omniture

Xovis Gandakan Pilihan Anda Sekali Gus

Xovis
2020-07-04 00:55 682

Dua ciri AI baharu untuk analitik dalam-kedai dijayakan dengan sensor 3D Xovis  

ZOLLIKOFEN, Switzerland, 3 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Apabila rutin harian biasa mereka menjadi sesuatu yang luar biasa, Xovis meningkatkan perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka untuk mengatasi cabaran yang tidak diduga. Hari ini, syarikat dengan bangganya membawakan dua ciri AI baharu untuk sensor kiraan orang 3D mereka: Face Mask Detection dan View Direction. Walaupun View Direction telah diberi petanda pada Januari tahun ini, Face Mask Detection muncul lantaran keadaan semasa yang melibatkan COVID-19. Xovis berharap agar ini dapat membantu pelanggan mereka untuk sentiasa mematuhi peraturan kesihatan awam. Teknologi inovatif dan patuh GDPR syarikat ini menjadi satu-satunya teknologi yang mengesan terus pelitup muka pada sensor 3D.

 

The Xovis Face Mask Detection
The Xovis Face Mask Detection

Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Jualan Runcit Xovis Anne Wyder, "COVID-19 telah menjadikan pemakaian pelitup muka wajib di banyak tempat awam; kami memberi tindak balas dengan membangunkan ciri AI baharu untuk sensor kami mengenal pasti sama ada pelitup muka benar-benar dipakai atau tidak. Dalam usaha untuk membantu perniagaan mematuhi peraturan kesihatan awam, pemalam perisian baharu untuk Face Mask Detection ini akan diberikan secara percuma sehingga penghujung tahun ini untuk rakan kongsi penyepadu kami yang menggunakan Akaun Xovis Cloud." 

Meskipun berlakunya COVID-19 dan dalam masa yang sama lantaran krisis global yang telah tercetus, Xovis aktif menyediakan penyelesaian teknologi untuk pengurusan penghunian dan jarak fizikal. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Produk Xovis Christian Studer: "Kami sangat sibuk – kami bukan sahaja menyiapkan pembangunan pemalam View Direction yang amat dinanti-nantikan untuk analitik dalam-kedai, namun sebagai respons tangkas terhadap permintaan pasaran yang berubah-ubah kami turut mengambil tindakan dan mencipta suatu penambahan pada perisian tegar kami untuk pelanggan kami. Baik ciri-ciri Face Mask Detection mahupun View Direction memberi pandangan yang lebih mendalam mengenai tingkah laku pelanggan – analisis yang menjadi lebih penting berbanding sebelum ini."

Sebagai penginovasi yang tidak dapat ditandingi bagi teknologi aliran orang ramai berdasarkan sensor visi stereo 3D, Xovis komited untuk membawa produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mahupun rakan kongsi. Kerana orang ramai penting.

Lihat bagaimana Xovis mengesan Pelitup Muka

Baca bagaimana View Direction Xovis berfungsi

Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai Penyelesaian Jarak Fizikal Xovis

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1199626/icon_face_mask_detection.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1199627/icon_view_direction.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1190859/Xovis_Logo.jpg?p=medium600

Maklumat Hubungan Syarikat
Xovis
Industriestrasse 1
3052 Zollikofen
Switzerland
+41-32-342-04-70
info@xovis.com

Hubungan Media
Christian Studer, Ketua Pegawai Produk
+41-32-508-35-41
christian.studer@xovis.com

 

The Xovis View Direction
The Xovis View Direction

Source: Xovis
Related Links:
Keywords: Biometrics Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Retail New products/services Data Analytics