omniture

Kembali Bekerja Secara Selamat Dengan Pengalaman Bilik Mesyuarat Tanpa Sentuh Baharu, Dikuasakan oleh Pengecasan Tanpa Wayar Pintar Chargifi

Chargifi
2020-07-22 07:01 733

Penyelesaian bilik mesyuarat tanpa sentuh baharu yang memberi keyakinan kepada pekerja untuk pengalaman bilik mesyuarat yang selamat di tempat kerja pasca-COVID 

SAN FRANCISCO dan LONDON, 22 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Chargifi, penyedia teknologi pengecasan tanpa wayar terhubung awan yang terkemuka, melancarkan penyelesaian bilik mesyuarat tanpa sentuh yang pertama seumpamanya yang membantu pekerja berasa lebih yakin untuk kembali bekerja dan menggunakan ruang kolaboratif. "Chargifi for Rooms" menggabungkan penunjuk status cahaya dengan pengecasan tanpa wayar yang mencetuskan pengalaman dalam-bilik secara automatik. Penyelesaian ini berintegrasi dengan perisian tempahan dan penjadualan bilik yang terkemuka, untuk mendaftar masuk secara serta merta dan memulakan pengalaman dalam-bilik seperti persidangan video dalam satu tindakan yang lancar.

ployees returning to the workplace can find and book clean and safe rooms when the green light-ring signifies that they are clean and available for use.
ployees returning to the workplace can find and book clean and safe rooms when the green light-ring signifies that they are clean and available for use.

Satu contoh ialah integrasi Chargifi for Rooms dengan Envoy, penyedia platform tempat kerja yang memberi tumpuan untuk mencipta alatan yang menjadikan tempat kerja yang lebih selamat, tanpa mengorbankan pengalaman hebat atau penggunaan produk. Pekerja yang kembali ke tempat kerja boleh mencari dan menempah bilik yang bersih dan selamat apabila cincin bercahaya hijau menandakan bahawa bilik ini bersih dan sedia digunakan. Sebaik sahaja mereka berada dalam bilik mesyuarat, pekerja hanya perlu meletakkan telefon pintar mereka pada tempat pengecasan tanpa wayar untuk mendaftar masuk atau menempah ruang tersebut. Tindakan ini secara serentak melancarkan persidangan video yang dipratempah untuk permulaan perjumpaan yang cepat dan cekap. Untuk perancang ruang, data berharga mengenai penggunaan dan penghunian bilik disimpan, yang dapat membantu mengosongkan ruang yang tidak digunakan bagi meningkatkan ketersediaan.

"Chargifi membawa pengalaman menempah bilik mesyuarat ke tahap baharu dengan menghubungkan daftar masuk tanpa sentuh dan pengecasan tanpa wayar. Ia membantu kami untuk mencipta pengalaman yang selamat dan tanpa sentuh untuk pelanggan kami dan pekerja mereka tatkala mereka merancang untuk kembali ke tempat kerja. Integrasi ini turut menyimpan data penggunaan ruang dan penghunian untuk pasukan tempat kerja tanpa perlu menambah satu lagi peranti dalam infrastruktur," kata Matt Harris, Ketua Tempat Kerja & Teknologi, Envoy, mengenai nilai penyelesaian bersama untuk pekerja dan juga perancang ruang.

Pandemik global telah membawa cabaran baharu untuk perancang ruang dan telah mempercepatkan banyak trend yang telahpun semakin mendapat tempat, seperti mobiliti, kerja yang fleksibel dan bagaimana ruang boleh digunakan dengan lebih lancar dengan kurang perselisihan. Kini, penekanan diberikan untuk mengurangkan titik sentuh fizikal dan memastikan komunikasi yang jelas kepada pekerja bilamana ruang bersih dan selamat untuk digunakan.

"Mesyuarat perlu selamat, tanpa sentuh dan lebih produktif berbanding sebelum ini. Kapasiti ruang yang sempit ekoran penjarakan sosial akan meningkatkan permintaan dan data penghunian yang andal daripada daftar masuk automatik tanpa sentuh merupakan kunci untuk meningkatkan ketersediaan bilik yang bersih dan selamat. Syarikat-syarikat yang menggunakan teknologi tanpa sentuh menunjukkan kepada kakitangan mereka bahawa mereka telah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menyediakan ruang besar yang tidak bertolak ansur aspek keselamatan."

Chargifi for Rooms disediakan hari ini dan merupakan penyelesaian bilik mesyuarat hujung ke hujung yang lengkap apabila disepadukan dengan perisian penjadualan bilik dan persidangan video kegemaran anda. Chargifi LightRing akan disediakan pada suku ketiga tahun 2020.

Catatan untuk editor: 

  • Chargifi dan Envoy mengehoskan webinar mengenai "Bagaimana untuk mengaktifkan pengalaman mesyuarat tanpa sentuh Selamat-COVID" pada hari Khamis 6 Ogos, untuk membincangkan mengenai cabaran yang dihadapi oleh perancang ruang dan bagaimana penyelesaian unik ini dapat membantu memberi jaminan kepada pekerja dengan mencipta bilik mesyuarat yang lebih selamat, lebih cekap. Daftar webinar di chargifi.com.
  • Bermula dengan Chargifi for Rooms + Envoy dijadikan mudah, dapatkan sehingga 10 lesen Bilik Envoy PERCUMA dengan setiap 10 pek Chargifi.

Latar Belakang Chargifi 

Masa depan tempat kerja ialah pengalaman tanpa sentuh dan corak kerja yang dinamik. Pengalaman perlu selamat dan kerja perlu bersifat fleksibel. Di mana orang ramai berada, kuasa perlu mengikutinya.

Chargifi mendayakan penskalaan kuasa tanpa wayar pintar yang mudah untuk tempat kerja perusahaan hari ini, yang melangkaui lebih daripada sekadar mengecas peranti mudah alih anda. Penyelesaian kami memberi pengalaman tanpa sentuh yang selamat dalam ruang dan dalam masa yang sama menyediakan kuasa yang mudah.

Analitik penggunaan ruang Chargifi membantu perancang ruang untuk mendapat lebih daripada ruang mereka dengan membantu memahami tingkah laku. Ini dapat memberi maklumat mengenai corak kerja dan jadual pembersihan, agar anda dapat memberi jaminan kepada pekerja anda mengenai keselamatan dan kesejahteraan di tempat kerja. Setiap titik sentuh menunjukkan pengguna berinteraksi dalam ruang, yang seterusnya mendorong pengalaman dan kecekapan tempat kerja dalam mengoptimumkan hartanah yang mahal.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1216279/chargifi_green_light_ring.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1216281/Chargifi_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Chargifi
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Utilities Workforce Management/Human Resources New products/services Data Analytics