omniture

Pasport Premium Hilang Tarikan dalam Dunia Pasca-pandemik

Henley & Partners
2020-07-07 16:00 444

LONDON, 7 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Ketika kawasan-kawasan di seluruh pelosok dunia mula dibuka dengan berhati-hati, tumpuan diberikan pada apa yang akan dapat dilihat daripada kebebasan perjalanan dan mobiliti global dalam dunia pasca–Covid-19. Minggu lalu, EU mengeluarkan senarai negara yang akan dibenarkan masuk ke dalam blok mulai 1 Julai mengikut kriteria kesihatan dan keselamatan. Turut tersenarai ialah Australia, Kanada, Jepun dan Korea Selatan yang secara tradisinya mendapat skor tinggi dalam Henley Passport Index – senarai kedudukan asal untuk semua pasport dunia mengikut bilangan destinasi yang boleh diakses oleh anda tanpa visa. Walau bagaimanapun, dalam satu langkah yang dilihat sebagai kritikan yang tegas terhadap pengendalian pandemik yang lemah, AS terutamanya dikeluarkan daripada senarai yang dialu-alukan seperti mana Brazil dan Rusia.

Comparison: Q3 2020 HPI visa-free scores (with no travel restrictions) vs visa-free scores with EU travel restrictions only (PRNewsfoto/Henley & Partners)
Comparison: Q3 2020 HPI visa-free scores (with no travel restrictions) vs visa-free scores with EU travel restrictions only (PRNewsfoto/Henley & Partners)

Walaupun tidak ditunjukkan dalam senarai kedudukan terkini yang tidak mengambil kira larangan perjalanan sementara, ia memberi suatu pencerahan apabila menimbang apa yang boleh dilihat daripada kebebasan perjalanan pada masa kini untuk pemegang pasport yang dahulunya berprestij. Pasport AS biasanya tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik, dengan penduduk negaranya dapat mengakses 185 destinasi tanpa memerlukan visa. Walau bagaimanapun, di bawah larangan EU semasa, penduduk Amerika mempunyai tahap kebebasan perjalanan yang hampir sama dengan penduduk Uruguay dan Mexico (masing-masing tersenarai di kedudukan ke-28 dan ke-25).

Rakyat Rusia – yang mana pasport mereka biasanya mendahului negara-negara seperti Georgia and Albania (kedua-duanya dimasukkan ke dalam senarai EU) — telah menyaksikan kekuatan pasport mereka berkurang menjadi salah satu yang paling lemah di wilayah ini. Pemegang pasport Brazil pula – baru-baru ini tersenarai di tempat ke-19 dalam indeks ini – kini mempunyai kebebasan perjalanan kira-kira seperti rakyat Paraguay yang berada di kedudukan ke-36.

Tanpa mengambil kira larangan perjalanan semasa, Jepun terus menduduki tempat pertama dalam Henley Passport Index dengan skor 191. Singapura kekal di tempat ke-2, manakala Jerman dan Korea Selatan bersama-sama menduduki tempat ke-3. Walau bagaimanapun, Singapura telah dikeluarkan daripada senarai EU maka, rakyatnya kini mempunyai kurang kebebasan perjalanan berbanding pesaing mereka yang terdekat dalam indeks ini, yang berasaskan data eksklusif daripada International Air Transport Association (IATA)

Dr. Christian H. Kaelin, Pengerusi Henley & Partners dan pencipta konsep indeks pasport, berkata bahawa keputusan yang terkini oleh EU ini menunjukkan bahawa terdapat lebih banyak pergolakan yang bakal muncul. "Lihatlah pasport AS, umpamanya — pada tahun 2014, ia menduduki tempat pertama di dunia dalam indeks kami, namun pada masa kini warga AS mempunyai kebebasan perjalanan yang jauh lebih terhad berbanding kebanyakan warganegara di negara-negara perindustrian yang kaya, malah sesetengah negara yang kurang maju, yang disekat kemasukannya ke Eropah dengan efektif. Pada bulan-bulan akan datang, kita akan melihat kemunculan hierarki global yang baharu dari segi mobiliti, yang mana negara-negara yang telah mengendalikan pandemik ini dengan berkesan mendahului kedudukan, manakala negara-negara yang tidak dapat menanganinya dengan baik ketinggalan di belakang."

Pakar-pakar mencadangkan bahawa krisis Covid-19 berkemungkinan menjadikan mobiliti antarabangsa lebih terhad dan tidak dapat diramalkan dalam jangka masa lebih panjang. "Malah, ketika negara-negara membuka sempadan mereka, dijangkakan bahawa pelbagai kerajaan akan menggunakan kebimbangan epidemiologi sebagai justifikasi untuk mengenakan sekatan imigresen baharu dan larangan perjananan yang disasarkan terhadap warganegara yang akan ditujukan terutamanya pada penduduk di negara-negara sedang membangun," kata Prof. Dr. Yossi Harpaz, Penolong Profesor Sociologi di Tel Aviv University. Mengambil maklum keputusan yang dibuat baru-baru ini oleh EU ini dengan AS dan negara-negara lain, Harpaz berkata, "Pasport bagi negara-negara sedang membangun mahupun negara-negara maju mengalami penurunan nilai, sekurang-kurangnya buat sementara waktu. Pada waktu yang tidak menentu ini, permintaan global terhadap dua kerakyatan dan visa pelabur dijangka meningkat."

Dr. Juerg Steffen, Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners, berkata untuk pelabur dan keluarga mereka, "mempunyai kerakyatan kedua atau kediaman alternatif merupakan aset yang lebih berharga berbanding sebelum ini, memandangkan kebimbangan terhadap akses kepada penjagaan kesihatan kelas pertama, mobiliti global dan kualiti hidup menjadi suatu keterdesakan baharu."

generated by system

Hubungan Media
Paddy Blewer
Pengarah Perhubungan Awam Kumpulan
paddy.blewer@henleyglobal.com

 

Source: Henley & Partners
Keywords: Airlines/Aviation Amusement Parks and Tourist Attractions Passenger Aviation Publishing/Information Service Travel Survey, Polls & Research