omniture

Merck Buka Pusat Kolaborasi M Lab™ Terbesar di Shanghai

Merck
2020-07-10 21:47 763

-- Fokus untuk meningkatkan dan mengoptimumkan penemuan, pembangunan dan pembuatan ubat-ubatan

-- Makmal bersepadu dengan penyelesaian boleh disesuaikan, perkhidmatan pengesahan, latihan dan aplikasi amali

-- Pusat Shanghai ialah penambahan terbaharu dan terbesar kepada rangkaian global Merck dengan sembilan Pusat Kolaborasi M Lab™

DARMSTADT, Jerman, 10 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, membuka Pusat Kolaborasi M Lab™ di Shanghai, pusat terbesar milik syarikat daripada sembilan pusat di seluruh dunia.

The new M Lab™ Collaboration Center in Shanghai includes an integrated lab with customizable solutions, validation services, training and hands-on applications to help advance drug development.
The new M Lab™ Collaboration Center in Shanghai includes an integrated lab with customizable solutions, validation services, training and hands-on applications to help advance drug development.

"Dengan industri farmaseutikal yang berkembang pesat di Asia dan penekanan yang lebih besar diberikan pada terapi ubat-ubatan baharu, kami dapat melihat peningkatan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap rawatan terkini termasuk terapi sel dan gen di China," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Pusat Kolaborasi M Lab™ kami menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan yang boleh disesuaikan yang membantu syarikat-syarikat biofarmaseutikal dan biologik mempertingkatkan proses mereka bermula daripada penemuan, pembangunan hinggalah pembuatan ubat-ubatan — menjimatkan kos dan meningkatkan kepantasan untuk dibawa ke pasaran."

Dengan jumlah saiz makmal kira-kira seluas 10,000m2, Pusat Kolaborasi M Lab™ terbaharu daripada Merck ini terletak di Pudong, di tengah-tengah komuniti sains dan penyelidikan bioperubatan di Shanghai.

Pusat Kolaborasi M Lab™ baharu di Shanghai menawarkan penyelesaian yang boleh disesuaikan khusus untuk komuniti Sains Hayat China bagi membantu memajukan pembangunan ubat-ubatan. Ia termasuk makmal sokongan Skala Perintis dan Pembangunan Proses yang menawarkan ruang makmal bukan-GMP (Amalan Pengilangan yang Baik) yang mana pengeluar farmaseutikal dan biofarmaseutikal boleh meneroka idea, mempelajari teknik inovatif dan bekerja bersama-sama saintis dan jurutera syarikat untuk mengatasi cabaran pembangunan dan pengeluaran proses yang kritikal. Pelanggan boleh mengambil bahagian dalam demonstrasi produk, latihan amali, kursus dan eksperiman pendidikan biopemprosesan formal, selain mengaplikasikan amalan terbaik dan pendekatan baharu untuk membangunkan, mengoptimumkan dan meningkatkan proses serta memudahkan pemindahan teknologi global.

Pelanggan juga akan dapat memanfaatkan tawaran Merck yang berikut:

  • Perisian Pengurusan Makmal: Platform digital ini membantu saintis meningkatkan kecekapan dan proses dengan mengautomasikan aliran kerja dan menghubungkan instrumen awan melalui awan. Perisian ini memusatkan maklumat penyelidikan, bagi membolehkan penyelidik untuk mengelakkan diri daripada memindahkan dan mendokumentasikan data secara manual, meningkatkan produktiviti dan membantu mereka untuk mengelakkan kesilapan yang berkos tinggi.
  • Kemudahan Media Kultur Sel Tersuai: Kemudahan ini membangunkan media kultur sel, yang digunakan dalam penghasilan biofarmaseutikal dan akan digunakan untuk pengeluaran perintis bukan-GMP.
  • Kemudahan Rumusan Dos Pejal: Kemudahan ini membantu memastikan ubat-ubatan dalam bentuk tablet/kapsul/serbuk mengandungi eksipien berkualiti tinggi dan bahan farmaseutikal aktif. Kemudahan ini akan menyokong pelanggan di China dan seluruh dunia.

Di samping itu, pusat ini akan menyediakan kemudahan pembuatan GMP Penyelesaian Hujung-ke-Hujung BioReliance® baharu yang menawarkan perkhidmatan organisasi pembuatan pembangunan kontrak kepada pelanggan di China dan Asia-Pasifik.

Sebagai penginovasi yang terkemuka dalam industri farmaseutikal dan biofarmaseutikal, Merck komited untuk memainkan peranan yang aktif dalam transformasi China menjadi ekonomi dipacu-inovasi. Melalui pusat baharu ini, Merck akan bekerjasama dengan pelanggan tempatan dan serantau untuk meningkatkan kualiti dan keselamatan ubat-ubatan serta menyediakan latihan dan juga pemindahan pengetahuan.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel dan dalam masa yang sama turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila kunjungi www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck 

Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 56,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik untuk merawat penyakit yang paling mencabar hinggalah mendayakan kecerdasan peranti, Merck berada di merata tempat. Pada tahun 2019, Merck menjana jualan sebanyak €16.2 bilion di 66 negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan yang bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak ditubuhkan pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan Merck beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1200596/milliporesigma_m_lab_shanghai.jpg?p=medium600

 

Source: Merck
Keywords: Health Care/Hospital Health Insurance Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals