omniture

Invivoscribe Lancar Bahagian Baharu untuk Pembangunan Ubat-ubatan. Lesenkan Perencat Molekul Kecil daripada Domainex untuk Rawat Leukemia Mieloid Akut

Invivoscribe, Inc.
2020-07-15 06:49 305

SAN DIEGO dan SAFFRON WALDEN, United Kingdom, 15 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Invivoscribe, Inc., perintis industri dan peneraju global dalam bidang diagnostik jitu mengumumkan pelancaran enjin pembangunan ubat-ubatan yang bersepadu sepenuhnya. Enjin baharu ini akan bergabung dengan kepakaran dalamannya dalam pembangunan diagnostik dan akses seluruh dunia untuk pesakit dan keupayaan ujian klinikal bagi mempercepatkan pembangunan ubat-ubatan.

Bahagian terapeutik Invivoscribe turut mengumumkan pada hari ini bahawa syarikat mempunyai teknologi berlesen yang melibatkan molekul praklinikal dan molekul kecil berkaitan daripada Domainex Ltd. Domainex ialah syarikat perkhidmatan penemuan ubat-ubatan bersepadu yang berkembang pesat dan mantap di UK yang menggunakan teknologi proprietari, baharunya untuk membangunkan program molekul kecil yang pertama dalam kelas terhadap enzim yang sukar disasarkan. Di bawah perjanjian lesen, Invivoscribe akan membangunkan dan mengkomersialkan molekul tertentu yang dihasilkan oleh Domainex sebagai agen imunoterapi oral bagi merawat kemaglinanan hematologi, termasuk leukemia mieloid akut. Aspek-aspek kewangan keseluruhan daripada perjanjian ini termasuk bayaran pendahuluan dan bayaran mengikut tahap kemajuan yang seterusnya berdasarkan pelbagai fasa pembangunan ubat-ubatan, penyerahan pengawalseliaan dan pengkomersialan, termasuk royalti terhadap produk komersial yang dihasilkan.

"Pelancaran Invivoscribe Therapeutics merupakan langkah seterusnya yang jelas untuk Invivoscribe. Kami telah menghimpunkan pasukan pakar pembangunan ubat-ubatan yang luar biasa dengan pengalaman selama berdekad-dekad memimpin penemuan, pembangunan praklinikal dan mengarahkan sains farmasi. Mereka begitu mahir dalam mengambil molekul kecil melalui semua fasa pemilihan calon menuju percubaan ke atas manusia. Mereka telah menyertai pasukan diagnostik, bioinformatik dan pengawal selia kami yang mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun menggunakan ujian kami untuk membantu syarikat-syarikat farmaseutikal mendapatkan kelulusan untuk ubat-ubatan mereka di seluruh dunia dan jaringan antarabangsa makmal klinikal LabPMM kami dengan akses tersedia untuk pesakit onkologi. Semua interaksi kami dengan Domainex adalah sangat positif dan kami berasa kagum dengan molekul yang ditemui oleh mereka," kata Jeffrey Miller, Ketua Pegawai Saintifik & Ketua Pegawai Eksekutif Invivoscribe.

Dr. Tom Mander, Ketua Pegawai Eksekutif Domainex, menambah, "Perjanjian lesen ini menonjolkan keupayaan luas Domainex bagi menghasilkan molekul dengan potensi sebagai terapi. Kami berbesar hati kerana Invivoscribe telah memutuskan untuk melabur bagi menggerakkan program ini melalui pembangunan ubat-ubatan yang akhirnya kepada proses kelulusan dan pengkomersialan. Perjanjian ini selaras dengan strategi kami untuk mengembangkan perniagaan perkhidmatan penemuan ubat-ubatan kami dengan pesat bagi memperkayakan saluran perhubungan rakan kongsi kami. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua saintis kami yang telah mengusahakan program ini dan mengakui sokongan yang kami terima sepanjang perjalanan ini. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Jeff dan pasukan beliau dengan program ini dan pelancaran bahagian baharu mereka."

Latar Belakang Invivoscribe

Invivoscribe telah menambah baik kehidupan dengan Precision Diagnostics® (Improving Lives with Precision Diagnostics®) selama lebih daripada dua puluh lima tahun, memajukan bidang perubatan jitu dengan membangunkan dan menjual reagen, ujian dan alat bioinformatik terpiawai kepada lebih 700 pelanggan di 160 negara. Invivoscribe turut memberi kesan penting terhadap kesihatan global melalui jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat farmaseutikal bagi mempercepatkan kelulusan ubat dan rawatan baharu dengan menyokong percubaan klinikal antarabangsa, membangunkan, mengkomersialkan diagnostik bantuan dan menyediakan kepakaran dalam perkhidmatan kawal selia dan makmal. Dengan keupayaan terbuktinya bagi menyediakan akses global kepada reagen, kit dan kawalan boleh edar, selain perkhidmatan percubaan klinikal melalui subsidiari makmal klinikal antarabangsa kami (LabPMM), Invivoscribe telah menunjukkan bahawa ia merupakan rakan kongsi yang ideal. Untuk maklumat tambahan sila hubungi Invivoscribe di: customerservice@invivoscribe.com atau kunjungi: www.invivoscribe.com

Latar Belakang Domainex:

Domainex ialah rakan perkhidmatan penyelidikan ubat-ubatan bersepadu yang terkemuka dan memenangi anugerah yang bekerjasama dengan organisasi-organisasi sains hayat yang bercita-cita tinggi dari seluruh dunia. Kami telah menetapkan standard baharu dalam bidang penyelidikan sejak tahun 2001, bekerja secara kolaboratif dengan syarikat-syarikat farmaseutikal dan bioteknologi, yayasan-yayasan pesakit dan juga institusi-institusi akademik yang terkemuka.

Kami menyediakan perkhidmatan biologi dan kimia yang inovatif dan tersuai bagi memajukan projek penyelidikan penyakit rakan kongsi kami, bermula daripada ekspresi sasaran kepada penamaan calon pembangunan praklinikal. Bekerjasama dengan Domainex memaksimumkan peluang kemajuan yang berjaya untuk penyelidikan rakan kongsi kami dan pendekatan kami secara tekal menjimatkan 30% masa yang diperlukan untuk mencari ubat-ubatan baharu apabila dibandingkan dengan purata industri. Keupayaan sains inovatif dan teknikal ekstensif kami membolehkan kami untuk menghasilkan ubat-ubatan baharu bagi merawat penyakit dengan potensi komersial yang mantap. Kami bekerja dengan erat dan secara kolaboratif dengan pelanggan kami untuk memahami aspirasi mereka, membawa idea, pengetahuan dan keluasan pengalaman kami untuk menyokong projek mereka.

Pasukan kami yang sangat berkelayakan dan berpengalaman yang terdiri daripada saintis penyelidikan yang berdedikasi mempunyai keluasan pengetahuan yang tiada tandingan, akses kepada pelbagai jenis teknologi dan rekod prestasi terbukti dalam inovasi yang membuahkan hasil bagi menangani cabaran penyelidikan termasuk dinamakan untuk lebih 60 permohonan paten dan ciptaan pelbagai ubat calon. Kami menyasarkan untuk memberikan hasil yang berjaya dengan cekap dan pantas, menetapkan penanda aras setinggi mungkin dalam penyelidikan ubat-ubatan.

Maklumat lengkap mengenai Domainex dan perkhidmatan kami yang memenangi anugerah boleh ditemui di www.domainex.co.uk.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1019746/Invivoscribe_Logo.jpg?p=medium600

Source: Invivoscribe, Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements