omniture

Campaign Asia-Pacific umum senarai kedudukan 1000 Jenama Teratas Asia

Samsung menerajui rantau ini bagi tahun ke-9 berturut yang menyaksikan langkah penting untuk Sony, Instagram, Netflix, Huawei dan Hisense.
Campaign Asia-Pacific
2020-07-21 15:29 826

SINGAPURA dan HONG KONG, 21 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Campaign Asia-Pacific telah mengumumkan keputusan tinjauan 1000 Jenama Teratas Asia tahunan kali ke-17 yang dinanti-nantikan melalui perkongsian dengan Nielsen. Senarai kedudukan tahun ini menyaksikan dominasi berterusan Samsung pada kedudukan teratas, namun ia juga mempunyai beberapa kelainan. Jenama kegemaran ramai Sony terkeluar daripada senarai 5 teratas berkenaan buat julung kalinya. Beberapa jenama China yang mendaki senarai secara stabil seperti Huawei dan Xiaomi mengalami kemunduran pada tahun ini, manakala jenama-jenama lain seperti Hisense, Midea and Didi Chuxing mendaki senarai kedudukan.

1000 Jenama Teratas Asia bagi tahun 2020
1000 Jenama Teratas Asia bagi tahun 2020

Aplikasi Facebook, Instagram, Messenger dan WhatsApp kesemuanya mendapat skor tinggi dalam sub-kategori 'perkhidmatan pemesejan' yang baru ditambah dan Campaign Asia-Pacific tahun ini turut soal selidik pengguna APAC mengenai jenama-jenama yang mempunyai rekod kemampanan terbaik.

1000 Jenama Teratas Asia adalah tinjauan pendapat pengguna yang paling komprehensif di Asia-Pasifik yang melibatkan lebih daripada 8000 pengguna merentas 14 pilihan jenama penilaian yang berbeza dalam 15 kategori produk/perkhidmatan. Ia merupakan alat ukur yang menarik, menonjolkan jenama-jenama yang berjaya dalam usaha pemasaran dan pembinaan jenama mereka, serta jenama-jenama yang tidak berjaya menjadi 'keutamaan tertinggi' sebagai jenama kegemaran pelanggan.

Bermula pada hari Isnin 20 Julai, Campaign akan mengeluarkan keputusan 1000 Jenama Teratas daripada kesemua 14 pasaran APAC yang ditinjau, berdasarkan jadual yang berikut:

Korea

(20 Julai)

Indonesia

(7 September)

Australia

(27 Julai)

Tanah Besar China

(14 September)

Hong Kong

(3 Ogos)

New Zealand

(21 September)

Thailand

(10 Ogos)

Vietnam

(28 September)

Jepun

(17 Ogos)

Filipina

(5 Oktober)

India

(24 Ogos)

Malaysia

(12 Oktober)

Singapura

(31 Ogos)

Taiwan

(19 Oktober)

Keputusan ini, berserta analisis dan seluruh senarai 1000 Teratas boleh didapati di laman sesawang, dimana pengguna dapat membandingkan persaingan jenama dan melihat bagaimana kedudukan disusun dari tahun ke tahun. Keputusan dan data terdahulu disediakan buat semua secara percuma yang log masuk dengan pendaftaran yang pantas dan mudah.

METODOLOGI

1000 Jenama Teratas Asia mengumpulkan data daripada sebuah tinjauan dalam talian yang dibangunkan oleh Campaign Asia-Pacific dan penyedia maklumat serta pandangan global Nielsen. Tinjauan berkenan dijalankan antara 21 Februari sehingga 19 Mac 2020. Kajian berkenaan meninjau sikap pengguna dalam 14 pasaran: Australia, Tanah Besar China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Kajian ini bergantung pada sejumlah 400 responden dalam setiap pasaran. Di Jepun, India dan China, peserta masing-masing berjumlah 800, 1200 dan 2000. Bagi mewakili populasi pasaran, kuota tinjauan menyasarkan umur, jantina dan pendapatan isi rumah bulanan.

Kajian ini mencakupi 15 kategori utama: alkohol, pakaian dan aksesori; automotif; minuman; elektronik pengguna; perkhidmatan kurier; perkhidmatan kewangan; makanan; perkakas rumah; penjagaan rumah dan peribadi; media dan telekomunikasi; restoran; runcit; harta sukan; dan pengangkutan, pelancongan dan libur. Dalam kategori-kategori utama ini terdapat 84 sub-kategori.

Latar Belakang Campaign Asia-Pacific

Campaign ialah sumber yang berwibawa, objektif dan depercayai oleh ahli profesional komunikasi pemasaran, menyajikan berita harian, analisis, kajian kes, pendapat dan pandangan mengenai isu-isu kritikal yang dihadapi oleh industri pengiklanan dan pemasaran, melalui pelbagai saluran. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.campaignasia.com

Latar Belakang Haymarket Media Group

Haymarket Media Group menghasilkan kandungan dan perkhidmatan pakar yang memenangi anugerah untuk audiens B2B daripada 65 jenama terkemuka pemasaran dalam industri media perniagaan, automotif, penjagaan kesihatan dan industri-industri lain. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.haymarket.com

Latar Belakang Nielsen

Nielsen Holdings plc (NYSE: NLSN) ialah sebuah syarikat pengurusan dan analitik data global yang menyediakan pandangan yang paling lengkap dan dipercayai yang tersedia daripada pengguna dan pasaran di seluruh dunia. Nielsen dibahagikan kepada dua unit perniagaan. Nielsen Global Media, penentu kebenaran untuk pasaran media, menyediakan industri-industri media dan pengiklanan dengan metrik yang tidak berat sebelah dan andal yang mewujudkan pemahaman bersama mengenai industri yang diperlukan agar pasaran berfungsi. Nielsen Global Connect menyediakan pengeluar dan peruncit barangan bungkusan pengguna dengan maklumat serta pandangan yang tepat dan boleh diambil tindakan serta gambaran lengkap mengenai pasaran yang rumit dan berubah-ubah yang diperlukan oleh syarikat-syarikat untuk berinovasi dan berkembang.

Pendekatan daripada kami menggabungkan data Nielsen yang proprietari dengan sumber data lain bagi membantu pelanggan di seluruh dunia memahami apa yang sedang berlaku sekarang, apa yang akan berlaku selanjutnya dan bagaimana untuk bertindak berdasarkan pengetahuan ini dengan cara terbaik. Sebuah syarikat S&P 500, Nielsen beroperasi di lebih 100 negara, meliputi lebih daripada 90% populasi dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.nielsen.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200720/2861850-1?lang=0

Source: Campaign Asia-Pacific
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Survey, Polls & Research