omniture

Microsoft umum pemenang dan finalis Anugerah Rakan Kongsi Terbaik Tahunan 2020

Microsoft Corporation
2020-07-14 01:00 417

Rakan-rakan kongsi diiktiraf untuk penyelesaian inovatif dan menjadikannya lebih mungkin untuk pelanggan seluruh dunia       

REDMOND, Washington, 13 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Pada hari Isnin, Microsoft Corp. mengumumkan pemenang dan finalis bagi Anugerah Rakan Kongsi Terbaik Tahunan 2020 Microsoft. Anugerah tahunan ini mengiktiraf rakan-rakan kongsi Microsoft yang menunjukkan kecemerlangan dalam inovasi dan pelaksanaan penyelesaian pelanggan berasaskan teknologi Microsoft. Pemenang dan finalis anugerah ini dari seluruh dunia akan diberi pengiktirafan di Microsoft Inspire digital pertama seumpamanya, pada 21-22 Julai 2020.

Microsoft company logo.
Microsoft company logo.

Tahun ini, Microsoft memberi pengiktirafan kepada rakan kongsi dalam 49 kategori bagi meraikan setiap bidang penyelesaian, industri dan sektor seluruh dunia yang mana teknologi Microsoft digunakan. Microsoft memperkenalkan sepuluh kategori baharu pada tahun ini, termasuk Anugerah Respons Komuniti pertama seumpamanya, yang mengiktiraf rakan-rakan kongsi yang telah membuat perubahan besar, menyediakan perkhidmatan atau penyelesaian yang inovatif dan unik bagi membantu menyelesaikan masalah untuk pelanggan dan komuniti kami semasa waktu yang belum pernah terjadi sebelumnya ini.

Finalis dan pemenang bagi semua Anugerah Rakan Kongsi Terbaik Tahunan Microsoft dipilih daripada lebih 3,300 pencalonan, yang dikumpul daripada lebih 100 negara berbeza di seluruh dunia berdasarkan komitmen mereka kepada pelanggan, kesan penyelesaian mereka ke atas pasaran dan penggunaan teknologi Microsoft yang dapat memberi contoh.

"Ini merupakan satu penghormatan untuk mengiktiraf pemenang dan finalis Anugerah Rakan Kongsi Terbaik Tahunan 2020 Microsoft," kata Gavriella Schuster, naib presiden korporat, One Commercial Partner, Microsoft. "Rakan-rakan kongsi ini melakukan lebih daripada apa yang dijangkakan, membawa penyelesaian yang tepat pada masanya yang dapat menangani cabaran rumit yang dihadapi oleh perniagaan di seluruh dunia — bermula dengan berkomunikasi dan berkolaborasi secara maya hinggalah membantu pelanggan merealisasikan potensi penuh mereka dengan perkhidmatan awan Azure dan selanjutnya. Saya berbangga dapat memberi penghormatan dan mengucapkan tahniah kepada setiap pemenang dan finalis."

Butiran tambahan mengenai Anugerah Rakan Kongsi Terbaik Tahunan 2020 Microsoft disediakan di blog Microsoft Partner Network oleh Gavriella Schuster: https://blogs.partner.microsoft.com/mpn/congratulations-to-the-2020-microsoft-partner-of-the-year-awards-winners-and-finalists/.

Senarai lengkap kategori, pemenang dan finalis, termasuk pemenang Anugerah Rakan Kongsi Negara Terbaik Tahunan Microsoft bagi tahun 2020, disediakan di https://aka.ms/POTYA_WinnersFinalist_List. Untuk maklumat lanjut kunjungi https://partner.microsoft.com/en-us/inspire/awards.

Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) mendayakan transformasi digital untuk era awan pintar dan pinggir pintar. Misinya adalah untuk memperkasa setiap individu dan setiap organisasi di bumi ini untuk mencapai lebih lagi.

Latar Belakang Microsoft Inspire

Microsoft Inspire menyediakan komuniti rakan kongsi Microsoft dengan akses kepada strategi pemasaran dan perniagaan utama, kepimpinan, dan maklumat berhubung penyelesaian pelanggan khusus yang direka untuk membantu rakan-rakan kongsi berjaya dalam pasaran. Microsoft Inspire menyediakan rakan-rakan kongsi dengan peluang pembelajaran informatif meliputi jualan, pemasaran, perkhidmatan dan teknologi. Maklumat lanjut boleh didapati di https://partner.microsoft.com/en-us/inspire.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/24227/microsoft_corp_logo226_9217jpg.jpg?p=medium600  

Source: Microsoft Corporation
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards Future Events