omniture

Biosensor Perubatan Tanpa Wayar LifeSignals LP1250 terima pelepasan FDA

Life Signals Inc
2020-07-21 20:07 764

ECG dua saluran guna sekali dan biosensor kadar denyutan jantung pertama dunia memberi pemantauan pesakit 72-jam dengan akses data jarak jauh di persekitaran ambulatori, hospital dan rumah

FREMONT, California, 21 Julai 2020 /PRNewswire/ -- LifeSignals Group, hari ini mengumumkan bahawa pelepasan USFDA 510(k) telahpun diterima untuk Platform Tampalan Pemantauan Jarak Jauh ECG LifeSignals mereka. Platform Tampalan Pemantauan Jarak Jauh ECG LifeSignals ialah sistem pemantauan jarak jauh tanpa wayar yang bertujuan untuk digunakan oleh golongan profesional rawatan kesihatan bagi pengumpulan berterusan data pemantauan Elektrokardiografi (ECG) dan Kadar Denyutan Jantung dalam persekitaran ambulatori, hospital, rumah dan rawatan kesihatan. Data dihantar secara tanpa wayar daripada Biosensor Perubatan Tanpa Wayar LifeSignals LP1250 ke Pelayan Selamat jarak jauh bagi tujuan penyimpanan dan analisis.

The Life Signals LP1250 Wireless Medical Biosensor provides 72-hour data capture of two-channel ECG and Heart Rate data 1A male.
The Life Signals LP1250 Wireless Medical Biosensor provides 72-hour data capture of two-channel ECG and Heart Rate data 1A male.

Golongan profesional rawatan kesihatan boleh mengakses data pesakit secara jarak jauh melalui perisian pihak ketiga bagi tujuan pemeriksaan dan pemantauan Aritmia Kardium biasa seperti Pemfibrilan Atrium, bagi membolehkan keputusan rawatan yang pantas dibuat, tanpa bergantung pada lokasi pesakit.

"Pelepasan FDA ini mewakili satu langkah penting ke hadapan dalam usaha kami ke arah sistem pemantauan pesakit yang 'tidak terikat'," kata Surendar Magar, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif LifeSignals. "Biosensor saling beroperasi memberikan rakan kongsi dengan akses kepada peranti boleh pakai perubatan yang sedia disepadukan dan berbilang parameter dengan ekosistem yang mudah untuk penggabungan pantas. Sebaik sahaja digunakan, ia membolehkan perkhidmatan pemantauan pesakit jarak jauh diperluaskan dengan pantas dan golongan profesional boleh membuat keputusan rawatan yang lebih cepat manakala pesakit berasa yakin untuk menerima terapi peribadi yang berasaskan data."

Biosensor Perubatan Tanpa Wayar LifeSignals LP1250 mempunyai beberapa ciri unik:

  • Pengumpulan data 72-jam bagi ECG dua-saluran dan data Kadar Denyutan Jantung untuk diagnosis pesakit yang dipertingkat
  • Peranti guna sekali yang mengurangkan kebimbangan kawalan jangkitan dan kos operasi
  • Ringan dan kalis-percikan untuk keselesaan dan pematuhan pesakit yang lebih baik
  • Platform Pemproses Life Signal LC1100 cip-tunggal berpaten dan proprietari, membolehkan pengumpulan, penyimpanan dan penghantaran data pesakit yang selamat walaupun dalam persekitaran hospital berbilang pesakit yang 'bising'

Pelepasan oleh FDA mengikuti penandaan CE dan kelulusan HSA. Biosensor Perubatan Tanpa Wayar LifeSignals LP1250 akan dijual di seluruh dunia sebagai peranti berlabel putih melalui jaringan perkongsian bermula daripada OEM dan penyedia perisian telekesihatan hingga kemudahan hospital pakar.

Maklumat lanjut boleh ditemui di www.lifesignals.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1216854/life_signals_lp1250.jpg?p=medium600

Hubungi:

LifeSignals Group
Kim Ramessa
Pengurus Pemasaran Produk
M: +44 (0) 7425 316305
E: kim.ramessa@lifesignals.com

Media
Richard Hayhurst
RHApr
M: +44 (0) 7711 821527
E: richard@rhapr.eu

Source: Life Signals Inc
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals FDA Approval New products/services