omniture

SKF Lancar Smart Supplier 4.0 Gen 2: Pertimbangkan semula penyelenggaraan mesin

Mendigitalkan penyelenggaraan pencegahan untuk industri ringan di Asia Tenggara dan Australia kini lebih dapat dicapai berbanding sebelum ini. Generasi kedua program SKF yang popular mempertimbangkan semula status quo bagi memastikan pengesanan awal masalah dengan pemeriksaan yang dipermudahkan, analisis pakar dan laporan terperinci untuk semua.
SKF Group
2020-07-10 21:22 1006

KUALA LUMPUR, Malaysia dan SYDNEY, 10 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Smart Supplier 4.0 Gen 2, program Penilaian Keadaan Aset Digital yang dilancarkan oleh SKF Asia Tenggara, membantu pengguna untuk bekerja dengan lebih pintar, lebih mudah dan dengan cara yang lebih berkesan kos. Ia melakukan kesemua ini dengan membolehkan pengguna untuk mengesan punca kegagalan yang mungkin dalam mesin mereka lebih awal, agar langkah-langkah reparatif dapat diambil sebelum operasi terjejas. Program ini paling baik dimanfaatkan oleh industri ringan sebagai aras permulaan menuju penyelenggaraan didigitalkan, memberikan pelanggan dengan platform untuk memulakan perjalanan Pengindustrian 4.0 mereka.

Smart Supplier 4.0 Gen 2 didatangkan dengan alat pegang proprietari kami untuk pengumpulan data segera
Smart Supplier 4.0 Gen 2 didatangkan dengan alat pegang proprietari kami untuk pengumpulan data segera

Program ini menggunakan SKF Quick-Collect Sensor yang terhubung secara tanpa wayar ke aplikasi mudah alih SKF untuk mengukur data terlebih dahulu daripada mesin. Data yang dikumpul kemudiannya dimuat naik ke awan dan dihantar ke Pusat Prestasi Peralatan Putar SKF untuk dianalisis oleh jurutera keandalan pakar. Akhir sekali, laporan terperinci mengenai isu dan jalan tindakan yang disyorkan diberikan.

Smart Supplier 4.0 Gen 2 didatangkan dengan 3 pakej berbeza, setiap satu lebih maju berbanding yang terakhir. Dinamakan sebagai "QuickPulse", "QuickPro" dan "QuickPro+", ia merupakan pakej-pakej Pemula, Pertengahan dan Lanjutan yang ditawarkan, kesemua mengikut susunan ini. Pendaftaran yang dibuat dengan salah satu daripadanya melayakkan pengguna ke Quick-Collect Sensor, langganan aplikasi mudah alih SKF dan laporan penilaian yang terperinci. Ciri-ciri tambahan turut disediakan, bergantung pada pakej yang didaftarkan.

Dengan mempertimbangkan semula cara mesin diselenggara, SKF bukan sahaja dapat mengelakkan masa henti yang tidak dirancang, ia juga terbukti kritikal dalam:

  • Meningkatkan keandalan dan menambah baik prestasi mesin.
  • Menambah baik pengurusan pelinciran untuk memanjangkan jangka hayat mesin.
  • Meningkatkan pengoptimuman inventori bagi mengurangkan lebihan stok.
  • Menurunkan kos penyelenggaraan keseluruhan.
  • Meningkatkan produktiviti melalui program penyelenggaraan didigitalkan.

"Pelanggan industri ringan kami akan mendapat paling banyak manfaat dalam program penyelenggaraan didigitalkan aras permulaan ini. Ia menyediakan mereka dengan pendekatan holistik untuk mendigitalkan penyelenggaraan daripada strategi penyelenggaraan semasa mereka," kata Gavin Garland, Pengarah Kawasan, Asia Tenggara.

Untuk maklumat lanjut dan spesifikasi, sila berbincang dengan Pengedar Sah SKF atau Wakil Jualan SKF di Asia Tenggara dan Australia.

Aktiebolaget SKF
  (publ)

Misi SKF adalah untuk menjadi peneraju yang tidak dapat dipertikaikan dalam perniagaan galas. SKF menawarkan penyelesaian sekitar aci putar, termasuk galas, pengedap, pengurusan pelinciran, perkhidmatan pemantauan dan penyelenggaraan keadaan. SKF diwakili di lebih 130 negara dan mempunyai sekitar 17,000 lokasi pengedar di seluruh dunia. Jualan tahunan pada tahun 2019 mencecah SEK 86 013 juta dan bilangan pekerja adalah seramai 43 360 orang. www.skf.com

® SKF ialah tanda dagangan berdaftar SKF Group.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200708/2851544-1?lang=0

Source: SKF Group
Keywords: Machinery Mining/Metals New products/services