omniture

App Annie Ascend Serlahkan Pengiklanan dan Pengewangan Mudah Alih

App Annie
2020-07-14 20:33 383

SAN FRANCISCO, 14 Julai 2020 /PRNewswire/ -- App Annie, syarikat data mudah alih dan analitik yang terkemuka, hari ini mengumumkan ketersediaan App Annie Ascend. Ini akan memperkenalkan suit prestasi mudah alih pertama yang menyediakan data pasaran aplikasi serta analitik pengiklanan. Semua ini dikuasakan oleh sains data dan memperoleh pandangan daripada data penanda aras.

 

Introducing App Annie Ascend — enabling publishers and brands to drive digital performance and stay on top of ad revenue and acquisition targets.
Introducing App Annie Ascend — enabling publishers and brands to drive digital performance and stay on top of ad revenue and acquisition targets.

 

Jenama dan penerbit berusaha untuk mengoptimumkan pendapatan iklan dan pemerolehan pengguna dengan sumber data terpecah-pecah daripada pengiklanan bahagian permintaan dan bekalan. Hari ini, hal ini dilaksanakan dengan pergantungan yang kuat terhadap agensi, IT dan pasukan dalaman yang besar dengan menumpu untuk memacu nilai buat pengguna mereka. Prestasi mudah alih B2B2C memerlukan titik kawalan tunggal yang menyatukan semua sumber data iklan untuk pandangan lurus yang jelas terhadap ROI. Ini memerlukan pencerahan untuk metrik misi kritikal seperti kos pemerolehan pelanggan, nilai sepanjang hayat dan perbelanjaan pulangan terhadap iklan. App Annie Ascend menggabungkan data iklan ke dalam satu sistem teratur dan menghapuskan kerumitan yang perlu dipertimbangkan.

"Ascend menghapuskan beban mengintegrasikan, menyelenggara dan sentiasa mengemas kini berpuluh-puluh API, membolehkan kami untuk memberi tumpuan pada apa yang penting: mencapai KPI kami dan meningkatkan kempen kami. Hasil daripada pandangan kritikal yang diberikan oleh Ascend, melalui alat pelaporan yang dihasilkan dengan baik, ia menjadi bahagian yang penting dalam infrastruktur analitik pemasaran kami," kata Spiros Christakopoulos, Pengarah Pemasaran, Reddit. 

"Kami berbangga dapat menjadi syarikat pertama yang menawarkan paparan mudah alih secara bersebelahan bagi data pasaran dan analitik anda sendiri bagi memaksimumkan prestasi. App Annie Ascend membolehkan penerbit dan jenama di seluruh dunia menggabungkan dengan mudah sumber data iklan yang berbeza, mengumpulkannya ke dalam satu paparan dan mendorong pandangan yang boleh diambil tindakan," kata Ted Krantz, Ketua Pegawai Eksekutif, App Annie

"Kombinasi antara Kecerdasan App Annie dan Ascend membantu kami mengurus strategi produk mudah alih dan pengiklanan kami dalam satu tempat. Kecerdasan membolehkan kami untuk mengesan trend dan peristiwa dalam pasaran, mengenal pasti rakan kongsi yang hebat dan ini dapat membantu kami meningkatkan pengalaman pengusaha kami. Ascend merupakan alatan terbaik dalam bidang ini untuk mengesan dan memantau pengewangan iklan, yang dapat membantu kami mengoptimumkan pengewangan iklan kami setiap hari," kata Josh Yguado Pengasas Bersama, Ketua Pegawai Operasi dan Presiden Jam City. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai App Annie Ascend, kunjungi www.appannie.com/ascend

Latar Belakang App Annie

App Annie ialah platform data mudah alih dan analitik yang paling dipercayai dalam industri. Misi App Annie adalah untuk membantu pelanggan mencipta pengalaman mudah alih yang berjaya dan mencapai kecemerlangan. Ditubuhkan pada tahun 2010, syarikat ini melancarkan penyelesaian data pasaran mudah alih yang pertama. Pada tahun 2020, App Annie melancarkan Ascend, penyelesaian analitik pengiklanan, menjadikannya syarikat pertama dalam bidangnya yang menawarkan paparan data pasaran secara bersebelahan dan data syarikat sendiri untuk menyokong keputusan perniagaan misi kritikal. Penyelesaian ini bersama-sama merangkumkan platform prestasi mudah alih yang paling lengkap dalam industri. Lebih daripada 1,100 pelanggan perusahaan dan 1 juta pengguna berdaftar merentas seluruh geografi dan industri bergantung pada App Annie untuk memacu perniagaan mudah alih mereka. Syarikat ini beribu pejabat di San Francisco yang mempunyai 12 pejabat di seluruh dunia.

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1214194/app_annie_social_ascend.jpg?p=medium600  
Video - https://www.youtube.com/watch?v=S9ny2aPn9k4

 

 

 

 

Source: App Annie
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Data Analytics