omniture

International Alliance for Responsible Drinking: Ketua Pegawai Eksekutif Pengeluar Bir, Wain dan Minuman Keras Terkemuka Bersatu Sokong Bina Semula Budaya Kafe, Bar dan Restoran Berkembang Maju yang Dirindu Komuniti

IARD - International Alliance for Responsible Drinking
2020-07-05 22:47 455

LONDON, 5 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Pandemik COVID-19 menimbulkan cabaran global yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk melindungi nyawa dan dalam masa yang sama turut memelihara mata pencarian dan juga komuniti. Hanya pendekatan yang melibatkan seluruh masyarakat, yang bersatu dan kolaboratif yang dapat memberi tindak balas global yang berkesan.

Sebagai penjaga kepada beberapa jenama bir, wain dan minuman keras yang paling ikonik dan popular di dunia, kami berazam untuk memainkan peranan kami dalam menyokong usaha global ini, di samping mengekalkan komitmen kami terhadap beratus-ratus ribu kakitangan di seluruh dunia yang diambil bekerja oleh kami dan berjuta-juta perniagaan yang disokong oleh kami dalam rantaian nilai daripada sektor pertanian, pengeluaran, pengedaran, peruncitan dan hospitaliti.

Sektor hospitaliti menjadi antara yang paling teruk terjejas akibat penutupan di seluruh dunia, namun demikian ia tidak pernah begitu dihargai atau dirindui. Penutupan kafe, restoran dan bar secara tiba-tiba memberi tumpuan khusus bukan sahaja dari segi berapa banyak mata pencarian yang bergantung pada tempat ini, tetapi juga betapa pentingnya ia terhadap fabrik sosial dan kesejahteraan emosi komuniti.

Bersosial dalam bar dan restoran adalah yang paling dirindui, lebih dirindui daripada meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga. Bagi kebanyakan kita, kedua-duanya sangat berkait rapat. Sesungguhnya, suasana berada dalam suatu upacara dan keseronokan dapat bergaul begitu dihargai sehinggakan ramai yang bersedia untuk membayar lebih untuk keluar dan menikmati makanan dan minuman dalam persekitaran ini, seraya jelas menunjukkan bahawa komuniti mementingkan kesejahteraan sosial mereka di samping kesihatan fizikal mereka.

Dengan berganding bahu bersama-sama, dengan semua rakan kongsi utama, kami dapat membantu membina semula budaya kafe, bar dan restoran yang selamat dan meningkat maju yang dapat berkembang meskipun berdepan dengan waktu yang tidak menentu yang kita hadapi pada masa ini. Melalui tindak balas seluruh masyarakat, sekali lagi kita dapat mewujudkan persekitaran mesra yang telah dirindui oleh ramai orang.

Walaupun syarikat-syarikat individu kami amat berbeza, kami berkongsi banyak nilai yang sama. Kami semua berbangga dengan minuman yang kami hasilkan. Kami ingin memastikan produk kami diminum dengan bertanggungjawab agar, buat mereka yang memilih untuk meminumnya, ia akan sentiasa menjadi pengalaman yang positif dan tidak dapat dilupakan.

Minum secara memudaratkan tidak menjaga kepentingan kami; ia tidak baik untuk pengguna, tidak baik untuk komuniti yang menerima layanan kami dan akhirnya tidak baik untuk perniagaan kami. Walaupun terdapatnya penurunan jangka panjang dari segi minum lewah, memandu ketika mabuk dan minum bawah umur di banyak pelosok dunia, terdapat banyak lagi perkara yang kami bertekad untuk lakukan.

Tatkala kerajaan membenarkan pembukaan semula tempat-tempat, kami akan bekerjasama dengan peruncit dan rakan niaga lain untuk menyokong langkah-langkah penjarakan fizikal yang betul. Kami juga akan memanfaatkan pemasaran kami, galakan perkhidmatan yang bertanggungjawab serta program latihan pelayan untuk membantu mencegah minum yang memudaratkan daripada mengancam suasana yang selamat dan mesra yang ingin dinikmati oleh komuniti. Di samping itu – menyedari akan pertumbuhan pesat jualan dalam talian serta penghantaran bir, wain dan minuman keras ke rumah - kami menggiatkan usaha yang kami umumkan pada Januari lalu untuk membangunkan piawaian e-dagang global dan perlindungan untuk pemasaran dalam talian, jualan dan penghantaran serta menjemput platform digital dan ejen penghantaran untuk menyertai kami bagi menjayakan usaha ini.

Ketika kami bangkit daripada pandemik ini, kami akan meneruskan dialog yang membina bersama kerajaan nasional, organisasi antarabangsa, pakar dan masyarakat awam untuk memahami dengan lebih baik apa yang dapat kami lakukan untuk meninggikan standard dan melindungi nyawa, mata pencarian dan komuniti.

Dengan berganding bahu bersama-sama, kami dapat membantu komuniti untuk membina semula budaya kafe, bar dan restoran yang meningkat maju dan berkembang yang sangat dihargai dan penting untuk kesejahteraan sosial kami.

Ditandatangani: Anheuser-Busch InBev, Asahi Group Holdings, Bacardi, Beam Suntory, Brown-Forman, Carlsberg, Diageo, Heineken, Kirin Holdings Company, Molson Coors, Pernod Ricard dan William Grant & Sons

PDF - https://mma.prnewswire.com/media/1199694/International_Alliance_for_Responsible_Drinking.pdf  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/715226/IARD_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: IARD - International Alliance for Responsible Drinking
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Health Care/Hospital Infectious Disease Control Restaurants Retail Advocacy Group Opinion