omniture

UL Bantu Majukan Teknologi Simpanan Pemvaksinan dengan Akreditasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia Baharu

UL
2020-07-15 23:33 525

Dengan lonjakan yang dijangkakan terhadap keperluan untuk penyimpanan vaksin sebagai persediaan untuk pelancaran pemvaksinan COVID-19, ujian bertauliah Pertubuhan Kesihatan Sedunia akan membantu OEM penyejukan menjamin keandalan penyejukan dan ketekalan suhu yang mempengaruhi keberkesanan vaksin keseluruhan.

BENGALURU, India, 15 Julai 2020 /PRNewswire/ -- UL, sebuah syarikat sains keselamatan global yang terkemuka, mengumumkan bahawa Makmal Penyejukannya di Gurugram, India, telah menerima akreditasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai makmal ujian pihak ketiga tentuan untuk peralatan penyejukan yang digunakan untuk menyimpan vaksin. Ini termasuk bilik sejuk, bilik penyejuk beku, peti sejuk dan penyejuk beku berkuasa solar, pek pendingin dan peralatan yang berkaitan. Di samping itu, akreditasi WHO membolehkan UL untuk menjalankan ujian jaminan kualiti penuh – pemasangan dan pelaksanaan di tapak – bagi bilik sejuk, bilik penyejuk beku dan peralatan berkaitan serta pendingin.

Akreditasi untuk UL merupakan sebahagian daripada proses Prestasi, Kualiti dan Keselamatan (PQS) WHO. PQS memberi prakelayakan kepada produk dan peranti agar negara-negara anggota WHO dan agensi-agensi pembelian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dapat membantu memastikan kesesuaiannya untuk digunakan dalam program imunisasi. Sebelum sesuatu produk atau peranti boleh dimasukkan ke dalam pangkalan data PQS, ia perlu diuji. Ujian penentusahan membuktikan sama ada produk tertentu daripada pengeluar tertentu memenuhi syarat-syarat bagi spesifikasi prestasi PQS yang berkaitan. Dengan akreditasi WHO, UL kini akan menjalankan ujian ini bagi mengesahkan prestasi, kualiti dan keselamatan. UL menerima akreditasi PQS untuk peralatan dan peranti penyejukan selepas mendemonstrasikan kepada pegawai-pegawai WHO berhubung keupayaan keselarasan Makmal Penyejukan UL mengikut piawaian atau kod amalan yang diterima sewajarnya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan.

Akreditasi UL diberikan bilamana penyelidik di seluruh dunia menumpukan perhatian pada pembangunan vaksin COVID-19. Penghasilan dan pelaksanaan pengimunan yang mencukupi bagi menghentikan pandemik ini akan menjadi salah satu usaha pengeluaran perubatan yang paling besar dalam sejarah. Bagi mencapai tujuan ini, syarikat farmaseutikal, pembekal, kerajaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan sibuk mempersiapkan rantaian bekalan untuk mengendalikan sejumlah besar vaksin COVID-19 yang diperlukan. Rantaian bekalan vaksin bukan sahaja melibatkan pembuatan kandungan vaksin, tetapi juga penyimpanan suhu-terkawal bagi mengekalkan kualiti vaksin daripada peringkat penghasilan kepada pesakit. Kegagalan untuk mengekalkan vaksin pada suhu yang betul, termasuk vaksin yang digunakan untuk program imunisasi terhadap penyakit kanak-kanak, boleh mengakibatkan degradasi tekstur, perubahan warna, lebam dan pertumbuhan mikrob.

Todd Denison, naib presiden dan pengurus besar Bahagian Perkakasan, HVAC dan Pencahayaan UL berkata, "Ketika berbilion-bilion penduduk dunia tertunggu-tunggu akan vaksin COVID-19, agensi kerajaan, syarikat farmaseutikal dan organisasi penjagaan kesihatan di seluruh dunia akan meningkatkan keupayaan rangkaian sejuk vaksin. Mengekalkan kuantiti yang banyak dalam persekitaran yang dapat memelihara keberkesanan pemvaksinan dan menyediakan pesakit dengan faedah dihasratkan akan menjadi kunci untuk membasmi penularan COVID-19. UL berbesar hati diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai salah satu makmal bertauliahnya dan memainkan peranan yang penting dalam perlindungan kesihatan awam keseluruhan di seluruh dunia."

Dengan akreditasi WHO, UL akan turut menguji peralatan penyejukan berkuasa solar mengikut piawaian produk WHO yang baharu. Peralatan penyejukan berkuasa solar dilihat amat penting untuk keberkesanan vaksin di negara-negara sedang membangun yang tidak mempunyai grid tenaga elektrik yang andal.

"Pendekatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia terhadap prakelayakan produk penyejukan bererti peralatan dan peranti terpilih telah memenuhi piawaian prestasi, kualiti dan keselamatan tertentu yang sesuai untuk keadaan lapangan serta ciri-ciri keselamatan awal-ke-akhir bagi membantu memastikan tiada mudarat yang ditimbulkan kepada pengguna, pesakit atau persekitaran sepanjang kitaran hayat produk ini," kata Suresh Sugavanam, naib presiden dan pengarah urusan UL untuk Asia Selatan dan Afrika Sub-Sahara. "Akreditasi UL membantu memastikan produk memenuhi spesifikasi ini di samping turut mengukuhkan keandalan infrastruktur penyimpanan pengimunan dunia."

Latar Belakang UL
UL membantu mewujudkan dunia yang lebih baik dengan mengaplikasikan sains bagi menangani cabaran keselamatan, sekuriti dan kelestarian. Kami memperkasa kepercayaan dengan mendayakan penerimaan selamat produk dan teknologi baharu yang inovatif. Setiap orang di UL berkongsi minat yang sama untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih selamat. Kesemua usaha kami, bermula daripada penyelidikan bebas dan pembangunan standard, kepada pengujian dan perakuan, untuk menyediakan penyelesaian analitik dan digital, membantu meningkatkan kesejahteraan global. Perniagaan, industri, kerajaan, pihak berkuasa kawal selia dan orang awam meletakkan kepercayaan mereka kepada kami agar mereka dapat membuat keputusan yang lebih bijak. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi UL.com. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti kami yang bukan berasaskan keuntungan, kunjungi UL.org

Hubungan Akhbar  
Poornima Chandrashekaraiah
Pemasaran Serantau – Asia Selatan
UL 
T: +91.80.4138.4400 samb. 64588
E: poornima.chandrashekaraiah@ul.com   

Steven Brewster 
UL 
E: steven.brewster@ul.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/325015/ul_enterprise_logo.jpg?p=medium600  

Source: UL
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Public Safety