omniture

Tingkah Laku yang Pantas Berubah Pada 2020 Percepatkan Pengguna Menerima Trend Digital, Kesihatan dan Kemampanan, Menurut PwC

PwC Global
2020-07-09 20:04 591

NEW YORK, 9 Julai 2020 /PRNewswire/ -- 

  • 45% pengguna global berkata penjagaan kesihatan ialah salah satu daripada tiga alasan untuk menjalani kehidupan di bandar
  • 69% pengguna global lebih bertumpu pada kesihatan mental dan kesejahteraan
  • 43% pengguna global mengharapkan perniagaan bertanggungjawab terhadap kesan alam sekitar mereka

 

 

Perkembangan pesat trend dan tingkah laku pengguna yang telahpun bermula sebelum berlakunya wabak COVID-19 telah melonjak ke hadapan dan akan mendorong syarikat-syarikat yang berhadapan dengan pengguna dan peruncit-peruncit untuk mencipta semula cara mereka menjalankan perniagaan, menurut laporan PwC yang baharu.

Dapatan daripada dua tinjauan yang diambil sebelum dan selepas pandemik COVID-19 dan diterbitkan hari ini dalam Tinjauan Pandangan Pengguna Global kali ke-11 berturut-turut oleh PwC memberi tumpuan pada tabiat serta tingkah laku membeli pengguna bandar dan bagaimana perubahan di peringkat global telah memaksa perkembangan pesat terhadap cara hidup yang lebih berciri digital. Berbilion-bilion orang di seluruh dunia tinggal di bandar dan penumpuan ini telah mencipta satu era baharu dalam penggunaan global; bandar menjadi hab tempat berlangsungnya aktiviti ekonomi.

Keputusan tinjauan ini mendedahkan bahawa pandemik dan langkah-langkah penjarakan sosial seterusnya yang dikenakan telah membawa kepada perubahan asas dari segi bagaimana pengguna bekerja, makan, berkomunikasi dan menjaga kesihatan mereka.

Pengguna telah menyesuaikan diri cara mereka membeli belah 

Langkah-langkah penjarakan sosial dikenakan kerana coronavirus telah menjangkiti pengguna dalam seluruh aspek kehidupan, termasuk bagaimana mereka membeli barangan runcit. Meskipun membeli belah barangan runcit dalam kedai merupakan saluran pilihan utama, lebih sepertiga daripada pengguna (35%) kini membeli makanan secara dalam talian, dengan 86% yang membeli belah dalam talian merancang untuk meneruskannya selepas langkah-langkah penjarakan sosial ditamatkan. Bagi item bukan makanan, sebelum berlakunya pandemik aktiviti membeli belah dalam kedai masih dominan berbanding dengan membeli belah dalam talian dengan 47% pengguna berkata mereka membeli belah di kedai fizikal setiap hari atau mingguan berbanding membeli belah melaui telefon mudah alih (30%), komputer (28%) dan pembantu suara pintar (15%). Sejak itu, membeli belah dalam talian untuk barangan bukan makanan telah menyaksikan peningkatan yang tinggi (telefon mudah alih, 45%; komputer 41%; tablet 33%), trend ini dilihat ketara khususnya di China dan Timur Tengah, dengan 60% dan 58% responden masing-masing berkata bahawa mereka mula membeli belah lebih banyak pada telefon mudah alih mereka.

Kepentingan hubungan, komuniti dan penjagaan diri adalah jelas 

Lima puluh peratus daripada golongan milenia dan 57% mereka yang mempunyai anak memberi tumpuan lebih besar ke atas kesejahteraan mereka berbanding kumpulan lain. Tumpuan terhadap penjagaan diri telah meningkat, dengan 51% pengguna bandar bersetuju atau sangat bersetuju bahawa mereka lebih memberi tumpuan untuk menjaga kesihatan mental dan kesejahteraan mereka, kesihatan fizikal serta diet lantaran COVID-19.

Penduduk bandar yang disoal selidik selepas wabak ini, melihat keselamatan dan sekuriti serta penjagaan kesihatan sama penting dengan kualiti hidup mereka seperti prospek pekerjaan, dengan 49% dan 45% responden masing-masing mengatakan sedemikian, berbanding 45% untuk pekerjaan.

Pengguna dan kemampanan 

Kajian oleh kami menunjukkan penerimaan yang jelas terhadap kemampanan dan rasa tanggungjawab sivik. Umpamanya, dalam keputusan tinjauan yang diambil sebelum pandemik, 45% responden global kami berkata mereka mengelakkan penggunaan plastik bilamana mereka dapat melakukannya, 43% mengharapkan perniagaan bertanggungjawab terhadap kesan alam sekitar dan 41% mengharapkan peruncit menghapuskan beg plastik dan pembungkusan untuk barangan tidak tahan lama. Menariknya, apabila kami bertanya kepada pengguna siapakah yang paling bertanggungjawab untuk menggalakkan tingkah laku mampan di bandar mereka, 20% memilih "saya, pengguna" manakala 15% memilih "pengeluar atau pengilang." Apabila kami bertanya kepada pengguna mengenai kesediaan mereka untuk berkongsi data, 49% berkata mereka bersedia berkongsi data mereka sekiranya ia membantu menambah baik bandar mereka.

"Meskipun sesetengah trend telah mengalami peningkatan buat sekian lama, kajian kami menunjukkan bahawa pandemik telah meningkatkan keinginan pengguna terhadap ketelusan, kemampanan dan kemudahan. Syarikat-syarikat yang akan meraih ganjaran paling banyak merupakan syarikat-syarikat yang telah membina kepercayaan bersama pengguna, melabur dalam perjalanan pembelian pelanggan hujung-ke-hujung yang lancar dan nirgeseran serta mengutamakan kesihatan dan keselamatan pengguna," kata Steve Barr, Ketua Pasaran Pengguna Global, PwC AS.

Selain daripada itu, Oz Ozturk, Ketua Penasihat Pasaran Pengguna Global, PwC UK berkata, "Sepanjang 11 tahun kami menyoal selidik pengguna di seluruh dunia, belum pernah kami mendokumentasikan penumpuan tema-tema yang begitu jelas sekitar ketelusan, kemampanan dan kesedaran sosial. Pada saat yang begitu penting ini, keperluan untuk syarikat-syarikat yang berhadapan dengan pengguna mewujudkan kepercayaan bersama bakal pelanggan dapat dilihat dengan lebih jelas."

Catatan untuk editor
Tinjauan Pandangan Pengguna Global ialah tinjauan ke atas pengguna global yang ke-11 berturut-turut oleh PwC. PwC menjalankan dua tinjauan dalam talian yang berasingan, tinjauan pertama mengumpul respons daripada 19,098 pengguna dari 27 negara atau wilayah dan 74 bandar antara Ogos dan September 2019. Tinjauan kedua pula mengumpul respons daripada 4,447 pengguna dari 9 negara atau wilayah dan 35 bandar antara April dan Mei 2020. Untuk memuat turun laporan penuh, kunjungi www.pwc.com/consumerinsights

Latar Belakang PwC
Di PwC, tujuan kami adalah untuk membina kepercayaan dalam masyarakat dan menyelesaikan masalah-masalah yang penting. Kami merupakan jaringan firma dalam 157 negara bersama lebih 276,000 orang yang komited untuk membawakan kualiti dalam khidmat jaminan, khidmat nasihat dan khidmat cukai. Ketahui lebih lanjut dan maklumkan kepada kami tentang apa yang penting buat anda dengan mengunjungi kami di www.pwc.com.

PwC merujuk kepada rangkaian PwC dan/atau salah satu atau lebih daripada firma-firma anggotanya, setiap satu merupakan entiti undang-undang berasingan. Sila lihat www.pwc.com/structure untuk butiran lanjut. 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1121790/PWC_Logo.jpg?p=medium600

Source: PwC Global
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Multimedia/Online/Internet Retail Survey, Polls & Research Data Analytics