omniture

Anugerahkan Hadiah USD$1 Juta, Pertandingan Inovasi Aplikasi HUAWEI HMS Ke Persada Global

- Pembangun utama dari lima wilayah diundang mencipta aplikasi inovatif dengan mengintegrasikan HMS Core, rangkaian penuh keupayaan Cip Set-Peranti-Awan Huawei
- Jumlah hadiah wang tunai sebanyak USD$1 juta, dibiayai oleh Shining-Star Program, ditawarkan kepada pembangun seluruh dunia dalam pertandingan utama
- Hadiah yang ditawarkan termasuk sumber promosi HUAWEI AppGallery untuk mencapai 650 juta pengguna peranti Huawei dan banyak lagi
Huawei Consumer Business Group
2020-07-03 01:13 458

SHENZHEN, China, 3 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Pembangun di seluruh dunia diundang untuk menguji kemahiran mereka di persada global menerusi pelancaran Pertandingan Inovasi Aplikasi HUAWEI HMS, Apps UP, yang dilancarkan pada 30 Jun.

Pertandingan sulung ini akan menyaksikan peserta bersaing dengan pembangun lain yang berpengalaman bagi mencipta aplikasi inovatif yang dapat meningkatkan dan membantu menavigasi kehidupan harian. Pertandingan Apps UP menyediakan platform untuk pembangun dalam setiap satu daripada lima kawasan pertandingan: Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika, Amerika Latin dan China untuk menunjukkan kemahiran dan hasil inovasi mereka.

Anugerah Insentif Inovasi USD$1 Juta Daripada Shinning-Star Program
Anugerah Insentif Inovasi USD$1 Juta Daripada Shinning-Star Program

HMS Core mengintegrasikan keupayaan Cip Set-Peranti-Awan Huawei, menyediakan keupayaan teras kepada pembangun seperti Kit Pembelajaran Mesin, HiAI, AR Engine dan banyak lagi. Pembangun boleh mencapai akses langsung dan pengedaran kecerdasan semua-senario global dengan mudah daripada semua peranti dengan mengintegrasikan aplikasi mereka dengan HMS Core.

Dengan pertumbuhan berterusan dan kedudukan AppGallery sebagai salah satu daripada tiga pasaran aplikasi global terkemuka, pemenang pertandingan Apps UP akan berpeluang untuk dipromosikan aplikasi mereka melalui HUAWEI AppGallery, menjadikannya boleh diakses oleh beratus-ratus juga pengguna peranti dari lebih 170 negara dan wilayah, digabungkan dengan faedah-faedah AppGallery Connect, menyediakan platform terbuka perkhidmatan sehenti untuk aplikasi mudah alih, yang membantu pembangun menginovasi dan menjalankan operasi yang cekap.

Hadiah dan faedah yang lebih luas juga termasuk:

  • Jumlah keseluruhan sebanyak USD$1 juta dibiayai oleh Shining-Star Program dalam bentuk hadiah wang tunai menerusi kategori-kategori berikut: Aplikasi Terbaik, Permainan Terbaik, Aplikasi Paling Memberi Impak Sosial, Aplikasi Paling Popular, Anugerah Terhormat
  • Peluang untuk bersaing di persada global dan menunjukkan keupayaan teknikal menggunakan HMS Core yang terkemuka
  • Perbincangan dengan pakar industri dan panel penghakiman pakar Apps UP
  • Akses percuma ke acara, kursus dan sijil Huawei Developers

Bagi meraikan pelancaran peraduan ini, Huawei menganjurkan acara maya secara langsung pada hari Selasa, 30 Jun jam 12:00 UTC+ untuk mempamerkan apa yang disediakan untuk pembangun. Acara ini melambangkan perasmian peraduan global tersebut termasuk ceramah daripada Zhang Ping'an, Presiden Perkhidmatan Awan Pengguna, Huawei Consumer Business Group, pembangun aplikasi yang berjaya dan juga pakar HMS Core.

Zhang Ping’an, Presiden Perkhidmatan Awan Pengguna, Huawei Consumer Business Group, menyampaikan Ucapan dasar bertajuk “HMS Menginovasi Untuk Semua”
Zhang Ping’an, Presiden Perkhidmatan Awan Pengguna, Huawei Consumer Business Group, menyampaikan Ucapan dasar bertajuk “HMS Menginovasi Untuk Semua”

Contoh-contoh integrasi dengan HMS Core yang dipaparkan di upacara pelancaran tersebut termasuk aplikasi seni Sketch AR, aplikasi yang menggunakan HUAWEI HiAI unutk mencipta aplikasi yang lebih pintar untuk penciptaan seni maya. Satu lagi ialah StorySign, yang berintegrasi dengan Kit Pembelajaran Mesin dan menggabungkan pengecaman imej, Pengecaman Aksara Optik (OCR) HUAWEI HiAI menterjemahkan buku-buku kanak-kanak popular kepada bahasa isyarat bagi memastikan kanak-kanak pekak dapat menikmati masa bercerita.

Menginovasi Untuk Semua
Menginovasi Untuk Semua

Mengulas mengenai pelancaran Peraduan Inovasi Aplikasi HUAWEI HMS, Apps UP, Zhang Ping'an berkata: "Bilangan pembangun yang berbakat daripada ekosistem HMS semakin berkembang. Usaha yang dilakukan oleh pembangun adalah penting untuk sebahagian besar daripada kehidupan harian kita. Melalui aplikasi yang dicipta oleh mereka, mereka memperkasa kita untuk menavigasi dengan lancar dunia di sekeliling kita. Di Huawei, kami ingin mengundang pembangun untuk menyertai kami dalam membina masa depan yang lebih baik dan menukar idea mereka menjadi kenyataan menggunakan HMS Core yang ditawarkan oleh Huawei Mobile Services."

Cara penyertaan

Untuk menyertainya, peserta perlu mendaftar akaun di laman sesawang rasmi, https://developer.huawei.com/consumer/en/digix/appsup antara 30 Jun – 30 Ogos 2020 dan mendaftar sama ada sebagai individu atau sebagai pasukan dengan tiga orang ahli. Semua aplikasi perlu dibangunkan dengan mengintegrasikan HMS Core dan dihantar melalui laman sesawang rasmi peraduan sebelum 18:00 UTC+8 pada 30 Ogos 2020, yang mana panel yang terdiri daripada pakar-pakar industri serantau akan memberi markah kepada setiap penyertaan untuk nilai sosial, nilai perniagaan, pengalaman pengguna dan keaslian.

Daripadanya, pada peringkat tinjauan umum, 20 aplikasi teratas yang disenarai pendek di setiap wilayah akan disediakan kepada orang ramai untuk dimuat turut di laman sesawang rasmi pertandingan atau HUAWEI AppGallery mulai 21 September, untuk mara ke peringkat akhir pada Oktober ini.

Bersedia untuk memanfaatkan potensi tidak berkesudahan dunia aplikasi dengan Huawei? Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi https://developer.huawei.com/consumer/en/digix/appsup .

#HMSInnovateforall

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200701/2846384-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200701/2846384-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200701/2846384-1-c?lang=0

 

Source: Huawei Consumer Business Group
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications New products/services