omniture

Alliance to End Plastic Waste dan UN-Habitat Jalin Kerjasama Tangani Sisa Plastik dalam Alam Sekitar

Perkongsian baharu akan mewujudkan strategi pengurusan bahan buangan dan sumber yang lebih baik di bandar-bandar yang mengalami kebocoran sisa plastik yang tinggi
The Alliance to End Plastic Waste
2020-07-22 07:00 894

SINGAPURA, 22 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Alliance to End Plastic Waste (Perikatan) mengumumkan satu perkongsian strategik bersama UN-Habitat untuk melaksanakan penyelesaian ke arah ekonomi pusingan, bagi mencipta peluang perniagaan dan mata pencarian sekali gus meningkatkan pemulihan sumber.

Perkongsian baharu ini, yang akan bermula dengan projek-projek di enam bandar sasaran di Afrika Timur serta Asia Selatan, akan memanfaatkan UN-Habitat Waste Wise Cities (WWC) Tool untuk memetakan aliran bahan buangan dan menilai potensi kebocoran plastik daripada sistem pengurusan bahan buangan dan mengenal pasti laluan jangka pendek dan jangka panjang bagi meningkatkan jumlah sisa plastik yang dikumpul, dikitar semula dan dipulihkan. Program ini menyokong tumpuan Perikatan untuk membangunkan projek-projek bandar yang bermakna dalam komuniti kebocoran sisa plastik yang tinggi serta WWC Challenge untuk membersihkan dan mewujudkan pengurusan bahan buangan yang mampan di 20 bandar serata dunia menjelang tahun 2022.

"Bagi dua billion orang di seluruh dunia yang kekurangan akses kepada pengumpulan bahan buangan, satu penghalang yang signifikan untuk mewujudkan program sisa pepejal perbandaran yang berkesan ialah kekurangan data," kata Jacob Duer, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Alliance to End Plastic Waste. "Melalui usaha kami bersama UN Habitat, buat julung kalinya kami akan menyediakan pemimpin-pemimpin bandar dengan pemahaman yang komprehesif mengenai sistem pengurusan bahan buangan mereka, jurangnya serta penyelesaian untuk penambahbaikan. Kami mengharapkan agar usaha ini akan memberi kesan positif serta merta dan berpanjangan ke atas enam bandar ini dan berharap untuk memanfaatkan apa yang kami pelajari untuk meluaskan program ini kepada lebih banyak komuniti bandar."

Bandar-bandar yang mengambil bahagian termasuk Nairobi dan Mombasa di Kenya; Addis Ababa dan Bahir Dar di Etiopia; Thiruvananthapuram (Kerala) dan Mangalore (Karnataka) di India.

Pada akhir program, yang akan berlangsung dalam tempoh sepuluh hingga dua belas bulan akan datang, penilaian komprehensif terhadap dasar pengurusan bahan buangan di bandar-bandar utama akan dilaksanakan dengan matlamat untuk membentuk penyelesaian bagi meningkatkan jumlah sisa plastik yang dikumpul dan dipulihkan. Penilaian ini mungkin dapat mencadangkan kajian kebolehlaksanaan untuk pelaburan dalam infrastruktur pengurusan sisa plastik yang lebih besar.

Perkongsian ini akan turut berperanan untuk melibatkan pemegang kepentingan tempatan bagi memastikan anggota masyarakat yang sesuai dan pelaku rantaian bahan buangan yang relevan terlibat dari awal bagi menangani jurang infrastruktur dan mengurangkan kebocoran sisa plastik di bandar-bandar program melalui pendekatan yang inklusif.

Latar Belakang Alliance to End Plastic Waste 

Alliance to End Plastic Waste ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan bertaraf antarabangsa yang bekerjasama dengan kerajaan, NGO alam sekitar dan pembangunan ekonomi serta komuniti di seluruh dunia bagi menangani cabaran untuk menamatkan pencemaran sisa plastik dalam alam sekitar. Melalui program dan perkongsian, kami memberi tumpuan terhadap penyelesaian dalam empat aspek utama: infrastruktur, inovasi, pendidikan dan pembersihan. Setakat Jun 2020, Perikatan ini mempunyai hampir 50 syarikat ahli dan penyokong yang mewakili syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi global yang terletak di seluruh benua Amerika, Eropah, Asia, Asia Tenggara, Afrika dan Timur Tengah. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.endplasticwaste.org

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200611/2826525-1LOGO?lang=0

 

Source: The Alliance to End Plastic Waste
Keywords: Environmental Products & Services Not for profit