omniture

Nitin Gadkari Rasmi Global Innovation Park (Hab Inovasi Teknologi, Kejuruteraan dan Pengilangan) VVDN di Manesar in India; PM Narendra Modi Sampaikan Ucap Selamat

VVDN Technologies
2020-07-06 11:42 395

GURUGRAM, India, 6 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Yang Berhormat Menteri Kesatuan, Shri Nitin Gadkari hari ini merasmikan Global Innovation Park (GIP) baharu VVDN Technologies - kemudahan kejuruteraan dan pengilangan - di Manesar, Haryana, India, melalui persidangan video.

VVDN Technologies Global Innovation park Inauguration
VVDN Technologies Global Innovation park Inauguration

"Ia merupakan satu pencapaian untuk visi Kerajaan India bagi 'Atamanirbhar Bharat' apabila syarikat-syarikat Teknologi India seperti VVDN menyahut cabaran Reka Bentuk dan Pembuatan produk dan komponen elektronik berteknologi tinggi di India serta menumpu perhatian mereka terhadap kejayaan global," kata Yang Berhormat Menteri semasa merasmikan Kemudahan

Global Innovation Park (GIP) VVDN

melalui persidangan video. 

Menyebut VVDN sebagai satu kisah kejayaan, Menteri menekankan keperluan untuk penggantian Import, pengilangan produk yang berkesan Kos, bebas pencemaran dan asli di India. Beliau menambah bahawa Global Innovation Park VVDN, yang mana di bawah satu bumbung semua kemudahan reka bentuk mengikut piawaian Antarabangsa, makmal ujian dan pengeluaran berasaskan piawaian antarabangsa akan dilakukan berciri futuristik dan menuju ke arah kejayaan.

Tersebar di kawasan seluas 10 Ekar, Global Innovation Park (GIP) VVDN dilambangkan dengan Kemudahan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta Pengilangan Elektronik. Ia merupakan kemudahan unik di India yang mempunyai kapasiti untuk menampung 1,00,000 orang sepanjang tiga tahun akan datang. VVDN Technologies ditubuhkan pada tahun 2007, dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan pengilangan yang cemerlang kepada pelanggannya. Sejak itu syarikat telah mengusahakan inovasi teknologi generasi akan datang dan telah menubuhkan pusat R&D di seluruh India serta kemudahan pengilangan yang terbaik dalam kelas di Manesar. Dengan kemudahan GIP yang baharu ini, VVDN akan mencapai peningkatan berlipat kali ganda dalam kapasiti semasanya untuk kejuruteraan dan pengilangan produk elektronik untuk pelbagai jenis penyelesaian serba boleh yang inovatif termasuk Peralatan 5G, Penjejak, Kamera Papan Pemuka, Kamera, Titik Akses Wi-Fi.

PM Narendra Modi mengucapkan tahniah kepada Pasukan VVDN dan menghantar sepucuk surat dengan kiriman ucapan selamat beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif VVDN Bhupender Saharan berkata, "Perasmian GIP merupakan satu pencapaian penting dalam usaha berterusan syarikat untuk membantu India muncul sebagai hab kecemerlangan inovasi kejuruteraan dan pembuatan yang mantap. Global Innovation Park ini, berserta 10 pusat R&D yang lain, 4 kemudahan pembuatan di seluruh negara, akan membantu kami untuk terus berinovasi pada teknologi terkini terutamanya dalam bidang 5G, Wifi, Awan, IoT Visi. Setelah berakar umbi dengan cukup kuat di India, VVDN kini berkedudukan yang mana kami dapat memperluaskan penyampaian kami untuk pelanggan domestik dan global kami. Hal ini sejajar dengan usaha syarikat untuk meningkatkan peluang pekerjaan di India dan akhirnya menyumbang untuk memberi impak yang positif terhadap ekonomi negara kami."

Pasukan pengasas syarikat Bhupender Saharan, Puneet Agarwal, Vivek Bansal dan Murali Jayraman mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat PM, Sri Narender Modi kerana mengiktiraf usaha VVDN dan menyampaikan ucapan selamat kepada kami. Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada Sri Nitin Gadkari kerana merasmikan GIP dan hadir bersama Pasukan VVDN semasa detik yang membanggakan itu.

VVDN Technologies sentiasa menjadi pendorong bagi Produk Elektronik 'Direka dan Dibuat di India'. Syarikat ini turut mengumumkan bahawa ia akan mengambil lebih daripada 10,000 pekerja dalam 12 bulan akan datang sebagai sebahagian daripada komitmen berterusannya untuk mempercepatkan kadar inovasi teknologi, reka bentuk dan pembuatan di India sebagai inisiatif untuk industri Elektronik. Semasa tempoh masa perintah sekatan pergerakan Covid-19, VVDN berjaya mengupah dan mengambil 500 pekerja dari seluruh India.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1199614/vvdn_technologies_global_innovation.jpg?p=medium600 
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/811458/VVDNTechnologiesLogo.jpg?p=medium600

Source: VVDN Technologies
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electronic Components Internet Technology Telecommunications Feature News Releases New products/services Data Analytics STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)