omniture

Trina Solar perkenal modul siri 600W Vertex dan jangkakan pengeluaran besar-besaran siri 550W lewat tahun ini

Trina Solar Co., Ltd
2020-07-21 19:18 557

CHANGZHOU, China, 21 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Trina Solar Co., Ltd ('Trina Solar" atau "Syarikat") mengumumkan pelancaran dua modul siri Vertex generasi seterusnya dengan output kuasa sehingga 600W. Syarikat ini menjangkakan untuk merealisasikan pengeluaran besar-besaran siri 550W dalam suku terakhir tahun ini.

Beberapa wakil daripada aliran atasan, pertengahan dan bawah rantaian nilai industri daripada Perikatan Ekologi Inovasi Terbuka Fotovolta 600W+, mewakili pengeluar silikon, wafer, sel, modul, penjejak, penyongsang, bahan dan peralatan, mengambil bahagian dalam upacara pelancaran dan menyaksikan modul siri Vertex generasi seterusnya yang baharu.

Dr Zhang Yingbin, Ketua Strategi Produk dan Pengurusan Nilai di Trina Solar, berkata di upacara berkenaan: "Modul Vertex generasi seterusnya dipertingkatkan oleh pelbagai inovasi yang berpandangan jauh, termasuk wafer silikon 210mm, pempakejan berkepadatan tinggi dan teknologi berbilang busbar, bagi membawa kecekapan penukaran fotoelektrik sebanyak lebih daripada 21 peratus. Berdasarkan output kuasa rentetan voltan rendah dan modul tinggi, siri Vertex baharu menyerlahkan potensi yang amat besar untuk mengurangkan lagi kos keseimbangan-sistem. Dengan berkolaborasi bersama pengusaha utama dalam seluruh rantaian industri, kami percaya modul Vertex yang dibangunkan berasaskan platform teknologi baharu akan membantu mengurangkan kos tenaga teraras dalam pelbagai aplikasi dan memaksimumkan nilai pelanggan."

Modul siri Vertex generasi seterusnya mempunyai tiga kelebihan utama, termasuk: kombinasi pemotongan tak memusnah, pempakejan berkepadatan tinggi dan teknologi berbilang busbar; voltan rendah dan peningkatan dalam output kuasa pada rentetan modul tunggal sebanyak lebih daripada 35 peratus; dan nilai signifikan dalam mengurangkan banyak kos keseimbangan-sistem.

Cao Bo, naib pengurus besar dan naib presiden eksekutif Trina Solar, berkata: "Untuk mencipta produk modul berkualiti tinggi yang cemerlang dalam pasaran dengan fungsi-fungsi yang komprehensif, kami perlu mengambil kira setiap proses dalam seluruh rantaian industri, matlamat utamanya adalah untuk memaksimumkan nilai untuk pelanggan dengan meningkatkan output kuasa modul dan meningkatkan penjanaan kuasa. Kami berbesar hati kerana siri Vertex generasi seterusnya, dibina berasaskan platform teknologi yang baharu dan berpandangan jauh, telah diiktiraf oleh rakan-rakan kongsi utama dalam seluruh rantaian industri fotovolta. Sebagai salah satu ahli dalam Perikatan Ekologi Inovasi Terbuka Fotovolta 600W+, Trina Solar komited untuk bekerjasama dengan pihak-pihak lain dalam industri ini bagi menggalakkan pembangunan sektor yang mampan."

Pautan Imej: https://www.trinasolar.com/sites/default/files/vertex_600.jpg
Kapsyen Imej: Trina Solar perkenal modul siri Vertex 600W dan jangkakan pengeluaran besar-besaran siri 550W lewat tahun ini
Sumber Imej: Trina Solar

Latar Belakang Trina Solar (688599.SH)

Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh PV dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia. Syarikat terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan penjualan produk PV; pembangunan projek PV, EPC dan O&M; pembangunan dan penjualan sistem pelengkap grid mikro pintar dan berbilang tenaga serta operasi platform awan tenaga. Pada tahun 2018, Trina Solar melancarkan jenama IoT Tenaga, menubuhkan Perikatan Pembangunan Perindustrian IoT Tenaga Trina bersama-sama perusahaan dan institut penyelidikan yang terkemuka di China dan seluruh dunia serta menubuhkan Pusat Inovasi Perindustrian IoT Tenaga Baharu. Dengan tindakan ini, Trina Solar komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya bagi membina ekosistem IoT tenaga dan membangunkan platform inovasi bagi meneroka IoT Tenaga Baharu, tatkala ia berusaha untuk menjadi peneraju dalam tenaga pintar global. Pada Jun 2020, Trina Solar disenaraikan dalam STAR Market daripada Shanghai Stock Exchange. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services