omniture

Tronsmart Jadi Pengusaha Baharu dalam Pasaran Fon Telinga Tanpa Wayar TrueWireless Pembatal Hingar Aktif Hibrid Dengan Apollo Bold

Tronsmart
2020-07-14 08:00 367

Tronsmart sekali lagi bekerjasama dengan syarikat cip Qualcomm® untuk melancarkan Apollo Bold

SHENZHEN, China, 14 Julai 2020 /PRNewswire/ -- TrueWireless telah menjadi suatu trend yang hangat sejak Apple melancarkan AirPods. Tronsmart melancarkan fon telinga tanpa wayarnya sendiri Onyx Ace empat bulan lalu yang menerima maklum balas yang sangat positif dari seluruh dunia. Syarikat-syarikat media seperti Forbes berkata ia merupakan: "Alternatif Apple AirPods." Revolusi industri ini telah mengubah tabiat orang ramai. Ketika orang ramai baru sahaja terbiasa dengan fon telinga tanpa wayar TrueWireless, Apple mengumumkan AirPods Pro yang menyokong pembatalan hingar aktif. Menurut kajian yang dijalankan oleh Tronsmart, pembatalan hingar aktif merupakan ciri yang paling penting untuk 36% orang apabila menilai sama ada fon telinga tanpa wayar TrueWireless bagus atau tidak. Kemunculan AirPods Pro telah menggamit perhatian dunia; bahkan Sony turut tidak ketinggalan. Sebagai syarikat cip TWS yang terbesar, Qualcomm® juga tidak terkecuali.

 

Tronsmart
Tronsmart

 

Bagi mendapatkan sebahagian daripada peluang pasaran, Qualcomm® memilih untuk bekerjasama dengan rakan lamanya Tronsmart untuk mencipta Apollo Bold. Kali ini, Qualcomm mengaplikasikan cip terbaiknya QCC5124 yang belum pernah lagi digunakan dalam mana-mana produk, bagi menyokong fon telinga tanpa wayar pembatal hingar aktif hibrid yang pertama daripada Tronsmart. Apollo Bold dikeluarkan oleh Grandsun, salah sebuah kilang pemprosesan cip Qualcomm® yang terbesar.

Menurut Qualcomm®, QCC5124 yang digunakan pada Tronsmart Apollo Bold boleh menyokong pembatalan hingar aktif dan pemprosesan isyarat Bluetooth, menjadikan kedua-dua ciri mencapai prestasi yang terbaik tanpa sebarang gangguan. Meskipun model-model ANC yang lain dalam pasaran perlu menggunakan dua cip untuk isyarat Bluetooth dan pembatalan hingar aktif, Tronsmart Apollo Bold direka bentuk dengan teknologi pembatalan hingar hibrid (Suap ke Depan & Suap Balik) yang boleh membatalkan julat hingar yang luas dan sempit bagi mencapai kesan terbaik. Tidak seperti model-model biasa yang hanya dapat membatalkan hingar sehingga 25-28dB, Tronsmart Apollo Bold dapat mencapai pembatalan hingar sehingga 35dB.

Tronsmart Apollo Bold menggunakan teknologi penghantaran isyarat segerak TrueWireless™ Stereo Plus bagi memastikan fon telinga tanpa wayar sebelah kiri dan kanan menerima isyarat Bluetooth secara serentak. Kebanyakan fon telinga tanpa wayar TWS termasuk AirPods Pro menggunakan teknologi stereo TrueWireless maka fon telinga tanpa wayar utama akan menerima isyarat terlebih dahulu dan kemudian menghantarnya ke fon telinga tanpa wayar satu lagi, yang menyebabkan lengahan.

Spesifikasi produk yang selanjutnya:

  • Pemacu grafena tersuai berfungsi dengan penyahkodan aptX™ untuk kualiti bunyi yang hebat
  • Enam mikrofon berserta teknologi cVc memastikan kualiti bunyi dan panggilan terbaik
  • Antena laser LDS menyediakan sambungan mantap
  • Tiga mod penggunaan: ANC, muzik dan ketelusan, membolehkan pengguna untuk menikmati muzik di mana-mana, pada bila-bila masa
  • Waktu main lebih 30 jam dengan bekas pengecasan (lebih 10 jam untuk sekali cas) dan ia memberi 6 jam lebih banyak masa pengalaman berbanding AirPods
  • Ciri pengesanan dalam-telinga membawa pengalaman yang lebih mudah
  • Produk canggih yang boleh mengalahkan Apple AirPods Pro ini hanya berharga 46% daripada pesaingnya.

Pautan Produk: https://bit.ly/2Of8yTa

Terima kasih atas semua sokongan pelanggan. Tronsmart menyediakan hadiah pelancaran (Tarikh tersedia: 15 Julai – 31 Julai) untuk Apollo Bold. Sila lawati: https://www.tronsmart.com/all-for-music.htm

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1201215/tronsmart_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1201216/tronsmart_2.jpg?p=medium600

Hubungi Perhubungan Awam:
Alais Wang
Pengarah Pemasaran
Ibu Pejabat Tronsmart
marketing@tronsmart.com
+86-755-23603740

Tronsmart
Tronsmart

 

Source: Tronsmart
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Retail Semiconductors Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Joint ventures New products/services