omniture

Kerakyatan melalui Pelaburan: St Kitts and Nevis Kurangkan Sumbangan Keluarga yang Diperlukan Buat Sementara kepada US$150,000

CS Global Partners
2020-07-05 22:57 457

LONDON, 5 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Pada 3 Julai, Unit Kerakyatan melalui Pelaburan (CIU) bagi Persekutuan St Kitts and Nevis mengurangkan sumbangan minimum yang perlu dibuat oleh keluarga untuk menjadi warganegara ekonomi. Kini, keluarga dengan empat orang ahli keluarga menyumbang sebanyak US$150,000 dan bukannya US$195,000 kepada Sustainable Growth Fund di bawah Program Kerakyatan melalui Pelaburan (CBI) negara ini. Tawaran ini adalah sementara, sah mulai 3 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020.

Langkah tersebut diambil sebagai tindak balas kepada kesan ekonomi akibat COVID-19 terhadap negara. Walaupun St Kitts and Nevis tidak mempunyai sebarang kes kematian yang berkaitan dan hanya mempunyai 15 kes, pihak kerajaan menggunakan tawaran CBI yang mesra keluarga ini sebagai jaring keselamatan ekonomi. Hasil kutipan ini akan mengatasi masalah pengangguran, menyokong mereka yang mana pendapatannya terjejas dan membantu negara untuk terus memerangi COVID-19 dengan cekap.

"St Kitts and Nevis ialah negara yang paling selamat, paling indah dan makmur di Caribbean untuk menawarkan kerakyatan ekonomi dan kami kekal berbuat demikian semasa waktu yang sukar ini," kata Perdana Menteri Timothy Harris. "Kini, kami berasa gembira untuk menawarkan – untuk tempoh waktu yang terhad tatkala dunia bergelut dengan tekanan akibat pandemik COVID-19 – semua faedah daripada kerakyatan ekonomi penuh pada kadar yang lebih kompetitif untuk keluarga dan dengan proses permohonan tanpa menggunakan kertas yang baharu," ulas Les Khan, Ketua Pegawai Eksekutif CIU.

Memandangkan berlakunya COVID-19, ejen-ejen yang diberi kuasa – yang wajib digunakan untuk memohon – boleh menghantar permohonan secara dalam talian buat sementara waktu. Tawaran baharu ini hanya terpakai untuk pilihan dana, yang kekal menjadi laluan terpantas untuk mendapat kerakyatan daripada St Kitts and Nevis. Selain daripada sumbangan kewangan, semua pemohon perlu lulus pemeriksaan ketekunan wajar Program ini.

"St Kitts and Nevis merupakan permulaan bagi kerakyatan melalui pelaburan," kata Paul Singh, Pengarah penasihat kerajaan dan penganjur pemasaran rasmi CS Global Partners. "Ditubuhkan pada tahun 1984, Program CBI terus menarik perhatian beberapa pelabur yang terbaik dan paling berpengetahuan yang inginkan yang terbaik buat keluarga mereka. Ramai pemohon akan berasa gembira apabila mengetahui mengenai tawaran dalam tempoh yang terhad ini, juga apabila mengetahui bahawa, dalam proses tersebut, mereka turut membantu keluarga yang mengalami kesusahan untuk bangkit semula."

Setelah berjaya, warganegara baharu berhak untuk menetap, bekerja dan belajar di St Kitts and Nevis. Mereka boleh menikmati perjalanan tanpa visa dan visa ketibaan ke 156 destinasi, dengan Menteri Luar Mark Brantley terus mewujudkan lebih banyak perjanjian pengecualian visa di seluruh dunia.

Hubungi: 
pr@csglobalpartners.com 
www.csglobalpartners.com

 

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service New products/services Survey, Polls & Research Legal Services