omniture

Esaote "Kembali ke Trek" Bersama Pasukan Ducati untuk Kemunculan Semula Grand Prix Pertama MotoGP 2020

Esaote S.p.A.
2020-07-18 02:02 794

Ahad 19 Julai, Jerez de la Frontera (Sepanyol) 

Esaote dan Ducati Corse sahkan perkongsian mereka, yang bertumpu sekitar inovasi dalam prestasi dan gaya Itali

GENOA, Itali, 18 Julai 2020 /PRNewswire/ -- MotoGP 2020 Grand Prix pertama setelah lama terhenti yang dicetuskan oleh krisis COVID-19 global akan berlangsung di Jerez de la Frontera, di Sepanyol pada hari Ahad 19 Julai 2020 pada jam 14:00 CEST.

 

 

Acara ini – yang akan diadakan secara tertutup – akan menyaksikan kembalinya pemandu rasmi Pasukan Ducati, Andrea DoviziosoandDanilo Petrucci dan motosikal mereka, yang akan memaparkan logo Esaote.

"Kami berbesar hati untuk kembali ke trek bersama-sama pasukan dan jenama yang begitu berprestij," kata Ketua Pegawai Eksekutif Esaote Franco Fontana. "Kami semua tidak sabar-sabar menantikan acara ini, yang melambangkan satu lagi langkah dalam usaha untuk kembali normal kami secara berperingkat-peringkat. Ia juga merupakan satu peluang atas kerja keras yang dilakukan dalam bulan-bulan terdahulu untuk dikongsikan bersama orang awam, walaupun hanya melalui liputan televisyen secara langsung. Esaote telah berusaha tanpa mengenal penat lelah untuk menyokong perkhidmatan kesihatan di Itali dan negara-negara lain semasa berlakunya krisis ini dan kini kami berbangga dapat memainkan peranan yang aktif dalam acara ini. Inovasi, reka bentuk dan kesungguhan merupakan nilai-nilai teras yang kami kongsikan bersama Ducati – nilai-nilai yang membolehkan kami untuk bersaing di persada dunia."

Esaote – peneraju dunia dalam sektor sistem pengimejan diagnostik perubatan – seraya mengesahkan statusnya sebagai Rakan Kongsi Rasmi Pasukan Ducati, berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi dan gaya Itali.

Esaote Group merupakan pengusaha utama dalam sektor peralatan bioperubatan, dengan tumpuan khusus pada ultrabunyi, MRI khusus, IT perubatan. Dengan sekitar 1,150 kakitangan, Esaote berpangkalan di Genoa dan memiliki kemudahan pengeluaran dan penyelidikan di Itali serta Belanda dan berada di 80 negara. www.esaote.com

Ducati Motor Holding S.p.A - Audi Group Company - Syarikat yang tertakluk kepada Arahan dan Pengurusan AUDI AG

Ditubuhkan pada tahun 1926, Ducati telah mengeluarkan motosikal sport yang dilengkapi dengan enjin Desmodromic sejak tahun 1946, menggabungkan reka bentuk inovatif dengan teknologi canggih. Ducati – yang mana pada tahun 2016 menyambut ulang tahunnya yang ke-90 – berpangkalan di Borgo Panigale, Bologna. Ducati secara rasminya mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia MotoGP dan Kejohanan Dunia Superbike. Dalam MotoGP, yang telah disertai olehnya sejak tahun 2003, Ducati memenangi Kejohanan Pembina dan Pemandu Dunia dalam musim 2007. Sementara itu, dalam Kejohanan Dunia Superbike, ia telah memenangi 17 Gelaran Pembina dan 14 Gelaran Pemandu. www.ducati.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1215760/Ducati_Desmosedici_GP_2020_Esaote.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/557501/ESAOTE_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1215759/Ducati_Corse_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Esaote S.p.A.
Related Links:
Keywords: Auto Entertainment Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Sporting Events Sports Television Transportation Licensing/marketing agreements New products/services