omniture

Macy's July 4th Fireworks® Spectacular Tahunan ke-44 Peringkat Akhir Bangunan Empire State

Empire State Realty Trust, Inc.
2020-07-06 22:34 347

Lampu-lampu Bangunan Empire State Disegerakkan mengikut Pertunjukan Bunga Api Pertama Seumpamanya  

NEW YORK, 6 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Buat julung kalinya dalam sejarah Bandar Raya New York, pertunjukan bunga api dilancarkan dari tingkat ke-72 dan 103 Bangunan Empire State dan dari Balai Cerap Tingkat ke-86 miliknya yang terkenal. Lampu-lampunya dipasang pada paparan yang disegerakkan menerusi satu-satunya komponen secara langsung siaran NBC Macy's July 4th Fireworks® Spectacular Tahunan kali ke-44. Sebagai Nadi Bandar Raya New York dan ikon antarabangsa bandar raya tersebut yang sangat bagus sehinggakan dinamakan sebanyak dua kali oleh mereka, mengadakan pertunjukan yang belum pernah terjadi sebelumnya mengikut lagu yang tak luput dek zaman nyanyian Frank Sinatra, New York, New York

Credit: Kent Miller/Macy's
Credit: Kent Miller/Macy's

Pertunjukan muzik diiringi lampu Bangunan ini direka oleh pereka pencahayaan yang terkenal di dunia Marc Brickman dan pasukan beliau di Tactical Manoeuvre, dilancarkan dengan sempurna di bawah langit malam yang terang. Asap daripada bunga api ini menonjolkan pertunjukan cahaya khas yang kini tersedia di saluran YouTube Bangunan Empire State.

"Kami merupakan Nadi Bandar Raya New York, bandar yang terbesar di dunia. Pada 4 Julai ini, kami menyertai Macy's dan membawa keriangan kepada pusat kediaman kami yang sedang bangkit semula ketika kami meneruskan Kedutaan unik kami kepada dunia," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Empire State Realty Trust. "Kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan pengunjung untuk kembali ke Balai Cerap canggih kami yang serba baharu dan bernilai $165 juta, dengan tumpuan uniknya pada Kualiti Persekitaran Dalaman dengan penapis Merv-13, Atmos Air dan pengudaraan udara luar."

Balai Cerap Bangunan Empire State, dijadualkan dibuka, selewat-lewatnya dalam Fasa 4 pembukaan semula Bandar Raya New York. Dalam pada itu, peminat bangunan ini boleh berkongsi foto mereka mengenai pertunjukan ini pada platform media sosial mereka dengan tagar #EmpireStateBuilding. Pautan ke foto daripada acara ini, dengan kredit diberikan kepada Kent Miller/Macy's, boleh ditemui di sini.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri dari seluruh dunia. Bangunan Empire State dinamakan sebagai destinasi perjalanan yang paling popular di dunia dalam satu kajian yang dijalankan oleh Uber dan dipilih sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, https://twitter.com/empirestatebldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc, https://www.tiktok.com/@empirestatebldg atau www.pinterest.com/empirestatebldg.

 

Latar Belakang Empire State Realty Trust  
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 31 Mac 2020, mencakupi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1200221/empire_state__blue_fireworks.jpg?p=medium600

 

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Entertainment Real Estate