omniture

Herta Lancar Teknologi COVID-19 Baharu untuk Kebiasaan Baharu

Herta
2020-07-13 14:30 439

Firma pengecaman wajah terkemuka lancar analitik video baharu tingkatkan sekuriti dan keselamatan dalam era pasca pandemik baharu 

BARCELONA, Sepanyol, 13 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Herta, syarikat pengecaman wajah berpangkalan di Barcelona, baru-baru ini melancarkan rangkaian penyelesaian baharu yang akan membantu perniagaan dan industri beradaptasi dengan kebiasaan baharu.

COVID solutions Herta
COVID solutions Herta

Dianugerahkan dengan 'Seal of Excellence' Respons COVID-19 oleh Suruhanjaya Eropah, aplikasi baharu daripada Herta membolehkan pemantauan jarak sosial, kawalan penghunian, pengesanan pelitup muka dan pengecaman wajah dibuat walaupun apabila orang ramai memakai pelitup muka.

Teknologi daripada Herta dicirikan dengan memiliki reputasi yang terbaik, menerusi projek sekuriti yang sebenar dan berskala besar di seluruh dunia. Dengan memperluaskan rangkaian produk mereka, syarikat ini menyasarkan untuk mengukuhkan misi mereka: meningkatkan keselamatan dunia dengan membina penyelesaian visi komputer mesra pengguna. Dengan aplikasi baharu ini, Herta pastinya akan membantu organisasi mematuhi peraturan keselamatan COVID-19 baharu serta memenuhi keperluan yang timbul dalam kebiasaan baharu ini.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1213066/covid_solutions_herta.jpg?p=medium600

 

Source: Herta
Keywords: Biometrics Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services Public Safety Data Analytics