omniture

autoRetouch dilancar revolusikan penyuntingan imej untuk produk Fesyen

autoRetouch
2020-07-20 19:00 573

STUTTGART, Jerman, 20 Julai 2020 /PRNewswire/ -- autoRetouch - platform pemprosesan imej automatik hujung-ke-hujung yang pertama - melancarkan fasa Beta Terbukanya. Dikuasakan oleh AI, syarikat ini kini menawarkan platform Perisian sebagai satu Perkhidmatan (SaaS) untuk pemprosesan pukal yang automatik bagi imej produk Fesyen.

 

autoRetouch automates image editing for Fashion products end-to-end
autoRetouch automates image editing for Fashion products end-to-end

 

Pengguna membuka akaun di laman sesawang autoRetouch dan berpeluang untuk mencuba perkhidmatan secara percuma dengan sehingga 10 imej. Untuk memproses imej tambahan mereka membeli kredit secara bayar-sambil-lalu. Harga untuk memproses satu imej ialah €0.10. Perkhidmatan tersebut diwujudkan berkisarkan konsep aliran kerja. Aliran kerja dicipta dengan 'merantaikan' komponen AI dalam antara muka seret dan lepas. Setiap komponen mewakili versi automatik tugas penyuntingan imej biasa. Produk ini kini menawarkan komponen untuk pengautomatan kerja penyuntingan imej yang berulang, namun sangat memberi kesan, seperti penyingkiran latar belakang dan sentuhan semula kulit. Pengguna mengekalkan kawalan kreatif penuh terhadap output dan boleh memproses beratus-ratus imej secara serentak. Purata masa menyunting untuk imej produk fesyen biasa turun daripada beberapa minit kepada beberapa saat.

Mengubah paradigma industri

"Proses penghasilan imej produk dalam fesyen -- bermula daripada sesi foto ke pasca produksi, untuk membawa imej ke katalog dalam talian -- merupakan satu proses yang sangat tidak cekap dan mahal pada hari ini," kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif autoRetouch, Alex Ciorapciu. "Walau bagaimanapun, sekiranya anda memanfaatkan teknologi visi komputer terkini dan menggabungkannya dengan infrastruktur awan boleh diskala hari ini, anda boleh mengubah paradigma industri daripada kerja manual kepada pengautomatan; dan dengan itu, bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah memberi lebih kepantasan dan ketekalan output yang lebih tinggi," tambah beliau. 

Mempercepatkan pemindahan ke e-dagang 

Pelancaran autoRetouch tidak disangka-sangka tepat pada masanya. Tatkala ekonomi global menilai impak dan pulih perlahan-lahan daripada pandemik COVID-19, satu perkara telahpun jelas: Pemindahan daripada Luar Talian- ke E-dagang telah dipercepatkan selanjutnya. "Dengan autoRetouch kami ingin memainkan peranan kami untuk membantu peniaga dan semua orang dalam rantaian bekalan penyuntingan imej E-dagang untuk meluaskan operasi mereka dalam realiti baharu kehidupan kita dan mengambil beberapa bahagian yang paling tidak menarik dan berulang proses penghasilan imej daripada menjadi beban mereka," kata Alex Ciorapciu. "Atas sebab inilah harga €0.10 setiap imej merupakan bahagian yang penting daripada proposisi nilai autoRetouch," beliau menambah dan menghuraikan lebih lanjut, "kami ingin menjadikannya mudah dan sangat memberi ganjaran dari segi kewangan untuk mempercayai perkhidmatan pemprosesan imej automatik kami."

Asal usul 

autoRetouch dicipta dalam jabatan Sains Data di Breuninger, peniaga fesyen mewah yang amat inovatif dari Stuttgart, Jerman. Semasa proses penilaian hasil projek yang mengagumkan, jelas bahawa pemprosesan imej produk automatik merupakan satu proposisi nilai sejagat. Untuk memanfaatkan peluang yang besar ini, kini autoRetouch menjadi syarikat mandiri yang menawarkan perkhidmatan global. Breuninger komited untuk menyokong autoRetouch dalam perjalanannya dan dengan demikian menyediakan pelaburan awal ke dalam syarikat baharu yang baru ditubuhkan ini. Kini, autoRetouch menggaji 14 kakitangan dan beribu pejabat di Stuttgart, Jerman.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1216221/autoretouch.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1216222/autoRetouch_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Hubungi: Julian Eckerle, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Hasil, media@autoretouch.com, +491724506294

Source: autoRetouch
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services