omniture

Apollo Proton Cancer Centre Terima Akreditasi JCI Berprestij

Apollo Proton Cancer Centre
2020-07-06 11:49 406

CHENNAI, India, 6 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Apollo Proton Cancer Centre (APCC), Pusat Terapi Proton yang pertama di Asia Selatan dan Timur Tengah, mengumumkan akreditasinya oleh Joint Commission International (JCI), peneraju global yang diiktiraf dalam akreditasi penjagaan kesihatan. Ini menjadikan APCC sebagai pusat kanser canggih dan khusus yang pertama menerima akreditasi antarabangsa ini. Sejak pembukaannya pada Jun 2019, APCC telah menjadi pusat kanser pilihan di seluruh dunia untuk Terapi Proton dan Pengurusan Penjagaan Kanser. Akreditasi JCI merupakan piawaian emas dalam mengikuti amalan global untuk penjagaan dan keselamatan pesakit yang cemerlang.

APCC_Team
APCC_Team

Dr. Prathap C Reddy, Pengerusi, Apollo Hospitals, berkata, "Kadar prevalens kanser yang semakin meningkat di India dengan kekurangan pusat-pusat Onkologi membawa kepada usaha kami untuk menyediakan teknologi yang paling canggih dalam penjagaan kanser yang memuncak melalui Pusat Terapi Proton yang pertama di Asia Selatan dan Timur Tengah. Seramai 10 pakar penjagaan Kanser yang terbaik bekerjasama dengan kami, dilengkapi dengan teknologi perubatan ultramoden yang canggih bagi memastikan pusat kami menjadi sebuah pusat penjagaan proton yang bertaraf dunia. Ia menjadi suatu kebanggaan apabila APCC kini diiktiraf atas piawaian kualitinya yang akan mengukuhkan lagi keazaman kami untuk terus meninggikan standard dalam Onkologi."

Paula Wilson, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, JCI, berkata, "Joint Commission International (JCI) memuji APCC atas komitmennya dalam memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan pesakit antarabangsa dengan memperoleh akreditasi JCI semasa pandemik global ini. Kejayaan ini dapat dicapai dengan memanfaatkan proses tinjauan maya JCI, yang mana tinjauan dijalankan melalui penggunaan teknologi."

Cik Preetha Reddy, Naib Pengerusi, Apollo Hospitals, berkata, " APCC telah berjaya menjadikan terapi radiasi yang paling canggih di dunia boleh diakses untuk memberi manfaat kepada populasi yang besar. Sebagai Pusat Terapi Proton yang pertama menerima akreditasi JCI piawaian emas di Asia Selatan dan Timur Tengah, kejayaan ini telah dapat dicapai meskipun terdapatnya cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik ini, yang menekankan komitmen APCC terhadap penjagaan pesakit yang berkualiti dan termaju."

Dalam tahun pertama operasinya, APCC telahpun menjalankan lebih 200 prosedur proton dan lebih 750 prosedur pembedahan ke atas pesakit dari seluruh dunia. Kumpulan Pengurusan Penyakit Berbilang Disiplin dan rancangan penjagaan khusus-organ yang diperibadikan memastikan agar pesakit berasa selamat, selesa dan menerima contoh unggul penjagaan onkologi diperibadikan semasa menjalani rawatan kanser mereka.

Latar Belakang Apollo Proton Cancer Centre

Sebagai lambang kecemerlangan, APCC merupakan yang pertama di India yang memperkenalkan Terapi Proton. Sebuah kemudahan rawatan bersepadu sepenuhnya yang menawarkan rawatan pembedahan, radiasi dan onkologi perubatan yang canggih.

https://proton.apollohospitals.com/ 

Hubungi:
Saurabh Bose
saurabh_bose@apollohospitals.com
+91(0)402-360-7777

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1200114/Apollo_Proton_Cancer_Centre_Logo.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1200113/apcc_team.jpg?p=medium600

Source: Apollo Proton Cancer Centre
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Feature News Releases