservis dan hotel pangsapuri yang unik dan pelengkap, termasuk Oasia, Quincy, Rendezvous, Village, Far East Collection, Adina Apartment Hotels, Travelodge Hotels, Vibe Hotels dan TFE Hotels Collection.

Far East Hospitality memiliki lebih 10 aset hospitaliti dan mengendalikan gabungan portfolio melibatkan lebih 14,500 bilik di bawah pengurusan beliau merentas lebih 90 hotel dan kediaman berservis di tujuh negara iaitu Australia, Denmark, Jerman, Hungary, Malaysia, New Zealand dan Singapura, serta lebih banyak dalam rancangan pembangunannya.

Far East Hospitality ialah usaha sama 70-30 yang terbentuk pada tahun 2013 antara between Far East Orchard Limited (syarikat senaraian di bawah Far East Organization) dan The Straits Trading Company Limited. Dalam tahun yang sama, Far East Hospitality, melalui subsidiari milik penuhnya Far East Hospitality Investments (Australia) Pte Ltd, menyelesaikan usaha sama 50-50 dengan Toga Group dari Australia bagi membentuk Toga Far East Hotels (TFE Hotels).

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.stayfareast.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200629/2843611-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200629/2843611-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200629/2843611-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200629/2843611-1-d?lang=0

Source: Far East Hospitality
Keywords: Travel