omniture

Fincasa Umum Sidang Kemuncak Pelaburan Dalam Talian Global "Next Generation Visionaries"

Fincasa Ventures
2020-07-06 16:37 471

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 6 Julai 2020 /PRNewswire/ -- FINCASA VENTURES, modal usaha niaga berpangkalan di UAE dan penasihat kepada Syarikat Dana Pelbagai Keluarga Diraja (Multi-Royal-Family Fund Houses), mengumumkan sidang kemuncak Pelaburan dengan objektif untuk mensindiketkan pelaburan USD 1.0 Bn dalam syarikat-syarikat berpotensi dan syarikat-syarikat baharu semasa dan selepas COVID-19 melalui konsortium luar biasanya yang terdiri daripada pelabur antarabangsa dan domestik yang dipimpin oleh Pejabat Keluarga, Pelabur Persendirian, Dana.

Fincasa Umum Sidang Kemuncak Pelaburan Dalam Talian Global "Next Generation Visionaries"
Fincasa Umum Sidang Kemuncak Pelaburan Dalam Talian Global "Next Generation Visionaries"

Sidang kemuncak ini mengundang pakar/penceramah/ahli panel industri yang terkemuka serta pelabur dari seluruh dunia dengan tujuan untuk mengenal pasti syarikat baharu yang berpotensi untuk pelaburan.

Ia akan distrim secara langsung melalui saluran media sosial utama, yang dianjurkan dengan kerjasama Strategic Swiss Partners (SSP), Switzerland dan JW-Prime Management Consultancy, Filipina.

Fincasa Ventures ialah modal usaha niaga global yang mempunyai harapan cerah yang dipimpin oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Varis Sayed, Usahawan, Pengasas Bersama dan Mentor untuk pelbagai syarikat di seluruh dunia – bermula daripada syarikat baharu kepada ekuiti persendirian. Beliau berkepakaran dalam perniagaan dan pelaburan antarabangsa rentas sempadan.

Pengumuman pelaburan Fincasa Ventures baru-baru ini:

Varis Sayed menegaskan bahawa beliau telah melabur sebanyak 50 juta USD dalam MediSponsor.Inc - syarikat yang diperbadankan di AS, yang menawarkan Penyelesaian CRM Awan Penjagaan Kesihatan yang inovatif lagi bersepadu berasaskan XAAS yang mudah digunakan berserta Gerbang Pembayaran.

MediSponsor ialah 'camel' bagi industri teknologi kesihatan untuk pelabur. Ia akan membawa proposisi nilai terhadap Pandemik COVID-19 melalui teknologi Analitik Visualnya selain impak dalam penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan. Fincasa mengundang pelabur global untuk pusingan pendanaan kedua bagi menyelaraskan rancangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Fasa II.

Varis Sayed memaklumkan bahawa Rahul Pawar, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif MediSponsor, dilantik sebagai Penasihat – Ketua Hab Syarikat Baharu Global di Fincasa Ventures untuk menyenarai pendek syarikat-syarikat baharu di seluruh dunia untuk pelaburan. Ekoran gagasan dan penyelesaian beliau dalam merancang keupayaan Varis Sayed menggelar Rahul Pawar sebagai Steve Jobs dari India dan menyokong visi beliau untuk MediSponsor - daripada Navi Mumbai kepada NASDAQ.

Pelaburan terkini oleh Fincasa akan membolehkan MediSponsor untuk memanfaatkan dan meletakkan kedudukan syarikat dalam sektor penjagaan kesihatan Afrika, Timur Tengah, Amerika Selatan & Asia Selatan melalui inovasi model penjagaan dan transformasi pasaran digital.

L-R - Dr. Nilesh Patil, Varis Sayed, Rahul Pawar, Dr. Roshan Patil
L-R - Dr. Nilesh Patil, Varis Sayed, Rahul Pawar, Dr. Roshan Patil

Pasukan kepimpinan MediSponsor melibatkan "Gabungan sempurna domain Penjagaan Kesihatan & Pengurusan" - para pengasas bersama Dr. Roshan Patil dan Dr. Nilesh Patil daripada Indian Institutes of Management, yang disenaraikan sebagai antara yang terbaik di seluruh dunia atas pelbagai program pengurusannya.

Ibu Pejabat MediSponsor di Dubai, UAE memberikan syarikat dengan persekitaran perniagaan yang bertaraf dunia untuk pertumbuhan yang pantas. Pelaburan Fincasa berserta perkongsian strategik akan membantu MediSponsor untuk mencapai visinya bagi menjadi jenama yang paling bernilai dalam Teknologi Penjagaan Kesihatan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200701/2844852-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200701/2844852-1-b?lang=0

Source: Fincasa Ventures
Keywords: Banking/Financial Service Venture Capital