KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Kantar, syarikat pandangan dan perundingan berasaskan bukti yang terkemuka di dunia, mengumumkan "Malaysia Brand Footprint 2020", senarai kedudukan jenama yang "Paling banyak dipilih untuk dibeli" oleh pengguna dan "berkembang paling pesat" antara produk-produk FMCG dalam kategori Tenusu, Makanan, Minuman, Kesihatan & Kecantikan serta Penjagaan Rumah. Dianalisis oleh Consumer Reach Points (CRPs) eksklusif daripada Kantar untuk memperlihatkan jenama-jenama yang memenangi "Detik Penentuan" ("Moment of Truth") antara 508 jenama dan mencakupi pengguna di seluruh Semenanjung Malaysia.
Senarai kedudukan jenama-jenama "Paling Banyak Dipilih - Berkembang Paling Pesat"
Jenama-jenama Paling Banyak Dipilih di Malaysia
Jenama-jenama Berkembang Paling Pesat di Malaysia
Howard Chang, Pengarah Urusan Malaysia dan Thailand, Kantar (Worldpanel Division) berkata,
"Perbelanjaan FMCG isi rumah di Malaysia dilihat lembap sejak beberapa tahun yang lalu. Pada tahun 2019, terdapat hanya 1% lebih CRP berbanding setahun yang lalu. Kira-kira separuh daripada jenama di Malaysia mendapat lebih banyak keputusan pengguna, sementara separuh lagi mendapat keputusan pengguna yang lebih sedikit.
10 jenama utama di Malaysia mempunyai sedikit kelebihan untuk memenangi lebih banyak pilihan pengguna; walau bagaimanapun, kami turut melihat contoh jenama lebih kecil yang boleh mendapat hampir 60% CRP dan mendaki 25 anak tangga dalam senarai kedudukan Jejak Jenama. Kami mengetengahkan kisah kejayaan mereka dengan harapan agar dapat mengenal pasti pandangan yang kita semua boleh pelajari daripadanya."
Chivanon Piyaphitakskul, Pengurus Pemasaran Malaysia dan Thailand, Kantar (Worldpanel Division) menambah,
"Dengan impak yang utama daripada COVID-19, pertumbuhan dilihat menjadi lebih mencabar untuk beberapa kategori FMCG maju ke hadapan. Justeru itu, pemahaman yang mendalam mengenai penetapan minda pengguna dan strategi yang disesuaikan dalam seluruh saluran dan segmen akan menjadi kunci kejayaan. Memahami siapa pembeli anda, serta bagaimana dan di mana mereka membeli belah dan menggunakan produk anda, adalah lebih penting kini berbanding sebelum ini, memandangkan tingkah laku ini membentuk asas norma baharu pasca COVID-19."
Untuk melihat melangkaui krisis COVID-19, jenama-jenama perlu beradaptasi dengan Tumpuan Saluran yang Betul – menerusi perubahan dalam tabiat membeli pembeli, keutamaan perlu diberikan pada saluran yang utama, Perkukuhkan Proposisi Nilai - mesej utama dan saluran media menjadi lebih kritikal dan Memastikan Pembelian Berulang – generasi percubaan akan menjadi kunci kepada semua jenama, namun penting untuk mengetahui cara mengekalkan pembeli anda."
3 Trend Keputusan Pembelian
Pemacu di sebalik jenama-jenama yang berjaya ini:
Inovasi: Sama ada kategori baharu atau tambahan rangkaian ke dalam varian baharu, jenama-jenama berkembang ekoran inovasi yang berjaya.
5 Penggalak Pertumbuhan Jenama Utama
Keperluan baharu: Penggalak utama untuk pertumbuhan jenama adalah mengiktiraf keperluan pengguna baharu dan terus bertindak untuk mewujudkan kategori baharu.
Muat turun laporan penuh di www.kantar.com/asia-brandfootprint-2020
Kata kunci: #Kantar #Worldpanel #MalaysiaBrandFootprint #MostChosenBrands
Latar Belakang Kantar
Kantar ialah syarikat pandangan dan perundingan berasaskan bukti yang terkemuka di dunia. Kami mempunyai pemahaman yang lengkap, unik dan menyeluruh bagaimana orang ramai berfikir, merasa dan bertindak; secara global dan tempatan dalam lebih 90 pasaran. Dengan menggabungkan kepakaran mendalam kakitangan kami, sumber data dan penanda aras kami, analitik dan teknologi inovatif kami, kami membantu pelanggan kami memahami orang ramai dan menginspirasikan pertumbuhan.
Maklumat lanjut mengenai Kantar boleh ditemui di www.kantar.com
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200702/2847459-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200702/2847459-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200702/2847459-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200702/2847459-1-d?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200702/2847459-1-e?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200617/2833487-1LOGO?lang=0