omniture

Kennedy Lewis Investment Management Ambil Rakesh Wilson sebagai Rakan Kongsi

Kennedy Lewis Investment Management LLC
2020-07-15 07:13 304

NEW YORK, 15 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Kennedy Lewis Investment Management LLC ("Kennedy Lewis"), pengurus kredit oportunistik utama, telah mengambil Rakesh Wilson sebagai Rakan Kongsi dan Ketua Sumber Asli, Infrastruktur dan Keadaan Khas.

En. Wilson menyertai Kennedy Lewis daripada Apollo Global Management yang mana beliau merupakan Rakan Kongsi Kanan. Ketika berada di Apollo, En. Wilson memimpin banyak pelaburan ekuiti dan hutang dalam sumber asli dan infrastruktur. Sebelum menyertai Apollo pada tahun 2009, En. Wilson berkhidmat dengan Bahagian Komoditi Morgan Stanley dalam kumpulan pelaburan utama. En. Wilson memulakan kerjaya beliau di Goldman Sachs dalam bahagian penyelidikan ekuiti dan kemudian beralih ke bahagian perbankan pelaburan, di New York dan Asia. En. Wilson menamatkan pengajian daripada University of Texas di Austin yang berkelulusan BA dalam Ekonomi dan menerima MBA beliau daripada INSEAD, Fontainebleau, Perancis.

David Chene dan Darren Richman, Pengasas Bersama Kennedy Lewis, mengulas "Kami berasa teruja untuk mengalu-alukan Rakesh ke dalam pasukan Kennedy Lewis. Kami telah mengenali Rakesh selama bertahun-tahun yang mana selama ini kami sangat mengagumi bakat dan pertimbangan beliau. Beliau merupakan seorang pelabur luar biasa dan individu hebat yang mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai pasaran kredit dan telah membina rekod prestasi yang mengagumkan merentas kitaran. Pasukan dan pelabur kami akan mendapat banyak manfaat daripada pengetahuan luas, pengalaman mendalam dan jaringan luas beliau ketika kami terus mengembangkan platform kami."

En. Wilson dan Dik Blewitt, Rakan Kongsi dan Ketua Tactical Opportunities, akan turut berperanan sebagai Ketua Bersama ESG, bertanggungjawab untuk memimpin inisiatif ESG dan strategi pelaburan impak Kennedy Lewis. Di bawah bimbingan mereka, Kennedy Lewis akan berusaha untuk meningkatkan tumpuan pelaburan ESG sedia adanya serta dasar dan usaha ESG korporat. En. Chene menambah "tema kemampanan, pelaburan dan impak yang bertanggungjawab sambil menjana pulangan yang menarik untuk pelabur kami hanya akan menjadi semakin meningkat dari segi kepentingannya di Kennedy Lewis. ESG terus menjadi keutamaan strategik untuk Kennedy Lewis dan kami berharap dapat berkongsi kemas kini tambahan berhubung usaha ESG kami."

Latar Belakang Kennedy Lewis
Kennedy Lewis ialah pengurus kredit oportunistik yang ditubuhkan pada tahun 2017 oleh David K. Chene dan Darren L. Richman. Firma ini meneroka penyelesaian dipacu peristiwa yang mana pemangkin idiosinkratik boleh menyerlahkan nilainya. Strateginya memberi tumpuan terutamanya pada segmen tertekan dan distres bagi pasaran kredit korporat dan berstruktur di Amerika Utara dan Eropah.

Hubungi: Carly Causey, carly.causey@klimllc.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/710505/KLIM_logo_Logo.jpg?p=medium600

Source: Kennedy Lewis Investment Management LLC
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements