omniture

Airbiquity dan YESWAY Jalin Kerjasama Bawakan Kemas Kini Perisian Melalui-Udara Gred Automotif kepada Pembuat Auto Cina

Airbiquity
2020-07-14 16:00 424

YESWAY Akan Mewakili dan Menyokong Penyelesaian OTAmatic Airbiquity di China untuk Kenderaan Terhubung Cina Generasi Seterusnya

SEATTLE, 14 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Airbiquity®, peneraju dan perintis global bagi penyampaian perkhidmatan kenderaan terhubung, hari ini mengumumkan satu perkongsian dengan YESWAY, pengendali perkhidmatan automotif dan penyedia penyelesaian bersepadu Cina yang terkemuka. Melalui perkongsian ini, YESWAY akan menambah perisian melalui-udara (OTA) OTAmatic® Airbiquity dan penyelesaian pengurusan data pada Platform Automotif YESWAY serta mewakili dan menyokong OTAmatic Airbiquity dalam pasaran automotif Cina.

Perkongsian yang unik ini akan membolehkan pembuat auto Cina menilai, mengintegrasikan dan menggunakan teknologi OTA Airbiquity yang utama dalam industri dengan lebih mudah untuk kenderaan terhubung masa depan. OTAmatic membolehkan pembuat auto untuk mengatur dan mengautomasikan kemas kini perisian kenderaan terhubung yang amat diskalakan dengan selamat dan kempen pengurusan data daripada awan. Dengan OTAmatic, pembuat auto boleh merancang dan melaksanakan kempen OTA dengan cekap menerusi penyasaran kenderaan dan peranti yang sangat terperinci, kawalan dasar dan privasi yang diskret, komunikasi pengguna yang boleh disesuaikan dan kefleksibelan penggunaan penyelesaian.

"Airbiquity teruja untuk bekerjasama dengan YESWAY bagi memperluaskan penyelesaian OTAmatic kami kepada pembuat auto Cina," kata Kamyar Moinzadeh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Airbiquity. "Pasaran Cina mewakili peluang perniagaan yang besar dan kami yakin bahawa Platform Automotif YESWAY yang dipertingkatkan dengan OTAmatic akan membolehkan pembuat auto Cina yang terkemuka memanfaatkan OTA dengan lebih mudah untuk membezakan kenderaan mereka berbanding pesaing dan memenuhi kehendak pelanggan mereka."

"Kami berasa gembira untuk mengumumkan perkongsian bersama Airbiquity ini," kata Wenli Zhu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif YESWAY. "Pembuat Cina tidak sabar-sabar untuk menilai dan menggunakan sistem OTA yang mantap untuk kenderaan terhubung generasi seterusnya – tetapi juga ingin bekerjasama dengan syarikat-syarikat Cina yang dapat memudahkan proses penyepaduan dan sokongan teknologi. Perkongsian ini membolehkan YESWAY untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pembuat auto Cina dan membantu mereka mencapai matlamat teknologi dan program kenderaan terhubung mereka."

Untuk maklumat lanjut mengenai Airbiquity dan OTAmatic kunjungi http://www.airbiquity.com.

Latar Belakang Airbiquity
Airbiquity® ialah perintis bagi teknologi perisian telematik automotif dan penyampaian perkhidmatan kenderaan terhubung berasaskan awan. Sentiasa mendepani inovasi automotif, Airbiquity mengkonsepsikan, merekayasa dan menggunakan penyelesaian kenderaan terhubung yang paling canggih dalam industri ini. Bekerjasama dengan Airbiquity, pembuat auto dan pembekal automotif telah merealisasikan program kenderaan terhubung yang amat diskalakan, mudah diurus dan selamat bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka di lebih 60 negara seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut mengenai Airbiquity di www.airbiquity.com atau sertai perbualan @Airbiquity.

Latar Belakang YESWAY
YESWAY ialah penyedia perkhidmatan telematik yang pertama seumpamanya di China yang menyediakan penyelesaian telematik hujung-ke-hujung dan perkhidmatan operasi untuk pembuat auto antarabangsa dan domestik dalam pasaran Cina. YESWAY memiliki pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta operasi yang bebas dengan lesen dan sijil yang lengkap untuk menyediakan semua perkhidmatan yang terdapat dalam syarikat ini. Sehingga tahun 2019, YESWAY menyediakan perkhidmatan untuk lebih daripada 30 jenama kenderaan menerusi lebih daripada 400 model dan mempunyai hubungan yang baik bersama semua pelanggan. Pada masa ini, YESWAY menyediakan perkhidmatan kepada lebih 3 juta pengguna akhir.

HUBUNGI:
Cara DiFabio
airbiquity@barokas.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/177305/airbiquity_logo.jpg?p=medium600  

Source: Airbiquity
Keywords: Auto Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Transportation Licensing/marketing agreements Data Analytics