omniture

OCP Hari ini umum SpaceDC sebagai kemudahan OCP Ready™ pertama di Asia-Pasifik

Open Compute Project Foundation
2020-07-08 01:45 610

AUSTIN, Texas, 7 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Open Compute Project Foundation (OCP) mengumumkan bahawa penyedia pusat data berpangkalan di Singapura SpaceDC Pte Ltd telah menerima perakuan OCP Ready™ untuk pusat data baharu mereka di Jakarta, Indonesia. Ini merupakan pusat data pertama di Asia yang menerima perakuan OCP ini dan menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat dalam mencipta kemudahan yang amat cekap yang direka bentuk untuk gelombang penggunaan infrastruktur terbuka yang baharu.

Kemudahan SpaceDC Jakarta telah memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Pasukan Projek Kemudahan Pusat Data OCP dan berperanan sebagai rujukan untuk pengendali pusat data dan penyewa yang ingin memahami keperluan kemudahan asas untuk menggunakan perkakasan OCP pada ruang IT mereka. Kemudahan yang memenuhi syarat OCP Ready™ dan diluluskan oleh Projek Kemudahan Pusat Data OCP mendapat perakuan sebagai kemudahan OCP Ready™.

Bersama-sama kemudahan ini, SpaceDC Pte Ltd telah menerima status Penyedia Penyelesaian Kolokasi (Colo), yang merupakan designasi khusus untuk ahli-ahli yang merupakan sebahagian daripada ekosistem penjual OCP. Penyedia Penyelesaian Kolokasi OCP perlu menunjukkan keupayaan teknikal, perkhidmatan dan sokongan yang mantap untuk membolehkan penggunaan infrastruktur OCP yang boleh diskala.

SpaceDC komited untuk mengurangkan kesan alam sekitar daripada pusat data mereka dan mereka telah memberi perhatian besar dalam segenap aspek reka bentuk pusat data. Bermula daripada pemilihan tapak hinggalah pembinaan modular, sumber tenaga yang akan digunakan oleh mereka untuk memberi kuasa kepada kemudahan ini dan kitar semula haba sisa, ini merupakan semua aspek yang akan membantu SpaceDC mencapai misi mereka.

https://www.spacedc.com/green-data-centers/ 

"Kami teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada komuniti OCP – komuniti sama yang dikongsi oleh syarikat-syarikat gergasi teknologi seperti Google dan Facebook. Sebagai Penyedia Penyelesaian Kolokasi OCP yang pertama di Asia, perakuan ini sudah tentu mengesahkan misi SpaceDC untuk menjadi platform pusat data yang cekap, andal dan boleh diskala untuk perniagaan yang ingin berkembang di rantau ini. Setelah diperakui OCP, kami telah membezakan syarikat kami sebagai jenama yang boleh diharapkan oleh pelanggan kami untuk penyelesaian pusat data yang bertaraf dunia," kata Darren Hawkins, Ketua Pegawai Eksekutif SpaceDC.

"SpaceDC mengiktiraf kapasiti untuk penyelesaian OCP untuk terus berkembang dan berevolusi di seluruh Asia, membawa kepada keperluan untuk lebih banyak kemudahan dan pengendali yang memahami keperluan syarikat-syarikat perusahaan yang ingin menerima pakai reka bentuk perkakasan yang lebih terbuka. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada SpaceDC kerana menjadi kemudahan OCP ReadyTM pertama di Asia, yang merupakan satu pencapaian yang luar biasa," ujar Steve Helvie, Naib Presiden Pembangunan Saluran untuk Open Compute Project Foundation.

"Sepanjang proses untuk JAK2 diperakui sebagai OCP Ready™, pasukan mereka telah menunjukkan pengetahuan teknikal yang mendalam dan memahami apa ertinya untuk mewujudkan kemudahan pusat data yang dioptimumkan bagi mengehoskan peralatan IT OCP. Kemudahan kolokasi baharu ini merupakan satu penambahan yang hebat kepada portfolio pusat data OCP Ready™ yang semakin berkembang dan akan membolehkan pelanggan OCP SpaceDC untuk memanfaatkan sepenuhnya faedah-faedah TCO dalam menggunakan teknologi OCP," ujar Mark Dansie, ahli penting dalam Pasukan Projek Kemudahan DC OCP dan ketua program OCP Ready™.

Kemudahan OCP Ready™ SpaceDC kini disenaraikan di OCP Marketplace.

Latar Belakang Open Compute Project Foundation
Open Compute Project Foundation (OCP) dimulakan pada tahun 2011 dengan misi untuk mengaplikasikan faedah-faedah sumber terbuka dan kolaborasi terbuka kepada perkakasan dan meningkatkan kadar inovasi di dalam, berhampiran dan sekitar peralatan perangkaian pusat data, tujuan umum dan pelayan GPU, peranti dan perkakasan storan serta reka bentuk rak yang boleh diskala dengan pesat. Model kolaborasi OCP turut diaplikasikan di luar pusat data, bagi membantu memajukan industri telekomunikasi & infrastruktur EDGE. 

Latar Belakang SpaceDC
SpaceDC mencipta pusat data yang canggih bagi membantu perniagaan berkembang dalam pasaran digital yang pantas berkembang di Asia Tenggara. Beribu pejabat di Singapura dan disokong oleh GIC, SpaceDC memanfaatkan gabungan pengalaman selama lebih 60 tahun untuk mencipta jaringan kampus pusat data yang canggih di bandar-bandar serantau utama di Asia Tenggara.

Kampus-kampus kami terletak secara strategik untuk memanfaatkan sumber semula jadi bandar dan memaksimumkan kebolehcapaian. Ia mempunyai pelbagai peringkat keselamatan, ketersambungan gentian gelap dan PUE yang amat rendah bagi memastikan data kritikal-perniagaan anda sentiasa selamat dan boleh diakses. Kami menawarkan perkongsian kolaboratif yang membolehkan anda untuk melakukan hiperskala untuk sewaan jangka panjang.

Kunjungi www.spacedc.com.

Hubungi: Dirk Van Slyke, dirkv@opencompute.org

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1018821/OCP_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Open Compute Project Foundation
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Corporate Expansion Data Analytics