omniture

LTI Lancar Canvas, Platform Kejuruteraan Perisian Moden untuk Tenaga Kerja Jarak Jauh & Hibrid Masa Depan

LTI
2020-07-08 14:23 550

LTI Canvas memanfaatkan teknologi Microsoft untuk membantu perusahaan menyesuaikan cara bekerja yang baharu

MUMBAI, India, 8 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Larsen & Toubro Infotech (kod BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perunding teknologi dan penyelesaian digital bertaraf global melancarkan LTI Canvas, platform kejuruteraan perisian moden yang memenuhi keperluan kritikal untuk membolehkan bekerja dari mana-mana tempat. LTI Canvas ialah platform bersepadu yang menghimpunkan pelbagai proses, alat dan kaedah bagi memacu teknologi dan hasil perniagaan dalam persekitaran di mana pasukan beroperasi dalam suasana yang luas.

Platform digital yang berdaya tahan, LTI Canvas dapat membantu organisasi meningkatkan keberkesanan dan keupayaan mereka untuk berinovasi dalam persekitaran jarak jauh atau hibrid. LTI Canvas ialah satu himpunan teknologi Microsoft dan penyelesaian LTI untuk membantu golongan profesional IT dalam pelbagai industri berkolaborasi dengan mudah dan kekal produktif. Ia berasaskan seni bina mikroservis dan memanfaatkan platform Microsoft seperti Azure dan Microsoft 365 termasuk Teams, antara lain berserta tindanan penyelesaian Ways of Working LTI. LTI Canvas menyelaraskan proses seperti pembangunan perisian, sokongan, peralihan, pengurusan pengetahuan, pengurusan infrastruktur dan sekuriti maklumat. Ia menggabungkan keupayaan daripada Cloud, Agile, DevOps dan Design Thinking yang memanfaatkan AI/ML dan analitik.

Nachiket Deshpande, Ketua Pegawai Operasi & Ahli Lembaga Eksekutif, LTI berkata: "Pandemik ini telah memaksa perusahaan untuk memikirkan semula pendekatan mereka untuk kelangsungan perniagaan dan produktiviti pekerja. Dengan persekitaran kerja hibrid yang mendapat daya tarikan yang pantas, kami mereka bentuk LTI Canvas sebagai platform bersepadu yang membolehkan kejuruteraan perisian disampaikan secara jarak jauh. LTI Canvas mendorong intervensi yang memberi kesan dan turut mendayakan proses huluan seperti pencarian penyelesaian, bengkel keperluan dan peralihan dilaksanakan secara jarak jauh. LTI Canvas merupakan rekaan kami untuk masa depan kejuruteraan perisian.

Meetul Patel, Pengarah Eksekutif, Pertumbuhan Strategik, Microsoft India, berkata, "Kami mendapat inspirasi daripada pelanggan dan rakan kongsi kami yang memanfaatkan alatan digital untuk menavigasi persekitaran baru muncul dalam pelbagai industri dan geografi. Microsoft Azure dan teknologi canggih akan membantu mempercepatkan intensiti teknologi dengan selamat dalam organisasi-organisasi dan mendayakan inovasi yang dapat mempertimbangkan semula tempat kerja. Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan LTI melalui LTI Canvas yang mempunyai pendekatan berlapis yang unik bagi mencapai hasil yang terbaik untuk organisasi-organisasi membangunkan keupayaan bekerja-dari-mana-mana-sahaja."

Lebih daripada sekadar Bekerja Dari Rumah (Work from Home, WFH), LTI Canvas mendekati Segalanya Dari Rumah (Everything from Home, xFH) dalam lima lapisan, setiap satunya dengan set alatan, tadbir urus dan hasil khusus. Lapisan pertama menumpukan perhatian pada keperluan teras untuk 'Beroperasi dari Rumah' dan membolehkan pekerjaan jarak jauh yang lancar dan cekap untuk pekerja. Lapisan seterusnya menawarkan pilihan sambungan yang selamat agar 'Selamat dari Rumah'. Lapisan ketiga membantu untuk kekal 'Terhubung dari Rumah' dan membolehkan kolaborasi aktif dengan tenaga kerja jarak jauh. Lapisan keempat membantu mencapai tahap output yang lebih tinggi dan menjadi 'Produktif dari Rumah'. Lapisan terakhir membolehkan 'Pertumbuhan dari Rumah' pada peringkat peribadi dan organisasi agar dapat berkembang sewajarnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang platform ini, lawati https://canvas.lntinfotech.com/

Latar Belakang LTI 

LTI (NSE: LTI) ialah syarikat perunding teknologi dan penyelesaian digital bertaraf global yang membantu lebih daripada 420 pelanggan berjaya dalam dunia saling bertumpu. Dengan operasi di 32 negara, kami melakukan lebih daripada apa yang diharapkan untuk pelanggan kami dan mempercepatkan transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang mendayakan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai subsidiari Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberikan kami kepakaran dunia sebenar yang tiada tandingan bagi mengatasi cabaran perusahaan yang paling rumit dalam seluruh industri. Setiap hari, pasukan kami dengan lebih 30,000 kakitangan LTI membolehkan pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi mereka serta membawa nilai kepada pelanggan, pekerja dan pemegang saham mereka. Ketahui lebih lanjut di http://www.Lntinfotech.com atau ikuti kami di @LTI_Global

Berhubung dengan LTI : 

Berkaitan:

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: LTI
Related Stocks:
Bombay:540005 Bombay:LTI.BO India:EQLTI India:LTI.NS
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications Workforce Management/Human Resources New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)