omniture

Lemnisk Perkenal Peningkatan Platform Signifikan

Lemnisk Private Limited
2020-07-10 09:00 2945

Lemnisk melancarkan beberapa peningkatan platform signifikan termasuk siratan data (data stitching) pengguna berkebarangkalian, cadangan berasaskan AI untuk vertikal perniagaan baharu dan keupayaan pemperibadian aplikasi dan berbilang saluran lebih mendalam

BANGALORE, India, 10 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Lemnisk, sistem pengautomatan pemasaran rentas saluran masa sebenar yang pertama di dunia dibina pada Customer Data Platform (CDP) yang pintar dan selamat, hari ini mengumumkan ketersediaan umum ciri-ciri dan peningkatan utama kepada penawaran produknya.

Platform Lemnisk telah dinaik taraf selanjutnya tahun ini menerusi pelbagai peningkatan seperti siratan data pengguna berkebarangkalian merentas teknologi pengiklanan (adtech) dan teknologi pemasaran (martech) serta sumber data sosial, cadangan produk berasaskan AI, sokongan untuk vertikal runcit dan e-dagang, serta keupayaan pemperibadian aplikasi yang lebih mendalam.

Semua ciri ini berserta keupayaan sedia ada seperti Ramanujan, enjin AI untuk mengaturkan perjalanan pengguna tunggal, kini turut tersedia pada antara muka pengguna baharu dan intuitif yang mendapat pujian daripada pelanggan atas kemudahan penggunaannya.

Syarikat berkenaan komited untuk membina produk berkisarkan keperluan utama pelanggannya - memperoleh pelanggan baharu, berhubung secara meluas bersama pelanggan sedia ada dan mendorong RoI yang lebih baik daripada tindanan dan inisiatif pemasaran sedia ada.

"Kami telah muncul sebagai salah satu pengusaha CDP yang terkemuka di Asia dan Timur Tengah. Bermula daripada jalinan kerjasama dengan bank-bank terbesar di UAE hinggalah menjalin hubungan yang kukuh bersama jenama insurans Asia Tenggara yang terkemuka dan menandatangani perjanjian bersama bank swasta terbesar di India, kami telah mendapat permintaan mendadak yang sangat berjaya dalam pasaran setakat ini. Tahun ini, kami turut diiktiraf oleh Forrester Research sebagai penyedia Pengurusan Interaksi Masa Sebenar (RTIM) Terkemuka dalam laporan 'Now Tech: RTIM, Q2 2020'," kata Subra Krishnan, Ketua Pegawai Eksekutif, Lemnisk.

Awal tahun ini, Lemnisk turut memperluaskan sokongannya untuk vertikal di luar Perbankan, Insurans dan Perkhidmatan Kewangan. Pelanggan dalam vertikal Runcit, E-Dagang, Pelancongan dan Hospitaliti serta vertikal lain juga boleh mendaftar untuk Customer Data Platform mereka yang terkenal dan terbukti.

"Matlamat kami pada tahun 2020 adalah untuk menggunakan dengan berkesan platform kami dalam menangani COVID-19 dan keperluan digital pasca pandemik untuk pelanggan kami. Dengan CDP berkuasa AI sebagai unsur asasnya, pengautomatan pemasaran masa sebenar boleh melangkaui ke tahap serba baharu untuk pemasar. Platform data pelanggan yang bersepadu erat dan organik daripada Lemnisk boleh menjadi alat tunggal yang boleh memainkan peranan dengan berkesan sebagai gabungan antara DMP pihak pertama, Pengautomatan Pemasaran dan Pemperibadian Berbilang Saluran. Ini dapat membawa ciri penyederhanaan penting dan kecekapan kos untuk pemasar dalam persekitaran semasa," tambah Subra.

Latar Belakang Lemnisk 

Customer Data Platform Lemnisk membawa pengalaman pelanggan unggul yang menghasilkan peningkatan penukaran, pengekalan dan pertumbuhan untuk perusahaan. Keupayaan utamanya termasuk:

  • Memberi penyelesaian kepada pengguna dengan unik pada masa sebenar melalui sumber dan saluran data berbeza
  • Mencipta pengalaman diperibadikan 1:1 untuk setiap pengguna merentas pelbagai saluran pemasaran
  • Mengaturkan perjalanan pelanggan individu pada saluran yang betul dan pada masa yang tepat menggunakan enjin AI terbina dalam proprietari yang dikenali sebagai Ramanujan

Beribu pejabat di Bangalore, Lemnisk mempunyai pejabat-pejabat di Singapura, Dubai dan Boston. Lemnisk mendapat perakuan ISO 27001 dan ISO 27018.

Hubungi: 
Rahul Thomas Mathew
Naib Presiden – Pemasaran dan Perkongsian Strategik
rahul.mathew@lemnisk.co
+91-70191-82094

Source: Lemnisk Private Limited
Related Links:
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Social Media New products/services Data Analytics