omniture

Berdiri Teguh Bersama Singapura

REC Group
2020-07-20 11:12 526

REC Group dengan bangganya memberi kuasa untuk Kemudahan Pemulihan COVID-19 di Pusat Pameran Changi dengan tenaga solar bersih

SINGAPURA, 20 Julai 2020 /PRNewswire/ -- REC Group, syarikat perintis antarabangsa yang berpangkalan di Singapura dengan kemudahan pengilangan canggihnya terletak di Tuas, membantu memberi kuasa kepada kemudahan pemulihan COVID-19 di pusat pameran Changi dengan tenaga solar bersih.

REC Group is proudly powering the COVID-19 Recovery Facility at the Changi Exhibition Centre
REC Group is proudly powering the COVID-19 Recovery Facility at the Changi Exhibition Centre

Kuasa untuk teknologi berkuasa 

Pemasangan 240.9 kW di tapak Changi terdiri daripada panel solar 660 REC Alpha Series, menghasilkan tenaga bersih kira-kira sebanyak 40,000 kilowatt-jam (kWj), bersamaan dengan purata penggunaan tenaga bulanan oleh 100 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan empat-bilik.

Sistem sedia ada membekalkan 20 peratus daripada permintaan tenaga keseluruhan yang diunjurkan untuk kemudahan pemulihan. Sistem tersebut secara tidak langsung turut membantu menyejukkan kemudahan berkenaan, dengan perbezaan 3-darjah dalam suhu ambien dalam khemah.

Ini merupakan projek utama dan terkini yang dikuasakan oleh produk berkecekapan tinggi REC - dan salah satu daripada banyak projek di negara kepulauan tersebut; projek-projek lain yang terkenal termasuk Singapore Sustainable Academy, Singapore Sports Hub, Tiger Beer Brewery antara lain. "Kemudahan pemulihan COVID-19 merupakan satu contoh yang bagus mengenai daya tahan dan kami berasa rendah hati dapat memberi kuasa kepada kemudahan ini dengan panel solar yang dibuat di Singapura," kata Ketua Pegawai Eksekutif REC Group Steve O'Neil.

Sentiasa menjadi Rakan Kongsi yang Mantap

Terokai kisah menginspirasikan, bagaimana REC Group berdiri teguh bersama Singapura dengan dokumen interaktif ini dan lihat bagaimana jenama ini mendorong perlahan-lahan revolusi tenaga bersih dengan panel solar yang dengan bangganya dibuat di Singapura.

PDF Interaktif: Baca di sini

Latar Belakang REC Group: 

REC Group ialah sebuah syarikat tenaga solar perintis bertaraf antarabangsa yang mengkhusus untuk memperkasa pengguna dengan kuasa solar yang bersih dan berpatutan demi memudahkan peralihan tenaga global. Komited terhadap kualiti dan inovasi, REC menawarkan modul fotovolta dengan kualiti tinggi yang utama, disokong oleh kadar tuntuan jaminan yang luar biasa rendah iaitu kurang daripada 100ppm. Ditubuhkan di Norway pada tahun 1996, REC menggaji 2,000 kakitangan dan mempunyai kapasiti panel solar tahunan sebanyak 1.8 GW. Dengan lebih 10 GW yang dipasang di seluruh dunia, REC memperkasa lebih daripada 16 juta orang dengan tenaga solar yang bersih. REC Group merupakan sebuah syarikat Bluestar Elkem dengan ibu pejabatnya terletak di Norway, ibu pejabat operasi di Singapura dan pangkalan serantau di Amerika Utara, Eropah dan Asia-Pasifik.

Ketahui lebih lanjut di recgroup.com dan di: LinkedIn | Twitter | Facebook | Instagram

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1215797/rec_group_covid_19_facility_changi.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1192349/REC_Group_Logo.jpg?p=medium600

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Dennis Ching 
Pengurus Pemasaran 
dennis.ching@recgroup.com  
REC Solar Pte Ltd
152 Beach Road, Gateway East
Tingkat 2-01/04
Singapura 189721

 

 

Source: REC Group
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Health Care/Hospital Utilities Contracts New products/services