omniture

HeiQ Viroblock Diperakui Produk Boleh Diperbaharui Gred Kosmetik dan berasaskan Bio

HeiQ AG
2020-07-04 00:46 728

ZURICH, 3 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Teknologi tekstil antivirus daripada penginovasi tekstil HeiQ, HeiQ Viroblock NPJ03, telah diperakui selamat dan lestari memandangkan semua bahannya bergred kosmetik, berasaskan bio dan dikitar semula.

 

HeiQ co-founder and group CEO Carlo Centonze together with his daughter wearing HeiQ Viroblock treated face masks. (Photo from HeiQ)
HeiQ co-founder and group CEO Carlo Centonze together with his daughter wearing HeiQ Viroblock treated face masks. (Photo from HeiQ)

 

Menerajui industri tekstil antarabangsa untuk memerangi pandemik COVID-19, baru-baru ini HeiQ melancarkan HeiQ Viroblock NPJ03, satu rawatan tekstil antivirus dan antibakteria yang terbukti dapat mengurangkan 99.99% coronavirus manusia SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19, berserta virus dan bakteria sampul yang lain.

Virus dan bakteria boleh tetap berjangkit pada permukaan tekstil selama berhari-hari. Coronavirus Manusia SARS-CoV boleh bertahan sehingga 2 hari pada gaun pembedahan[1] dalam suhu bilik. Rawatan antivirus untuk tekstil menyumbang kepada produk tekstil yang lebih bersih dan lebih selamat serta dapat membantu mengurangkan risiko pencemaran dan jangkitan. Meskipun industri tekstil global mengamalkan rawatan tekstil antivirus dengan pesat untuk membawa pelitup muka, pakaian dan fabrik rumah antivirus ke pasaran, penting untuk mengambil kira profil teknologi yang berbeza termasuk persoalan mengenai ketoksikan, keselamatan, rintangan antimikrob dan rawatan air buangan.

HeiQ Viroblock NPJ03 ialah rumusan yang mengandungi sangat sedikit bahan aktif perak dikitar semula dan komponen vesikel liposom lemak. Ia mematuhi EU REACH dan US FIFRA, diperakui OEKOTEX®, berhomog ZDHC dan bluesign®. Artikel tekstil yang dirawat mematuhi EU BPR and US EPA. Pelitup muka pernafasan HeiQ Viroblock dengan permukaan antibakteria dan antivirus telah didaftarkan sebagai peranti perubatan oleh Swissmedic dan diluluskan oleh FDA AS.

"Memandangkan HeiQ Viroblock NPJ03 direka untuk digunakan pada pelitup muka bagi memberi perlindungan yang dipertingkat terhadap virus dan bakteria, kami memilih hanya bahan yang paling berkesan, paling selamat dan paling lestari. Selain itu, kami berbangga kerana HeiQ Viroblock NPJ03 memenuhi syarat sebagai produk boleh diperbaharui berasaskan bio dan diperbuat 100% daripada bahan kosmetik yang diluluskan oleh INCI," kata Carlo Centonze, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif HeiQ Group.

Beta Analytics Testing Laboratory telah memperakui bahawa HeiQ Viroblock NPJ03 mengandungi 72% karbon berasaskan bio. Keputusan ujian diakreditasi dengan piawaian ISO/IEC 17025:2005 Akreditasi Ujian PJLA #59423. HeiQ Viroblock NPJO3 kini menjalani penghomologan untuk pensijilan bio-pilihan USDA. Specialities S.R.L (Italy), sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan kimia permukaan, turut mengesahkan bahawa semua bahan untuk HeiQ Viroblock NPJ03 dipilih daripada International Nomenclature of Cosmetic Ingredients (INCI).

"HeiQ didasarkan terhadap usaha untuk mengejar inovasi yang membantu memberi faedah positif kepada Dunia. Mereka bentuk produk dengan komponen yang selamat dan lestari, seperti teknologi HeiQ Viroblock, merupakan aspek penting terhadap misi ini," kata Dr. Murray Height, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Sains HeiQ Group.

Latar Belakang HeiQ

Ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai percikan keluar Swiss Federal Institute of Technology Zurich (ETH), HeiQ merupakan peneraju dalam inovasi tekstil yang mencipta beberapa teknologi tekstil yang paling berkesan, tahan lama dan berprestasi tinggi yang terdapat dalam pasaran hari ini. Tujuan HeiQ adalah untuk memperbaiki kehidupan berbilion-bilion orang dengan menyempurnakan produk harian: Tekstil. Menggabungkan tiga bidang kepakaran – penyelidikan saintifik, pembuatan bahan khusus dan penjenamaan ramuan pengguna – HeiQ merupakan rakan kongsi inovasi yang ideal untuk mencipta produk tekstil yang berbeza dan lestari serta merangkumkan nilai tambahan di tempat jualan. Dengan jumlah kapasiti 35,000 tan setahun HeiQ menjalankan perkhidmatan pengeluaran di AS, Switzerland dan Australia dengan membekalkan produk kimia khususnya di lebih 60 negara seluruh dunia.

HeiQ, Viroblock dan HeiQ Viroblock ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar HeiQ Materials AG.

1. Kampf G, Todt D, Pfaender S, Steinmann E. Persistence of coronaviruses on inanimate surfaces and its inactivation with biocidal agents. Journal of Hospital Infection. 2020 Feb 6.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1199226/heiq_viroblock.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1134330/HeiQ_Materials_Logo.jpg?p=medium600

 

Hubungi:

HeiQ Materials AG
Ruetistrasse 12
8952 Schlieren (Zurich)
Switzerland
www.heiq.com

Switzerland: +41-56-250-68-50
AS: +1-704-795-9322
Taiwan: +886-3-312-0561
info@heiq.com

Hubungan media:
Hoi Kwan Lam
Ketua Pegawai Pemasaran
hoikwan.lam@heiq.com

 

Source: HeiQ AG
Related Links:
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Textiles Conservation/Recycling FDA Approval New products/services Public Safety