omniture

AMN Lepasi Tanda Aras 1 Bilion Panggilan Telefon Setiap Tahun

Africa Mobile Networks (AMN)
2020-07-13 09:00 328

LONDON, 12 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Africa Mobile Networks (AMN) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia kini memproses lebih daripada 1 bilion panggilan telefon setiap tahun untuk pelanggan di kawasan luar bandar yang dahulunya tidak terhubung di Afrika Sub-Sahara.

AMN 20m tower in DRC
AMN 20m tower in DRC

Pada Jun 2020, AMN memproses 91,623,222 panggilan suara, mewakili kadar tahunan 1.1 bilion panggilan setiap tahun, berserta hampir 6 terabait (6,000 GB) data. Perkhidmatan ini disediakan kepada pengguna luar bandar di Afrika Sub-Sahara yang dahulunya tidak terhubung di kebanyakan kawasan sebelum pelaburan yang dibuat oleh AMN dalam infrastruktur rangkaian mudah alih. AMN kini memiliki dan mengendalikan kira-kira 1,200 stesen utama yang menawarkan perkhidmatan kepada penduduk seramai 4 juta orang di 8 negara: Nigeria, DRC, Cameroon, Guinea, Zambia, Bissau, Liberia dan Congo. Perkhidmatan rangkaian mudah alih 2G/3G/4G disediakan oleh AMN bagi pihak pengendali rangkaian mudah alih berlesen tahap-1 di setiap negara.

AMN memasang stesen utama yang baharu pada kadar kira-kira 200 sebulan dan pada penghujung tahun 2020 akan mempunyai hampir 2,000 stesen utama. AMN akhirnya bermatlamat untuk membawa perkhidmatan rangkaian mudah alih kepada lebih 60 juta orang sehingga di 30 negara dengan lebih 20,000 stesen utama. Penyelesaian daripada AMN bersifat merata 100%, tanpa sekatan ekoran kuasa atau sambungan angkut balik dan boleh digunakan di mana-mana lokasi dalam seluruh benua tersebut tanpa pengecualian.

Kejayaan AMAN telah dibina berdasarkan penyelesaian perbelanjaan modal (capex) dan perbelanjaan operasi (opex) yang sangat rendah serta model komersial Rangkaian-sebagai-satu-Perkhidmatan yang inovatif dan siap guna sepenuhnya, yang membolehkan AMN untuk membawa perkhidmatan rangkaian mudah alih dengan perbelanjaan yang sedikit ke komuniti lebih kecil berbanding yang pernah dapat dilakukan sebelum ini. AMN kini dapat menawarkan perkhidmatan kepada komuniti sekecil 500 orang dengan kemampanan ekonomi jangka panjang. Semua pengendali tahap-1 pan-Afrika utama bekerjasama dengan AMN untuk memperluaskan liputan rangkaian mereka jauh ke kawasan luar bandar Afrika. AMN menawarkan model NaaS siap guna dengan model kongsi-pendapatan dan komersial opex untuk pengendali, yang mana model kongsi-pendapatan bererti tiada risiko opex serta tiada pelaburan capex untuk pengendali dan model opex membolehkan tapak dibina di mana-mana lokasi yang ditentukan oleh pengendali.

Latar Belakang AMN 

Africa Mobile Networks, ditubuhkan pada tahun 2013, beribu pejabat di UK dengan syarikat-syarikat operasi subsidiari di 10 negara di Afrika Sub-Sahara. Visi AMN adalah agar tiada satu komuniti daripada sebarang saiz di Afrika yang tidak mendapat akses yang berpatutan untuk perkhidmatan telekomunikasi suara dan data yang penting. Misi AMN adalah untuk membina lebih daripada 20,000 stesen utama rangkaian mudah alih, membawakan perkhidmatan telekomunikasi 2G, 3G dan 4G (dan kemudiannya 5G) kepada komuniti yang sebelum ini tidak terhubung. AMN disokong oleh Intelsat, pengendali bagi rangkaian satelit dan darat bersepadu yang terbesar di dunia, sebagai pelabur, pemegang saham dan penyedia bagi akses kepada kapasiti satelit yang berkualiti tinggi dan berdaya pemprosesan tinggi di seluruh Afrika. AMN menikmati jalinan perkongsian yang kukuh bersama syarikat gergasi internet global bagi mempercepatkan kemasukan perkhidmatan 3G/4G bagi menyediakan pengguna luar bandar dengan akses kepada aplikasi maklumat dan media sosial yang sama yang dinikmati oleh seluruh pelosok dunia.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1213012/amn_20m_tower_drc.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1213013/amn_12m_tower_zambia.jpg?p=medium600

 

AMN 12m tower in Zambia
AMN 12m tower in Zambia

 

 

 

 

Source: Africa Mobile Networks (AMN)
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services