omniture

Embassy REIT Keluarkan Laporan Tahunan Sulung untuk Tahun Kewangan 2019-20

Embassy Office Parks REIT
2020-07-17 16:00 605

BENGALURU, India, 17 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Embassy Office Parks REIT (NSE: EMBASSY) (BSE: 542602) ('Embassy REIT'), REIT senaraian pertama India dan yang terbesar di Asia mengikut kawasan, telah mengeluarkan Laporan Tahunannya bagi tahun penuh yang berakhir pada 31 Mac 2020. Laporan ini mencakupi prestasi Embassy REIT sejak penyenaraiannya di BSE dan NSE pada 1 April 2019 dan menunjukkan daya tahan perniagaan yang mendasarinya, walaupun berlaku pandemik COVID-19.

Jitu Virwani, Pengerusi Embassy REIT, berkata, "Saya amat berbesar hati untuk membawakan kepada anda laporan tahunan tahun pertama Embassy REIT. Keputusan tahun penuh kami telah memenuhi jangkaan yang kami tetapkan apabila REIT disenaraikan pada April 2019. Embassy REIT menyampaikan kira-kira 2.4 juta kaki persegi (jkp) pajakan baharu, mengagihkan Rs.18.8 bilion (kira-kira $250 juta) dan mengembalikan pulangan keseluruhan kira-kira 25% kepada Pemegang Unit. Prestasi ini merupakan bukti terhadap kualiti struktur REIT dan hartanah bertaraf dunia di Embassy REIT, sebuah pasukan pengurusan yang berdedikasi dan luar biasa dan visi strategik serta perkongsian antara kedua-dua penaja yang percaya dengan potensi dan daya tahan hartanah komersial di India ini."

Mike Holland, Ketua Pegawai Eksekutif, berkata, "Taman perniagaan dan ruang pejabat Embassy REIT menonjolkan tempat kerja yang ideal untuk tenaga kerja India yang berbakat. Hartanah gred institusi kami dengan ruang komuniti yang selamat dan terjamin dapat menampung teknologi yang terbaik dalam kelas dan penghuni global yang lain dengan menyediakan infrastruktur fizikal dan digital yang diperlukan serta persekitaran kerja yang kolaboratif. Tatkala kami menavigasi pandemik ini, kami percaya bahawa permintaan akan terus mencapai ke arah kualiti yang lebih tinggi, ruang kerja berkepadatan lebih rendah seperti ruang di taman kami dalam jangka sederhana. Hal ini benar-benar sejajar dengan penawaran dan strategi produk keseluruhan kami untuk menyediakan penghuni dan pekerja mereka dengan ekosistem perniagaan keseluruhan."

Lembaga pengarah bagi Pengurus Embassy REIT telah meluluskan Laporan Tahunan Tahun Fiskal 2020 Embassy REIT, tertakluk kepada penerimaan oleh pemegang unit Embassy REIT di mesyuarat tahunan.

Laporan Tahunan Tahun Fiskal 2020 Embassy REIT disediakan di laman sesawang REIT ir.embassyofficeparks.com

Penafian 

Siaran media ini disediakan untuk tujuan maklumat umum sahaja. Maklumat yang terkandung dalam siaran media ini adalah berdasarkan maklumat dan anggaran pengurusan. Ia mutakhir hanya setakat tarikhnya, belum disahkan secara bebas dan mungkin tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Embassy Office Parks Management Services Private Limited ("Pengurus") dalam kapasitinya sebagai Pengurus Embassy Office Parks REIT ("Embassy REIT") dan Embassy REIT tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan, tersurat atau tersirat, berhubung dengan, dan tidak menerima apa-apa tanggungjawab atau liabiliti berhubung dengan, keadilan dan kesempurnaan kandungan siaran media ini. Setiap penerima akan bertanggungjawab semata-mata untuk penilaiannya sendiri terhadap pasaran dan kedudukan pasaran Embassy REIT.

Siaran media ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan berdasarkan kepercayaan, pendapat dan andaian yang dipegang pada masa kini oleh Pengurus. Kenyataan pandang ke hadapan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, keadaan kewangan, prestasi atau pencapaian Embassy REIT atau keputusan industri, berbeza dengan ketara daripada keputusan, keadaan kewangan, prestasi atau pencapaian yang tersurat atau tersirat oleh kenyataan pandang ke hadapan ini. Dengan adanya risiko, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain ini, termasuk kesan COVID-19 terhadap kami, penghuni kami dan ekonomi India serta global, penerima siaran media ini diingatkan agar tidak meletakkan kebergantungan yang tidak wajar terhadap kenyataan pandang ke hadapan ini. Pengurus menolak apa-apa kewajipan untuk mengemas kini kenyataan pandang ke hadapan ini untuk menggambarkan peristiwa atau perkembangan masa depan atau kesan peristiwa yang kini tidak dapat dipastikan, seperti COVID-19. Selain daripada kenyataan yang merupakan kenyataan pandang ke hadapan berdasarkan konteks, perkataan-perkataan 'boleh', 'akan', 'harus', 'mengharapkan, 'merancang', 'berhasrat', 'menjangkakan, 'percaya', 'menganggarkan', 'meramal', 'berpotensi' atau 'terus' serta ungkapan yang serupa dapat mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan.

Pelabur juga perlu mengambil perhatian bahawa Embassy REIT telah disenaraikan pada 1 April 2019 dan aset-aset Embassy REIT diperoleh antara 22 Mac 2019 hingga 25 Mac 2019. Oleh itu, maklumat kewangan suku tahunan dan tahun kewangan komparatif telah disediakan dengan membandingkan penyata kewangan digabungkan yang belum diaudit untuk suku tahun yang berakhir pada 31 Mac 2019 dan penyata kewangan digabungkan diaudit untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2019 (dengan mengandaikan bahawa Embassy REIT memegang aset-aset REIT dalam bentuk sedia adanya pada 1 April 2018) dibandingkan dengan penyata kewangan disatukan diringkaskan yang diaudit bagi suku tahun dan tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2020. 

Latar Belakang Embassy REIT 

Embassy Office Parks ialah REIT senaraian yang pertama dan satu-satunya di India. Embassy REIT mencakupi kira-kira 26.2 juta kaki persegi (jkp) hartanah komersial yang telah siap dan sedang beroperasi di seluruh India. Dengan kira-kira 7.1 jkp pembangunan dalam kampus yang sedang dirancang, jumlah portfolio mencakupi kira-kira 33.3 jkp merentas tujuh taman pejabat Gred A dan empat bangunan pejabat pusat bandar dalam pasaran pejabat berprestasi terbaik India di Bengaluru, Mumbai, Pune dan Wilayah Ibu Negara (NCR). Portfolio ini menjadi pusat kepada lebih 160 penghuni korporat cip biru dan merangkumi 78 bangunan dengan kemudahan strategik termasuk dua hotel yang telah siap, dua hotel yang sedang dibangunkan dan sebuah taman solar 100MW(AC) yang membekalkan tenaga boleh diperbaharui kepada penghuni taman.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Ritwik Bhattacharjee
Ketua Perhubungan Pelabur
Emel: ir@embassyofficeparks.com 
Telefon: +91-80-3322-2222

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/959202/Embassy_Office_Parks_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: Embassy Office Parks REIT
Related Stocks:
Bombay:542602 Bombay:EMBASSY Bombay:EMBASSY.BO India:EMBASSY India:EMBASSY-RR.NS
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Earnings